06 Oktober 2021

Lebih baik jadi sukarelawan daripada menganggur

 (DARI KIRI) Muhammad Izzad, Muhammad Khalif dan Putra Nuradery (kanan sekali) memilih kerjaya bidang sukarelawan bagi mendapatkan sumber kewangan ketika pandemik Covid-19. FOTO SAMADI AHMAD

(DARI KIRI) Muhammad Izzad, Muhammad Khalif dan Putra Nuradery (kanan sekali) memilih kerjaya bidang sukarelawan bagi mendapatkan sumber kewangan ketika pandemik Covid-19. FOTO SAMADI AHMAD

Putrajaya: Peluang pekerjaan yang terhad sepanjang pandemik Covid-19 membuatkan golongan belia memilih kerjaya dalam bidang sukarelawan walaupun menyedari insentif diterima adalah rendah.

Namun demi kelangsungan hidup, rata-rata golongan belia ditemui mengakui sanggup menempuh cabaran asalkan tidak bergelar penganggur.

Graduan diploma logistik penghantaran barangan, Universiti Sains Teknologi (UST), Damansara, Muhammad Izzad Jamaludin, 21, berkata, dia memilih kerja dalam bidang sukarelawan kerana sebelum ini pernah ditipu majikan berikutan kekurangan pengalaman.

"Berikutan kecewa, saya memilih kerja dalam bidang sukarelawan kerana peluang kerja lebih terbuka dalam kalangan belia ketika ini," katanya yang menceburi bidang sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak sebulan lalu.

Sebagai sukarelawan KBS, dia dan belia lain terbabit dalam penganjuran Hari Sukan Negara 2021 yang akan berlangsung Sabtu ini.

Malah sebelum ini mereka turut mengendalikan program Road Tour Hari Sukan Negara Peringkat Selangor di Bagan Lalang, Sepang.

Sementara itu graduan diploma Sumber Manusia, Universiti Malaya (UM), Muhammad Khalif Hanan Abdul Rahim, 20, mendakwa pernah terbabit sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Moven Pick, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menyertai KBS.

Katanya, bidang pekerjaan yang sangat terhad pada masa ini membuatkan mereka memilih kerjaya sukarelawan untuk mendapatkan sumber kewangan dengan tidak hanya bergantung kepada ibu bapa.

"Bertugas sebagai sukarelawan adalah tugas menarik sekiranya kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Malah kami tidak terikat dengan masa," katanya semalam.

Sementara itu graduan diploma jurusan Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Perlis, Putra NuraderyHakimi Nordin, 19, berkata, bidang sukarelawan memberi peluang kepada golongan belia menjana pendapatan ketika berhadapan pendemik Covid-19.

hmetro/-

Tiada ulasan: