15 April 2010

Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua

29 Rabiulakhir 1431H

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.

“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

Malaysiakini/-

PAS PERAK BANTAH PERLANTIKAN PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH (PPMD) SELURUH PERAK

Pesuruhjaya PAS Perak didampingi oleh Timbalannya, DS. Nizar Jamaluddin, Dr. Khairuddin, Ust. Misbahul Munir dan Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang akhbar di Ipoh pagi tadi.



29 Rabiulakhir 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

PAS Perak membantah keras Kerajaan BN melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak tanpa mengikut peraturan dan tatacara perlantikan yang betul. PAS membantah dan mempersoalkan perlantikan tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut :-

1. Mengapa surat perlantikan PPMD ditandatangani oleh CEO Majlis Agama Islam Perak(MAIAMPk) ? Sedangkan PPMD adalah jawatan yang dibiayai peruntukannya oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) . Manakala perlantikannya diperingkat negeri adalah di bawah urusetia Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM) di tempat di situ. Penempatannya pula di di Pejabat-pejabat Agama Daerah bukan di MAIAMPk atau Baitul Mal Daerah, pemantauan atau penyelian tugas di bawah pentadbiran Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala elaun atau gaji mereka terus daripada JAKIM (tidak melalui MAIAMPk).

2. Lazimnya proses perlantikan PPMD adalah melalui Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan Orang Besar Jajahan (OBJ) bagai daerah berkenaan. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid untuk proses pemilihan melalui temuduga oleh pihak JAKIM dan JAIP. Malangnya prosedur ini tidak dipatuhi, campurtangam politik UMNO BNlah yang menentukan proses perlantikan ini, sebahagiannya pula dicalonkan tanpa pengetahuan awal mereka hinggalah diberi tahu tentang perlantikan itu dan diarahkan untuk menerima Surat Perlantikan di Majlis Menghafaz Al Quran Negeri Perak dan Pentauliahan Imam-Imam Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada 5.4.2010.

Jelas kerajaan BN menafikan hak pemohon-pemohon yang berminat melalui prosedur yang telah disarankan Mesyuarat MAJLIS dengan syarat kelulusan yang munasabah melalui saluran OBJ dan JAIPk. Mereka yang mempunyai kelayakan tidak dipanggil temuduga.

3. PAS Perak menyedari bahawa adalah elemen dan unsur-unsur menpergunakan nama Tuanku bagi melantik hanya orang-orang UMNO sahaja yang layak memegang jawatan tersebut tanpa melalui proses temuduga.

4. PAS Perak juga mempersoalkan mengapa Timbalan Pengarah JAIP yang mengeluar dan menandatangani surat sembah maklum kepada Tuanku, di mana Pengarah JAIP?

Sehubungan dengan itu, PAS Perak membantah sekeras-kerasnya tatacara perlantikan PPMD yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini.

PAS Perak menuntut Surat Perlantikan ditarik balek dan dibuka permohonan sekali lagi bagi membolehkan perlantikan dibuat semula melalui proses temuduga.

PESURUHJAYA PAS PERAK
UST ABU BAKAR HUSEIN.

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun

29 Rabiulakhir 1431H.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi. Malaysiakini/-

14 April 2010

Biskut Fesyen

29 Rabiulakhir 1431H.

Setelah nampak biskut yang begitu cantik, anda mahu makan atau simpan makanan ini? Sila klik untuk melihat pelbagai lagi biskut fesyen.









PAS paling awal melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa ribut

29 Rabiulakhir 1431H.
http://demokrasi93.blogspot.com/

Pas Kawasan Batu Gajah adalah yang paling awal mengunjungi mangsa ribut petir di Kampung Ara Payung Batu Gajah. Kejadian ribut petir itu berlaku pada petang tadi yang telah mengakibatkan kerosakan lebih 40 buah rumah dan pokok tumbang.

Pas yang diketuai oleh bekas calon Pas di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon, Ydp Pas Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin dan Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy Abdullah. Kunjungan ini juga telah disertai oleh Unit Amal Batu Gajah.

Pas telah menyumbang sumbangan 'kilat' kepada mangsa banjir. Mangsa ribut ternyata gembira kerana Pas telah memberi bantuan secepat yang mungkin walaupun tidak banyak jumlahnya. Ada yang sampai mengalirkan air mata kerana terharu di atas kedatangan dan sumbangan daripada Pas Kawasan Batu Gajah.

Pas juga telah menilai kerugian dan berusaha untuk memperbaiki rumah yang rosak teruk.

Untuk pengetahuan, pihak UMNO/BN langsung tidak melawat rumah mangsa- mangsa ribut taufan. Mereka hanya memanggil mangsa ke dewan. UMNO/BN tidak memberi bantuan segera.

Pas Kawasan Batu Gajah telah melawat ke rumah - rumah mangsa ribut hingga jam 12.30 pagi.

Pada hari esok yakni Rabu, Lajnah kebajikan Pas Negeri Perak akan melawat mangsa- mangsa ribut tersebut.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Pas batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan Batu Gajah.


ujian ALLAH






kaum India turut dibantu




pemimpin berjiwa rakyat


mendengar masalah



i


YDP bersama unit amal


Ydp sedang mencari sesiapa yang ingin menyumbang bantuan


berehat seketika




terpaksa makan di luar rumah.


hati Ustaz tersentuh


bersabarlah menghadapi ujian


Ustaz radzi menyampaikan sumbangan

Zaid tokoh yang telah teruji

29 Rabiulakhir 1431H.
Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 13 April: Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah tokoh yang telah teruji, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mana ada menteri Umno yang sanggup letak jawatan untuk pertahankan hak rakyat,” ujarnya yang mengumumkan Zaid sebagai calon PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pengumuman itu dibuat pada jam 11.00 malam tadi di hadapan kira-kira 5,000 orang yang memenuhi Dewan Komuniti Serendah dan pekarangannya.


Zaid yang berucap selepas diberikan laluan oleh Anwar berkata, beliau menyedari dan menginsafi amanah yang dipikul itu sangat berat.

“(Tuan Guru) Nik Aziz sewaktu bercakap dengan saya minta kita semua bekerja untuk umat. Saya bukan asing di Selangor, saya tahu masalah orang Selangor, saya tahu masalah orang Hulu Selangor.

“Saya boleh menjadi suara untuk semua rakyat di sini,” ujarnya.

Berucap sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PR yang ditonjolkan PKR itu.

“Saya mengarahkan seluruh jentera PAS seluruh kawasan Hulu Selangor turun padang dan bekerja keras. Calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk bawa suara rakyat ke parlimen.

“Pilihan raya kecil ini medan rakyat untuk tegur kerajaan, rakyat perlu jadi hakim,” ujarnya.

Zaid yang dilahirkan pada 10 April 1951 di Kota Bharu adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kapasiti senator yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak melepaskan jawatannya pada 15 September 2008 selepas beberapa bulan saja dilantik sebagai menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengamal media, orang awam dan ahli politik.

Dalam memperjuangkan isu-isu seperti ISA, Zaid di antara tokoh pemimpin Umno yang paling berani apabila mengirim surat terbuka kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi di samping mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan akta tersebut.

Pada 3 Disember 2008, beliau dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti.

Antaranya dilaporkan pernah menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam.

Justeru Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor pada 13 Jun 2009.

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.

Sepanjang penglibatan Zaid bersama PKR, beliau dilihat sebagai tokoh amat komited dalam usaha merangka dasar bersama PR sehingga berjaya merapatkan lagi jurang pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Harakahdaily /-

Zaid calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

29 Rabiulakhir 1431H.

Datuk Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan malam tadi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor.

Pengumuman itu sekaligus menjawab teka-teki siapakah calon yang akan dipilih yang tersebar sejak kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

TERKINI ; Lebih 2,000 ikuti pengumuman calon Pakatan

28 Rabiulakhir 1431H.


Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 13 April: Lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah, di sini malam ini bagi mengikuti pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Mereka juga mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu-isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw sudah berada di dalam dewan.

Antara pemimpin PAS lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli-ahli Jawatankuasa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Siti Mariah mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Shah Alam, Siti Zailah Mohd Yusof dan Khalid Samad.

Kira-kira jam 10.15 tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan, diikuti pula Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar yang seterusnya mengumumkan calon yang akan bertanding nanti. Harakahdaily/-

MOHON PENJELASAN SEGERA : Pelawat dari web lucah....

Saya menerima satu komen di posting yang bertajuk "Blogger kecewa jadikan PAS sebagai mangsa" dengan nick :Tanpa Nama berkata...

yb... bila saya scroll ke bawah ,,terdapat pelawat dari laman web lucah, tak boleh buang ka link tu, tak sanggup tengok la...4/13/2010 3:12 AM

Namun setelah mencari dimana yang dimaksudkan saya gagal menemuinya, mohon pihak yang berkenaan sms kan dengan lebih jelas pada tajuk posting mana dan tarikh posting untuk pihak WM blog ini memadamkan dengan secepat mungkin.

ADUN Changkat Jong di Hospital Teluk Intan.

28 Rabiulakhir 1431H.


Saya menerima SMS dari ADUN YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin (PAS) yang memaklumkan kepada saya yang dia sejak 4 hari lepas berada di Wad 20 Hospital Teluk Intan kerana kurang sihat di mana saluran kencingnya dijangkiti kuman dan prostat.

Marilah kita doakan semoga YB. Anuar cepat sembuh dan boleh berkhidmat untuk kawasan Changkat Jong , disamping Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepadanya dan sisi keluarga dalam menempuh ujian ini.

Jual tanah: Tajuddin dicabar buat kenyataan luar dewan

28 Rabiulakhir 1431H.
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 April: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) dan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) hari ini mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menuduh mereka menjual tanah kepada Singapura agar turut membuat tuduhan yang sama di luar dewan agar tindakan boleh diambil terhadapnya.

Nizar (kanan) dalam satu sidang media bersama Guan Eng (kiri) di lobi Parlimen berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak boleh membuat dakwaan itu di luar dewan jika benar-benar ada bukti mengenainya.

"Kami di sini seolah-olah dijadikan mangsa oleh ahli Parlimen Pasir Salak apabila sewaktu saya tiada di dewan baru-baru ini, Pasir Salak menuduh saya telah terlibat dalam operasi menjual tanah di Perak kepada Singapura.

"Kita mencabar Pasir Salak buat dakwaan yang sama di luar dewan maka kita akan mengambil tindakan supaya kita tunjukkan kebenaran,” ujarnya.

Tajuddin dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) diketuai Nizar sewaktu menjadi kerajaan negeri telah terlibat dalam operasi menjual tanah dan pasir kepada Singapura dan kepada tauke-tauke Cina di negeri itu.

Oleh kerana Nizar tiada dalam dewan ketika itu, wakil DAP dari Beruas, Ngeh Koo Ham dan wakil DAP dari Taiping, Nga Kor Ming bangun menafikan dakwaan itu.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang turut mencabar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu kerana menurutnya, ia satu tuduhan yang serius.

"Saya juga dituduh bukan sahaja menjual tanah pasir kepada Singapura malah turut dituduh jual tanah kepada kaum Cina di Perak.

"Buktikan mana tanah yang saya jual kepada Singapura, mana dia tanah yang saya jual kepada tauke Cina. Sampai sekarang mereka tidak juga memberi bukti," katanya.

Justeru, beliau berkata, Ahli Parlimen PR ingin menuntut keadilan di atas tuduhan yang sangat dahsyat itu.

"Kami ahli-ahli Parlimen dari PAS, DAP dan PKR ingin menuntut keadilan supaya rakyat sedar kalau inilah mutu ahli Parlimen kita yang membuat tuduhan tanpa bukti, saya rasa ini satu malapetaka kepada rakyat Malaysia," tegasnya.

Sementara itu, Guan Eng yang dituduh menjual maklumat Malaysia kepada Singapura dan Hong Kong senada dengan Nizar mencabar Tajuddin membuat dakwaan sama di luar dewan untuk diambil tindakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menafikan dakwaan itu.

"Memanglah perkara palsu saya ke Singapura dan Hong Kong untuk jual maklumat negara. Saya ke sana atas urusan perniagaan sahaja. Samalah seperti Perdana Menteri ke Singapura dan Hong Kong ke negara tersebut untuk tujuan pelaburan.

"Jadi saya cabar beliau buat tuduhan di luar dewan," katanya.

Beliau juga menyelar tindakan Tajuddin yang menggunakan imuniti sebagai ahli Parlimen untuk membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

"Jangan berselindung dalam dewan, berselindung di atas kekebalan undang-undang yang dinikmati oleh ahli Parlimen untuk membuat sebarang tuduhan ," katanya.

Harakahdaily/-

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor ?

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan seperti sumber yang diterbitkan Malaysiakini.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.

Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

San Gu Mao Lu : Tiga Kali Berkunjung ke Rumah Beratap Jerami


28 Rabiulakhir 1431H.
Asal Usul:

Pada abad ketiga Masihi, China yang berada dalam keadaan bergolak, diperintah oleh kerajaan tiga negeri, iaitu negeri Wei di bahagian utara, negeri Shu di bahagian barat daya, dan negeri Wu di bahagian tenggara. Antara ketiga-tiga negeri tersebut, negeri Shu merupakan negeri yang paling lemah. Demi mencapai cita-citanya untuk menyatukan wilayah China, raja negeri Shu, iaitu Liu Bei, tidak jemu-jemu pergi ke merata-rata tempat untuk mencari cendekiawan yang pandai dan bijaksana yang dapat membantunya menewaskan musuhnya. Apabila terdengar ada seorang lelaki bernama Zhuge Liang di kaunti Longzhong (di provinsi Hubei pada masa ini), yang mempunyai bakat cemerlang dalam bidang ketenteraan, baginda pun melahirkan hasrat untuk menjemput beliau menjadi penasihat ketenteraannya.

Pada tahun 207 Masihi, dengan ditemani dua orang "sahabatnya", iaitu hulubalang Guan Yu dan Zhang Fei, Liu Bei pun berangkat ke kaunti Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang. Bagaimanapun, kebetulan, Zhuge Liang tidak ada di rumah. Maka, dengan perasaan penuh kecewa, mereka terpaksa pulang ke negeri Shu.

Tidak berapa lama kemudian, Liu Bei sekali lagi pergi ke Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang. Bagaimanapun, baginda diberitahu bahawa Zhuge Liang telah keluar mengembara, dan tidak tahu bila beliau akan balik. Kali ini, Liu Bei telah meninggalkan satu nota untuk menjelaskan tujuan kedatangannya.

Beberapa hari kemudiannya, Liu Bei sekali lagi pergi ke Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang tanpa mempedulikan nasihat Guan Yu dan Zhang Fei. Kali ini, Zhuge Liang ada di rumah, tetapi beliau sedang tidur dengan lena. Liu Bei menyuruh Guan Yu dan Zhang Fei menunggunya di luar pintu, dan baginda sendiri berdiri di tepi katil Zhuge Liang, menunggu beliau bangun.

Ketika melihat Liu Bei berada di depan katilnya, Zhuge Liang yang baru bangun dari tidur itu, berasa sangat terharu. Maka, kedua-dua mereka pun duduk semeja untuk bertukar-tukar pandangan secara terbuka mengenai situasi semasa di China. Zhuge Liang amat menghargai cita-cita luhur serta bakat Liu Bei. Akhirnya, beliau bersetuju untuk menjadi penasihat negeri Shu.

