16 Januari 2022

Jet mewah `seludup’ kokain bernilai RM110 juta, dirampas

 

KOKAIN bernilai kira-kira 23.2 juta euro (RM110.6 juta) dirampas polis. - NEWSFLASH

BOGOTA: Polis merampas sebuah jet mewah selepas didapati membawa lebih satu tan kokain yang dianggarkan bernilai sekitar 23.2 juta euro (RM110.6 juta).

Lapor Daily Star, pesawat mewah yang membawa bahan terlarang itu ditemukan di Guatemala.

Jelas laporan, jet itu didakwa melakukan penerbangan untuk menghantar bekalan dadah kepada kartel Generasi Baharu Jalisco.c

Generasi Baharu Jalisco dianggap sebagai antara kartel penyeludupan dadah amat berpengaruh di dunia.        

Dilaporkan, kumpulan itu dikendalikan oleh Nemesio Oseguera Cervantes yang merupakan antara individu paling dikehendaki di Mexico dan AS. 

Memetik laporan Lad Bible, pesawat itu kini ditahan oleh Pejabat Peguam Negara Colombia dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA).

Dadah tersebut didakwa dihasilkan oleh Tentera Revolusi Colombia di kawasan sempadan Venezuela.

Pesawat dikenali Gulfstream III berlepas dari sebuah landasan rahsia di Venezuela.

Bagaimanapun, polis tempatan berjaya mengesan landasan rahsia itu yang membawa kepada rampasan berkenaan. – AGENSI 

Tiada ulasan: