18 Februari 2022

UMMAH SOKONG ASRI PERTAHAN AKIDAH ISLAM


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong penuh tindakan Dato Mohd Asri Zainol Abidin Mufti Perlis yang bertindak berani bagi mempertahankan aqidah dua orang kanak kanak yang memeluk Islam secara suka rela walaupun masih mumaiyiz.

Kes yang melibatkan pertukaran agama ayah mereka Nagahswaran Muniandy secara sepihak dan mengizinkan anak

mereka memeluk islam secara sukarela adalah pilihan mereka yang perlu dihormati dan dipertahankan.

Kenyataan P Ramasamy yang merupakan pemimpin kanan parti Dap yang melampau dan melulu mengambarkan sikap mereka yang anti Islam, tidak menghormati agama Islam dan sensitiviti kaum serta anti perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini.

UMMAH menyeru NGO Islam, pemimpin Islam serta ummat Islam di negara ini agar bersatu mempertahankan akidah tiga orang kanak kanak tersebut.

Kita akan bertindak mengikut perundangan yang ada di negara ini. Ummah juga bersedia menjadi pencelah sekiranya kes ini akan dibi carakan dimahkmah.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
18 Feb 2022

Tiada ulasan: