19 November 2021

SERUAN TERBUKA KEPADA RAKYAT MELAKA

Pilih calon yang berintegriti, bersih dan bebas rasuah

Kongres Rakyat mengikuti dengan dekat Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) yang akan diadakan pada

hari Sabtu, 20 November 2021.

Secara asasnya, Kongres Rakyat berpendapat PRN Melaka tidak sepatutnya diadakan semata-mata

untuk memenuhi kehendak politik mereka yang berkepentingan dan bernafsu besar untuk merebut

kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Ditambah pula dengan situasi semasa covid-19 yang

masih lagi tinggi dan menimbulkan kebimbangan rakyat untuk keluar mengundi.


Bagaimanapun disebabkan pilihan raya terpaksa juga diadakan,Kongres Rakyat menyeru kepada

rakyat negeri Melaka agar ;


1. Bersama-sama menunaikan tanggungjawab keluar mengundi dengan mematuhi segala SOP yang

telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

2. Menolak empat orang bekas ADUN yang telah menyebabkan politik negeri Melaka berada dalam

keadaan kucar-kacir dan PRN terpaksa diadakan.

3. Menolak calon-calon BN sebagai signal bahawa rakyat tidak bersetuju RM100 juta dibazirkan

untuk memenuhi kehendak bekas Perdana Menteri ke-6, DS Najib Razak . Beliau merupakan

Penasihat BN kini.

4. Menolak Pakatan Harapan(PH) kerana ternyata telah gagal menunaikan janji-janji dalam

manifesto PRU-14 setelah berkuasa selama 22 bulan.

5. Menyeru rakyat memilih calon-calon yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah yang bertanding

di bawah Perikatan Nasional (PN),disamping menyokong seorang Wanita sebagai calon Ketua

Menteri pada kali ini.


PRN Melaka menyusuli PRN Sabah

Rakyat Melaka mampu merubah


Pengerusi Kongres Rakyat 2.0

Jam 6.00 Petang

19 November 2021


Tiada ulasan: