02 Ogos 2021

Jom cuba Sotong Masak Kari Mamak

 

Sotong Kari Mamak. (Gambar Maslinda Zainal)

Kebuntuan selalu melanda bila fikir menu apa lagi yang belum dicuba untuk hidangan makan tengahari sekeluarga.

Apa kata kali ini, kita cuba pula resepi Sotong Masak Kari Mamak dari Puan Maslinda Zainal.

Macam pelik bunyinya kan sebab selalunya kita sudah biasa dengan masakan sotong goreng kunyit, sotong kicap atau sambal sotong.

Tak salah kalau nak mencuba tapi sotong kari mamak ini tidak menggunakan santan dan sihat untuk kesihatan.

Bahan-bahan:

  • 12 ekor sotong saiz sederhana

Hiris- hiriskan sotong secara melintang di sebelah bahagian sotong sahaja. Masukkan kepala sotong ke dalam badannya agar nampak cantik bila sotong itu kembong dalam kuah kari nanti.

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (hiris halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 10 batang sayur bendi
  • 2 hingga 3 sudu besar air asam jawa
  • 1 hingga 2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam

Cara membuatnya:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah empat sekawan hingga garing.
  2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga rempah nampak garing. Masukkan daun kari.
  3. Masukkan air dan air asam jawa. Kemudian masukkan sotong dan sayur bendi.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Biarkan mendidih dan sotong serta bendi masak sempurna.

Siap dan bolehlah dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

FMT/-

Tiada ulasan: