13 November 2021

Kes turun sedikit, terus patuhi SOP

 Pekerja kedai mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka ketika menunggu pelanggan di hadapan premis di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Pekerja kedai mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka ketika menunggu pelanggan di hadapan premis di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

PUTRAJAYA: Angka kes harian COVID-19 di negara ini sedikit berkurangan dengan 5,809 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 2,541,147 kes.

"Daripada jumlah ini, sejumlah 5,707 kes atau 98.2 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua dengan 102 kes (1.8 peratus) adalah pesakit kategori tiga hingga lima.

"Sebanyak 527 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU), membabitkan 484 kes disahkan COVID-19 dengan 43 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

"Sebanyak 277 kes memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 5,782 kes semalam adalah penularan tempatan, membabitkan 5,561 warga tempatan dan 221 warga asing.

"Sebanyak 27 kes adalah kes penularan import iaitu mendapat jangkitan dari luar negara, membabitkan 21 rakyat tempatan dan enam warga asing," katanya.

Menyentuh tiga kluster hari ini, beliau berkata, semuanya adalah penularan di tempat kerja yang dikesan masing-masing di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Perkembangan itu menjadikan 278 kluster masih aktif di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,712 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan 2,446,197 individu sudah pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan.

BHARIAN.

Tiada ulasan: