10 Ogos 2021

LAPORAN POLIS UMMAH TERHADAP DEMONSTRASI HARAM #LAWAN PADA 21 OGOS

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara seperti dibawah;

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/848471/pdrm-kesan-rancangan-perhimpunan-jalanan-21-ogos

Begitu juga dengan kenyataan; Tindakan tegas pihak sertai himpunan 21 Ogos ini https://ift.tt/3AcoYlk 

Daripada kenyataan diatas Ketua Polis Negara telah mengeluarkan amaran dan arahan, kepada sesiapa yang menganjur dan menyertai himpunan haram #Lawan pada 21 Ogos akan diambil tindakan tegas.

UMMAH mendesak agar PDRM segera mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menganjurkan perhimpunan tersebut, dimana pada masa pandemik ini yang akan memberi kesan besar kepada kemudharatan jangkitan wabak merbahaya varian delta Covid 19 yang membawa risiko nyawa rakyat.

Perbuatan berhimpun secara beramai-ramai sangat tidak bertanggungjawab dan melampau serta melanggar undang-undang negara.

"Berhimpun boleh tapi biarlah kena pada masanya"

Dalam masa PKP dan perlaksanaan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan, perbuatan sedemikian sangat jelas cuba melanggar dan mencabar undang-undang negara.

Kita masih lagi berjuang untuk memutuskan rantaian Covid 19 dan semua pihak sepatutnya bekerjasama membantu KKM.

UMMAH berharap tindakan tegas dan pantas daripada PDRM segera dilakasanakan bagi menghalang himpunan diatas.

UMMAH akan membuat laporan polis bagi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dengan tegas dan sebaiknya.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi 
Gerakan Pembela Ummah
(UMMAH)

11 Ogos 2021

#MalaysiaSejahtera 
#MalaysiaPrihatin 
#SelamatkanNegaraku 
#SelamatkanMalaysia 
#MenangBersama 
#DaulatTuanku 
#MalaysiaBebasCovid19 
#tolakjajaranbaru 
#TolakRasuah 
#PDRM

Tiada ulasan: