27 Jun 2021

Gambar permukaan planet Marikh yang diambil menerusi rover peneroka China, Zhurong. - Foto EPA


BEIJING: Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China menyiarkan video dan gambar baharu planet Marikh selepas kapal angkasa negara itu, Tianwen-1 mendarat dan menjelajah planet berkenaan.

Video itu menunjukkan rover peneroka China, Zhurong mendarat di Marikh bersama payung terjunnya dan turun serta bergerak ke permukaan daratan planet merah itu.

Gambar yang disiarkan pula menunjukkan landskap Marikh dan bekas laluan yang ditinggalkan oleh rover.

Dilaporkan sehingga pagi ini, kapal angkasa Tianwen-1 meninggalkan orbit dan memasuki ruang udara Marikh untuk beroperasi selama 338 hari.

Jarak antara Bumi dengan Planet Marikh kira-kira 360 juta kilometer.

Rover Zhurong kini sudah menjelajah selama 42 hari dan meneroka sejauh 236 meter.

Zhurong akan meneruskan pergerakan, pengesanan, dan misi penerokaan saintifik sebagaimana yang dirancang.

Kapal angkasa terus berada di orbit yang menyampaikan komunikasi bagi dengan rover peneroka dalam penjelajahan saintifik sambil melakukan operasi pengesanan saintifiknya sendiri. - AGENSI

Tiada ulasan: