Kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan ditamatkan hujung bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada persidangan hari pertama, isnin.
Takiyuddin berkata, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan