06 Oktober 2021

Lukisan Muhammad Ali dijual RM4.173j

 LUKISAN Sting Like a Bee terjual dengan harga RM1.77 juta.

LUKISAN Sting Like a Bee terjual dengan harga RM1.77 juta.

New York: Koleksi lukisan tangan yang jarang dilihat milik Muhammad Ali berjaya dijual dengan harga hampir £733,760 (RM4.173 juta).

Sejumlah 26 hasil seni legenda tinju itu dilelong oleh syarikat Bonhams di New York. Antara lukisan paling menjadi tumpuan ialah Sting Like a Bee yang dijual dengan harga £311,853 (RM1.77 juta), 10 kali ganda daripada harga asal.

Ali dianggap antara petinju terhebat, aktivis dan penyajak tetapi bakatnya dalam seni kurang diketahui ramai.

Jurucakap Bonhams berkata Ali kerap melukis ketika hayatnya dan mendapat inspirasi daripada ayahnya seorang artis profesional dan mempelajari ilmu seni daripada pelukis LeRoy Neiman.

HASIL seni milik Ali ini berharga (RM627,000).
HASIL seni milik Ali ini berharga (RM627,000).

"Muhammad Ali seorang ikon budaya yang hasil seninya dekat di hatinya seperti tinju, hak persamaan, agama, keamanan dunia dan kemanusiaan,'' kata Helen Hall, Pengarah Kebudayaan Bonhams sebelum acara lelong berlangsung yang dikendalikan pengumpul seni, Rodney Hilton Brown.

Menurut Brown, tiga lukisan pertama Ali dihasilkan selepas pertarungan di Boston pada 1977. Ketiga-tiganya berjaya dijual dengan harga £693,788 (RM3.94 juta), tiga kali ganda daripada jangkaan.

Sting Like a Bee dilukis ketika sesi penggambaran Freedom Road in Mississippi pada 1978 dan satu-satunya lukisan yang tertera kata-kata Ali.

Bonhams berkata. ''Ia tertera: "Ref! he did float like a butterfly and sting like a bee! Yes, if you were smart you run like me!" Ali kerap menggambarkan gaya tinjunya seperti rama-rama yang terapung dan menyengat seperti lebah.

Sementara itu, sebuah lukisan yang dihasilkan pada 1979 dengan tulisan "I Love You America," dijual dengan harga AS$150,000 (RM627,000) dan lakaran menggunakan pen yang membandingkan Islam dengan Kristian yang dihasilkan pada 1967 berjaya dijual dengan harga A$24,000 (RM142,000).

Ali meninggal dunia pada 2016 pada usia 71 tahun akibat penyakit Parkinson.

hmetro/-

Tiada ulasan: