03 Ogos 2021

Eropah diselubungi api, asap, kebakaran hutan makin kritikal

ANKARA: Puluhan perkampungan di kawasan pelancongan di selatan Turki terpaksa dipindahkan ketika kebakaran hutan yang meragut lapan nyawa kini memasuki hari ketujuh.

Kebakaran hutan turut melanda beberapa negara Eropah lain termasuk Greece, Itali dan Sepanyol, di mana api dilaporkan semakin marak.

Turki berdepan kebakaran terburuk dalam tempoh kira-kira sedekad lalu, dengan hampir 95,000 hektar musnah terbakar setakat ini pada tahun ini berbanding purata 13,516 pada waktu sama antara 2008 dan 2020.

CNN melaporkan, sebuah kejiranan di bandar pelancongan Bodrum dipindahkan ketika angin kencang menyebabkan api marak dari daerah Milas yang berdekatan.

Menurut laporan itu, 540 penduduk dipindah menggunakan bot kerana tidak dapat melalui jalan raya selain ada juga yang dipindahkan dari bandar pusat peranginan Antalya, di mana dua mayat ditemukan di wilayah itu semalam.

Di Greece pula, kebakaran besar berlaku berhampiran Patras di barat negara itu sejak awal pagi Sabtu lalu termasuk dua kebakaran hutan terbesar di Peloponnese dan kepulauan Rhodes, dengan suhu mencecah 45 darjah Celsius.

Kebakaran di Mugla, wilayah Marmaris, Turki. - Foto AFP
Kebakaran di Mugla, wilayah Marmaris, Turki. - Foto AFP

Kebakaran hutan turut melanda beberapa negara Eropah lain termasuk Greece, Itali dan Sepanyol, di mana api dilaporkan semakin marak. - Foto AFP
Kebakaran hutan turut melanda beberapa negara Eropah lain termasuk Greece, Itali dan Sepanyol, di mana api dilaporkan semakin marak. - Foto AFP

Kebakaran hutan di Turki hampir 95,000 hektar musnah setakat ini. - Foto AFP
Kebakaran hutan di Turki hampir 95,000 hektar musnah setakat ini. - Foto AFP

Turki berdepan kebakaran terburuk dalam tempoh kira-kira sedekad lalu. - Foto AFP
Turki berdepan kebakaran terburuk dalam tempoh kira-kira sedekad lalu. - Foto AFP

Penduduk lima kampung sudah dipindahkan dan lapan orang dimasukkan ke hospital kerana mengalami luka melecur serta masalah pernafasan di wilayah itu, yang masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebakaran itu memusnahkan sekitar 30 rumah, kawasan pertanian dan kandang ternakan di kampung Ziria, Kamares, Achaias dan Labiri.

Berdasarkan data dari EU, sebanyak 13,500 hektar musnah terbakar di Greece berbanding purata 7,500 ketika ini pada tahun 2008 dan 2020.

Itali pula sekali lagi dilanda kebakaran selepas lebih 20,000 hektar hutan, kebun zaitun dan tanaman musnah akibat kebakaran di Sardinia pada hujung minggu lalu.

Menurut pasukan bomba Itali, lebih 800 kebakaran direkodkan terutama di bahagian selatan pada hujung minggu lalu.

Di Sepanyol, puluhan anggota bomba dengan sokongan pesawat pemadam cuba memadamkan kebakaran hutan yang berlaku sejak Sabtu lalu berhampiran kolam takungan air San Juan, kira-kira 70 kilometer ke timur Madrid.

Menurut bomba, mereka berjaya mengawal kebakaran itu semalam namun pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai menjauhkan diri dari kolam takungan itu, yang juga destinasi pelancongan terkenal. - AFP

Kebakaran hutan di Mugla, wilayah Marmaris, Turki. - Foto AFP
Kebakaran hutan di Mugla, wilayah Marmaris, Turki. - Foto AFP

Kebakaran hutan di Mugla, wilayah Marmaris, Turki. - Foto AFP
Kebakaran hutan di Mugla, wilayah Marmaris, Turki. - Foto AFP

Tiada ulasan: