09 Julai 2021

Kejayaan Luar Biasa Kerajaan Lupus Hutang Peneroka 8.3 Billion.

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka FELDA berjumlah RM 8.3 billion sebagai inisiatif penjanaan semula organisasi berusia 65 tahun itu.

Keputusan ini sangat tepat pada masanya, dan merupakan kejayaan hebat kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Inisiatif pelupusan pinjaman ini akan mengurangkan beban hutang setiap peneroka sebanyak 80%.

Pelupusan ini telah melepaskan dan mengeluarkan peneroka daripada stigma " dibelenggu hutang sepanjang kehidupan".

Ini satu keputusan yang sangat melegakan peneroka dan merupakan perjuangan mereka yang panjang semasa dua kerajaan yang lepas.

Ini adalah kejayaan besar jutaan peneroka dan organisasi FELDA.

Kejayaan ini tidak berlaku pada kerajaan sebelumnya, walaupun ekonomi waktu itu lebih baik daripada sekarang yang berhadapan dengan masalah Covid.

Keputusan ini adalah bukti keperihatinan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan kerajaan masa ini.

Ini menunjukkan kerajaaan dengar rintihan rakyat dan bersama dengan denyut nadi kesusahan rakyat pada masa ini.

UMMAH yakin dengan inisiatif pelupusan hutang ini akan menjadi pemangkin semangat kepada generasi peneroka FELDA untuk terus memberi komitmen yang tinggi dan berterusan bagi menyumbang kepada pembangunan ladang FELDA yang terbaik didunia.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

9 Julai 2021

Tiada ulasan: