13 November 2021

79.3 peratus populasi remaja Malaysia lengkap divaksinasi

 

KUALA LUMPUR - Sebanyak 79.3 peratus atau 2,495,444 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap diberi suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam pada Jumaat.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.7 peratus atau 22,854,725 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 95.2 peratus atau 22,278,477 individu telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 114,704 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 33,258 suntikan dos lengkap, 7,388 menerima dos pertama dan 74,058 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,077,813.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 900,201. - Bernama


Tiada ulasan: