15 Mei 2017

PCM dialu-alukan.

Kenyataan Media Penerangan 131/2
15 Mei 2017 : 18 Syaaban 1438

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Pusat._

1. *PAS adalah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya.* Sedang Islam itu adalah sebuah manhaj kehidupan yang akan memandu manusia menjadi sejahtera dan harmoni dalam sosial, politik mahupun ekonomi.

2. Islam menjanjikan keadilan kepada semua termasuklah golongan non muslim. Memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman. Islam mengangkat kebenaran dan menolak kebathilan.
3. Inilah perjuangan PAS dan *PAS tidak mempunyai wajah kedua untuk berpura-pura dengan pihak non muslim.* Wajah PAS hanya satu. Bersama ummat Islam, PAS perjuangkan Islam, kepada non muslim juga PAS berjuang di atas prinsip Islam yang membawa keadilan untuk semua.

4. *PAS sangat berbesar hati atas kenyataan Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Dato Huan Cheng Guan* kelmarin, yang telah membuat kenyataan terbuka bahawa PCM sedia untuk bekerjasama dengan PAS khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

5. Justeru ia satu bukti bahawa *PAS tidak ditolak oleh golongan non muslim* sebaliknya PAS boleh pada bila - bila masa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk non muslim selama mana dasar dan prinsip perjuangan PAS diterima dan dihormati.

6. Saya percaya Dato Huan Cheng Guan sebagai seorang yang terpelajar dan mempunyai pengaruh yang tersendiri dari kalangan non muslim terlebih dahulu telah membuat analisa dan kajian terhadap perjuangan PAS.

7. Saya pasti kenyataan beliau tidak terburu-buru sebaliknya dengan penuh sedar dan faham situasi politik hari ini, lantas PCM menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS.

8. *Tindakan PCM adalah tepat dan kena pada masanya.* Saya berpandangan bahawa kehadhiran PCM juga akan turut mengukuhkan Gagasan Sejahtera dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin kebangkitan rakyat.

9. *PAS mengalu-alukan kehadhiran PCM untuk bersama kami* dan menyeru supaya non muslim tidak perlu ragu terhadap perjuangan PAS. Kami bukan sebuah parti yang rasis apatah lagi untuk memaksa agama lain.

10. Kami berjuang dan mendidik rakyat agar saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini.

Tiada ulasan: