08 Julai 2021

PAS ISTIQAMAH MENYOKONG YAB PERDANA MENTERI


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PAS mempertegaskan sokongan sepenuhnya kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, termasuklah sokongan tidak berbelah bahagi sekalian 18 Ahli Parlimen PAS.

PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan Kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara.

PAS seterusnya menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah Kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan.

"ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN" 

ABDUL HADI AWANG 
Presiden PAS 

Bertarikh: 27 Zulqa‘dah 1442 / 8 Julai 2021

Tiada ulasan: