06 Julai 2010

KDN belum putuskan baharui permit Suara Keadilan

22 Rejab 1431 H

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab. Samad hari ini menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu.

"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.

Katanya kenyataan yang mengatakan kementerian telah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Beliau berkata keputusan berhubung pembaharuan permit itu hanya akan dibuat setelah mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak penerbitan Suara Keadilan.

Zaiton juga memaklumkan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan telah tamat tempoh sah laku pada 30 Jun lalu dan permit yang diberikan sebelum ini adalah bagi tempoh satu tahun iaitu dari Julai 2009 hingga 30 Jun lalu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa KDN memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi penerbitan itu berhubung beberapa perkara.

Antaranya, pihak KDN dilaporkan tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan Dzulkarnain Taib, berhubung penyiaran artikel bertajuk Felda Bankrap.

Malaysiakini/-

Pemuda MCA buat laporan polis terhadap PERKASA

22 Rejab 1431 H

Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan yang keterlaluan.

"Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa," katanya kepada pemberita di IPD berkenaan.

Malaysiakini/-

Hadapi judi dengan kempen, bukan bertembung - GMJ

22 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengambil pendekatan kempen bukannya bertembung dengan mana-mana pihak dalam memastikan aktiviti perjudian di negara ini dihapuskan.

Antaranya, mereka akan berbincang dengan pihak media bagi membolehkan kempen memansuhkan aktiviti perjudian di negara ini berjalan lancar.

Antara yang disasarkan oleh GMJ adalah semua media tidak lagi menyiarkan sebarang iklan untuk judi di samping tidak menyiarkan keputusan sebarang aktiviti perjudian.

"Kami akan berbincang dengan media dalam hal ini sebelum mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak berubah mungkin akan sampai kepada peringkat boikot," kata Pengerusi GMJ, Azmi Hamid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena perhimpunan anti judi di perkarangan masjid negara petang tadi. Kira-kira 3,000 peserta dari 60 NGO dan parti politik menyertai perhinpunan ini.

Ia telah ditangguhkan ke jam 5 petang dari rancangan awalnya pada jam 1.30 tengahari bagi menghormati pengkebumian jenazah Allahyarhamah isteri bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail.

Antara yang hadir di majlis perhimpunan ini adalah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar.

Sekarang ini, hampir saban hari akhbar harian menyiarkan aktiviti perjudian termasuk keputusan lumba kuda dan judi nombor ramalan iaitu ekor dan toto.

Ia sudah sampai ke peringkat dibuat gurauan, laporan yang benar dan tepat untuk sesetengah media Umno adalah keputusan toto dan empat nombor ekornya.

Dalam pada itu, GMJ telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membuat keputusan dalam kabinet bukannya Majlis Tertinggi Umno tentang pembatalan pemberian memberikan lesen judi sukan kepada kumpulan Berjaya.

Ini kerana, isu pemberian lesen bukan urusan Umno tetapi urusan kerajaan dan kabinet adalah tempat membuat keputusan yang tepat.

"Kami telah menghantar surat namun sehingga kini belum mendapat apa-apa jawapan dari PM," kata Azmi.

Ekoran pembatalan pengeluaran lesen judi itu, GMJ juga sedang mengkaji semula memorandumnya kepada Yang Dipertuan Agung.

"Kami yakin ia masih relevan tetapi perlu kepada pengubahsuaian," kata Azmi kepada wartawan.

GMJ juga meminta semua negeri mencontohi Kelantan dalam mengendalikan isu perjudian iaitu dengan tidak mengeluarkan sebarang lesen judi.

"Kita faham, ia tidaklah boleh dijalankan serta merta tetapi kami akan berbincang agar semua negeri boleh membuat tindakan ke arah itu," katanya.

Harakahdaily/-

Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi

22 Rejab 1431 H
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 4 Julai: Kajian sarjana mendapati media massa gemar memanipulasikan berita terutamanya membabitkan kenyataan dikeluarkan pemimpin pembangkang.

Situasi itu membelenggui akhbar harian Melayu di negara ini, ketika industri media cetak semakin hilang pembaca.

Dan terbaru keadaan itu berlaku kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila agensi berita milik kerajaan persekutuan melaporkan berita di luar konteks sebenar.

Agensi terbabit semalam menggunakan tajuk ‘Nik Aziz akui wujud perpecahan parti untuk merebut jawatan pada muktamar PAS tahun depan.’

Cara pengolahan berita berita tersebut lebih menjurus kepada spekulasi penulis dan bukan memberi gambaran sebenar terhadap apa yang disebut Menteri Besar Kelantan.

“Saya tegaskan tajuk dan kandungan berita tersebut tidak benar dan di luar konteks yang saya maksudkan.

”Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannnya dari maksud sebenar kenyataan saya,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam kenyataan media hari ini katanya, malang sekali laporan terbabit turut dipetik beberapa akhbar dan media online.

Agensi berita itu dalam laporannya semalam menyebut ’Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

”Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti,” laporan Bernama dipetik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pada sidang media semalam beliau meminta dirujuk terlebih dahulu kepada perlembagaan PAS kerana membenarkan pemilihan dilakukan.

”Kalau boleh tidak perlu bertanding kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan.

”Ini luahan hati orang tua, tidak mahu tengok perpecahan berlaku. Pengalaman saya sendiri tidak pernah bertanding dalam Dewan Ulamak suatu ketika dahulu. Baik kita cari cara yang lebih comel elak perpecahan,” katanya mengulangi kenyataan semalam.

Beliau berkata, elok buat keputusan secara syura dan lantik ketua beramai-ramai.

”Ini sekadar cadangan saya tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

”Semoga penjelasan ini mengelakkan salah faham semua pihak. Jangan mudah terpengaruh dengan laporan berkenaan terutamanya media yang ada agenda tersembunyi,” katanya.

Harakahdaily/-

Penjelasan dan kesal atas berita Bernama

22 Rejab 1431 H
Oleh: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.

Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu “Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar.” Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan.

Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Times tidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya.

Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah:

“Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

“Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama’ satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah.

Sekian, wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Timbalan Pengerusi SPR wajar dipecat

22 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

“Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.

“Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.

SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.

Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

Harakahdaily/-

Masjid tidak makmur jika AJK tidak beriman

22 Rejab 1431 H

PETALING JAYA, 4 Julai: Sesebuah masjid gagal dimakmurkan jika ahli jawatankuasanya tidak beriman kepada Allah, kata ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya, ahli-ahli jawatankuasa masjid mestilah memenuhi beberapa ciri dalam usaha untuk memakmurkan masjid, antaranya beriman kepada Allah.

“Macam mana nak makmurkan masjid kalau AJK tidak beriman kepada Allah,” ujarnya ketika berucap pada Masjid Hi-Tea sempena Karnival Masjid Kota Damansara 2010 di pekarangan masjid itu, petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Katanya, dalam konteks beriman kepada Allah, AJK masjid hendaklah beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan oleh Allah termasuk segala hukum hakam dan undang-undang-Nya.

Selain itu, jelasnya, setiap AJK masjid juga mestilah beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat, tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata serta mampu mengajak masyarakat kepada Islam.

Sehubungan itu, tambahnya, jangan ada di kalangan AJK masjid yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat habuan daripada sumbangan yang diterima termasuk mendapat kontrak untuk menyediakan jamuan mahupun pembangunan masjid.

“Jangan nak jadi AJK masjid kerana nak dapat kontrak buat bubur lambuk,” ujarnya seloroh.

Katanya lagi, sikap ahli jawatankuasa yang hanya pergi ke masjid setahun sekali juga antara punca sesebuah masjid itu gagal dimakmurkan.

Dalam nada sinis, katanya, kemungkinan ahli jawatankuasa masjid menunaikan solat kerana secara kebetulan telah masuk waktu semasa mesyuarat diadakan.

Beliau juga menyarankan supaya pihak masjid mengadakan banyak aktiviti untuk menjinakkan golongan remaja dengan masjid.

“Kalau boleh, masjid perlu mengadakan program mingguan untuk kanak-kanak dan remaja seperti membetulkan solat, bacaan solat dan seumpamanya supaya mereka jinak dengan masjid,” ujarnya lagi.

Idris menekankan ibu bapa termasuk pihak masjid menitikberatkan anak-anak dan golongan remaja dengan solat bagi menghindari gejala sosial yang semakin parah hari ini.“Kita kena ingat, apabila solat diabaikan, mereka akan mengikut hawa nafsu,” ujarnya.

Harakahdaily/-

05 Julai 2010

Sidang Media .

22 Rejab 1431H.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Satu Sidang Media akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh/Hari : 5 July 2010 / Isnin
Jam : 3.00 petang
Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat , Ipoh.
Isu : Notis kepada Khesvinder Singh/ADUN Malim Nawar kerana menfitnah ADUN Titi Serong.


Dengan ini saya menjemput semua rakan media dan rakan blogger untuk hadir dalam sidang media tersebut.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

04 Julai 2010

Argentina dibelasah 0-4 , Maradona tidak jadi telanjang !

21 Rejab 1431H.

JOHANNESBURG: Sepanyol menewaskan Paraguay 1-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Ellis Park sebentar tadi untuk bertemu Jerman pada perlawanan separuh akhir.

Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan David Villa pada minit ke-83.

Paraguay sepatutnya mendahului juara Eropah itu pada minit ke-41 tetapi jaringan Nelson Valdez dibatalkan kerana beliau dikatakan ofsaid. Perlawanan semakin rancak pada separuh masa kedua dan Paraguay sekali lagi terlepas peluang untuk mendahului Sepanyol apabila sepakan penalti Oscar Cardozo pada minit ke-59 diselamatkan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.

Seminit kemudian, Sepanyol pula mendapat sepakan penalti dan Xabi Alonso mudah merembat masuk tetapi pengadil mengarahkan sepakan diambil semula kerana pemain Sepanyol terlalu awal memasuki kotak penalti.

Percubaan kedua Alonso ditampan penjaga gol Paraguay, Justo Villa, untuk mengekalkan kedudukan 0-0.

Namun, Villa sekali lagi menjadi wira Sepanyol apabila merembat masuk gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit.

Terdahulu, Jerman membelasah Argentina 4-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Green Point malam tadi.

Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ketiga dan kedudukan itu kekal untuk separuh masa pertama. Miroslav Klose menambah gol Jerman pada minit ke-68, diikuti Arne Friedrich pada minit ke-74. Klose sekali lagi menemui gawang seminit sebelum tamat permainan untuk memastikan Jerman mara ke peringkat separuh ahir.

Sebelum ini pelatih Argentina, Diego Armando Maradona berjanji akan berlari telanjang di jalanan Buenos Aires jika Tim Tango keluar sebagai juara di Piala DUnia 2010 mendatang.

"Jika kami memenangkan Piala Dunia, saya akan telanjang dan berlari-lari di Obelisk di pusat kota," kata Maradona.

Nampaknya tidak sampailah hajat rakyat Argentina melepas bekas bintang bolasepak negaranya itu telanjang, namun yang saya pasti Maradona akan ditelanjangkan oleh rakyatnya apabila dibelasah teruk oleh Belanda dan ternyata memalukan negara yang pernah dua kali menjuarai Piala Dunia itu.

Sebarkan untuk kebaikan bersama.

21 Rejab 1431H.
Email : saufie ali

2 April 2010
Attention: Ms. Tan Poh Hong
CEO Agri-Food & Veterinary Authority
5, Maxwell Road
Tower Block, MND Complex
Singapore 069110

Dear Madam,
We wish to inform your goodself that for years, our consumer group as many other faithful consumers have been using “QBB” Ghee for various delicacies and religious functions without doubt, with full confidence that the said product is manufactured from the milk of dairy cows by its highly reputable manufacturer based in Queensland , Australia .

However, lately, we found that although the colour and aroma had now varied much, the taste seemed to be somewhat different.

Therefore, we investigated this matter and concluded the following matters:

· Its manufacturer Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd (BPCF) addressed as No. 489, Kingsford Smith Drive , Hamilton , Brisbane , Australia had ceased operations in September 2006 and was no longer listed in the website of Australian trade authority being http://www.austrade/ .gov.au/. In fact the satellite picture as the website http://maps. google.com shows that the following site is vacant land.

· Printed on the tin is that the said product is manufactured from milkfat of dairy cows of Australia and in even smaller and rather unclear script, it is mentioned that its manufacturer is Q.B.I. Packaging Sdn Bhd, No. 19, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 41050 Shah Alam, Selangor DE., Mala ysia and that the said product is manufactured under license from QBB (Pte.) Ltd., Singapore .

· QBB Pte Ltd.., Singapore was originally the sole agent for “QBB” Ghee for Mala ysia , Singapore and Brunei and it is not clear whether at the time when BPCF ceased operations in 2006, the “QBB” trademark rights were transferred from BPCF to QBB Ptd Ltd., Singapore . We suspect that Q.B.I. Packaging Sdn Bhd and QBB Ptd Ltd., Singapore are together carrying an act of piracy i.e. producing and selling a product whose legitimate manufacturing and sales rights were not transferred to them by its original manufacturer BPCF who was since wound up.

· The report of an analysis conducted by a reputable food technology laboratory in Australia on the contents of a 2-lb tin of this product, where the said tin was taken from Mala ysia to Australia by one of our group members, mentions the following:-

“This product constitutes of decolorized and deodorized lard (pig fat) in semi-solid state with permitted additives giving the product color, flavor and aroma similar to that of pure ghee color, flavor and aroma.” (Original report is with the sender of this letter).

Therefore, our consumer group had to boycott the use of this product as:-

a) Our muslim members cannot use this product as it is haram by religion

b) Our Hindu and Sikh members cannot use this product for burning of ghee lamps, religious functions or for preparing sweetmeats as places of worship which forbid the use of any animal oil/animal fat.

c) Our vegetarian friends who only consume vegetarian diet cannot consume the said product.

We believe that the “QBB Ghee” sold in Malaysia , Singapore and Brunei ever since BPCF closed down, is a product which is violating the related laws on the principle of “misrepresentation of label”. Therefore we hope that your goodself will take the appropriate action to stop the sale of this product.

Thanking you.
Letter signed by Mohd Kadir bin Mohd Karim (I/C No. 601223-10-6157)
Secretary of Kumpulan Konsumer Satu Malaysia (KKSM)


Adab-adab makan.

21 Rejab 1431H.
Oleh : Akhisalman

Diantara adab-adab makan dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Makan beramai-ramai dan membaca doa makan.

Seorang sahabat bertanya "Ya Rasulullah sesungguhnya kami makan tapi tak kenyang" Nabi s.a.w bersabda "Ini kerana kamu makan secara berasingan. Makan lah dengan bersama-sama dan sebutlah nama Allah ketika makan nescaya akan deberkati."(Hr Ahmad, Ibnu Majah dll)

2. Makan dan minum dengan tangan kanan.

Nabi s.a.w bersabda "Hendaklah kamu makan dengan tangan kanan dan minum dengan tangan kananmu"(Hr Ibnu Majah dengan sanad yangg sohih)

3. Ambik makanan dari tepi bekasnya.

Nabi s.a.w bersabda: Apabila diletakkan makanan hendaklah kamu ambil yang tepi-tepi dari bekas makanan dan biarkan yang tengahnya, maka sesungguhnya keberkatan turun ditengah-tengah makanan.(Hr Abu DAud, Tirmizi dll)

4. Menjilat jarinya setelah selesai.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang kamu sudah makan hendaklah dia jilat jari-jemarinya maka sesungguhnya dia tidak tahu mana satu makanan yg berkat.(Hr Muslim)

5. Tidak terlampau kenyang.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada bekas yg diisi penuh oleh manusia yg lebih buruk dr perutnya"(Hr Ahmad, tirmizi dll)