Maka, dengan bantuan Zhuge Liang, negeri Shu telah menang dalam sekian banyak peperangan. Malahan, ia terus berkembang sehingga setanding dengan negeri Wei dan negeri Wu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "San Gu Mao Lu" atau "Tiga Kali Berkunjung ke Rumah Beratap Jerami" ini, berasal dari kisah tentang raja negeri Shu, iaitu Liu Bei menjemput Zhuge Liang menjadi penasihat tenteranya. Ia membawa erti, berusaha berulang kali dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan bantuan seseorang yang berbakat, akan berjaya akhirnya.

CRI/-

13 April 2010

KEGILAAN MAKAN DI "KOPITIAM


28 Rabiulakhir 1431H.
Email : "ENTAHLER TAH" /amiwelder@hotmail.com

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun
1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya
ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong
(tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga
diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee
Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai
HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah &
pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew
Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat
dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar &
tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan,
antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat
memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan
yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya
ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @
'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi
STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal
penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman
Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK
yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI
RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka
itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK
digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat
islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja.
Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka
pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi
penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren
tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat Sijil HALAL yang
dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan
yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh
restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang
tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung
lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga
'TIDAK HALAL') Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam
dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi
makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar
menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE
HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK
HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya,
mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM
tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya
HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan
beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah
menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat
'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat
Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam
(kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja
pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi
tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari
tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun
STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100
cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM
MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM
selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil
sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada
isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang
dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi
dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah
perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat
begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM'
yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada
pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/
KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat
`PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti
SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati
sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN,
HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini
boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL
JAKIM. **

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di
Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

- NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL' **
For HALAL issues, kindly ask or surf **www.hdcglobal. com.my *

Sekretariat Pakatan Rakyat Miri direalisasikan

28 Rabiulakhir 1431H.
PAS Miri.

ALHAMDULILLAH,setelah gerakerja bersama dijayakan bermula tahun lalu;kini termeterai satu pakatan kukuh landskap poltik baru di bandaraya Miri dengan tertubuhnya secara rasmi Sekretariat Pakatan Rakyat. Bermula dari Makan Malam pada awal tahun lalu,disusuli Sambutan Tahun Baru Cina yang dihadari Ketua Penerangan PAS Perak,YB Drs Khalil Idham Lim dan baru-baru ini Pentas Pemuda Pakatan,maka solidariti ini pasti mampu membawa perubahan politik dalam negeri Sarawak ini. ALLAHUAKBAR!


Kunjungan saya ke Miri untuk merasmikan Pejabat PAS Kawasan Miri dan memenuhi jemputan Rakatan Rakyat Miri.


Antara intipati yang dipersetujui semasa Mesyuarat kali kedua Pakatan Rakyat di pejabat PKR minggu lalu:

1. 由美里區的民主行動黨,公正黨,回教黨和國民黨組成的美里民聯秘書處在08/04/2010 正式宣告成立。
DAP, PKR, PAS and SNAP have formed a Pakatan Rakyat secretarial council in Miri on the date 08/04/2010
DAP, PKR, PAS dan SNAP telah membentuk sebuah Dewan Pakatan Rakyat Kesekretariatan di Miri pada tarikh 08/04/2010.

2. 美里區的民聯四黨各委任4位代表在秘書處。
Each party has appointed 4 representatives in this council.
Setiap parti akan diwakili 4 wakil di dewan ini.

3. 這秘書處主要的目的在協調美里區的民聯各黨,專注在選區的活動。
The purpose of the council is to coordinate the four parties in Pakatan Raykat, and focus of the ground work.
Tujuan utama Dewan adalah menyelaras setiap aktiviti keempat empat parti komponen ;khusus pada kerja asas kebajikan,kemasyarakatan dan pilihanraya.

4. 這秘書處不討論各黨的選區劃分,同意選區的劃分由高層決定。
Seat allocation will not be discussed in this council; we are all agreed that leaves the seat allocation to the higher authority in each party.
Kesemua parti sebulat suara menyerahkan keputusan kerusi kepada kepimpinan tertinggi setiap Parti.

www.pas-miri.blogspot.com