6. Mendahulukan orang yang Alim untuk makan (atau pun org yang dihormati).

Huzaifah berkata: Sesungguhnya bila kami berserta rasulullah s.a.w dihidangkan makanan; tidak seorang pun memulakan menjamah makanan sehingga baginda mula menjamahnya.(Hr Muslim)

7. Jangan mencela makanan.

Abu Hurairah berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan langsung; Jika baginda suka baginda akan makan. Jika tidak baginda akan tinggalkan(tanpa mencela makanan.) (Hr Bukhari dan MUslim)

8. Mengutip makanan yang jatuh, membersihkan dan makan.

Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila jatuh makanan salah seorang kamu hendaklah dia bersihkan makanan itu serta makan. Janganlah dia biarkan makanan itu untuk syaitan.(Hr Muslim)

9.Mengucapkan Alhamdulillah setelah selesai makan.

Abu Said berkata "Rasulullah setelah selesai makan berkata:

الحمدلله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum dan menjadikan kami dr kalangan orang-orang Islam.(Hr Ahmad, Bukahri fi Tarikh dll ianya sanad yg hasan)

rujukan: 'Awariful Ma'arif oleh as-Sahrawardi beserta kitab Ghaniyatul MA'arif bi tahkriji ahadis 'Awariful Ma'arif oleh Ahmad bin Siddiq Ghumari.

Isyarat dengan jari dari Rasulullah.

21 Rejab 1431H.
Oleh : Akhisalman

Ada tempat-tempat yang mana Rasulullah menyebut hadisnya sambil menunjukkan isyarat tangan. Diantaranya adalah hadis berikut:

1. Nabi bersabda:

أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا وأشار بأصبعيه السبابة والوسطى

Maksudnya:Aku akan bersama dengan penjaga anak yatim di syurga seperti dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah.(Hr Bukhari)

moral: Islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada anak yatim dan tidak menzalimi mereka. Cubalah kita hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka.

2. Nabi s.a.w bersabda:

من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة أنا وهو كهاتين وضم أصابعه

Maksudnya: Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan dari kecil sampai dia balig maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku bersamnya seumpama ini. Baginda menunjukkan dua jari dan merapatkannya.(Hr Muslim)

moral: Menjaga anak perempuan mungkin susah. Namun Islam menawarkan tawaran yang baik pada sesiapa yang memelihara dan mendidiknya dengan baik. Bersabarlah terhadap kesusahan menjaga anak perempuan.

3. Nabi s.a.w bersabda:

بعثت أنا والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى

MAksudnya: Aku di utuskan menjadi Rasul ketika mana saat berlakunya qiamat sudah terlampau hampir seolah diantara jarak dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan tengah.(Musnad Imam Ahmad)

pengajaran: Kiamat semakin hampir tapi amalan kita masih lagi kurang. Kalau tidak sempat dengan kiamat besar; kiamat kecil (mati) pasti menjemput kita pada masa yang kita tak pasti. Bersedialah...

Rujukan: at-Taswir Fanni Fil Hadis Nabawi oleh Muhammad Sobbag.

'Tolak tahi' gamatkan protes antijudi


Dengan lafaz "salam reformasi", perhimpunan antijudi oleh lebih 1,000 orang di ibu negara Malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Selama 53 tahun cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," katanya lagi dalam perhimpunan yang berlangsung selama hampir 45 minit itu.

Perhimpunan itu juga menunjukkan rakyat sudah tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin BN dalam menangani isu judi, katanya.

"Ada ulama mereka kata judi ini tidak ada kaitan dengan Islam. Orang ini sudah kenyang dengan judi.

"Seluruh rakyat telah nampak bencana. Yang menjalar dalam masyarakat bukannya kemungkaran kecil tapi oleh orang yang meraih keuntungan (daripada judi)," kata Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Tambahnya, kempen anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini.

Perhimpunan bermula pada kira-kira jam 5 petang hari ini bertukar menjadi program perhimpunan bagi perasmian kempen berkenaan, bagi menggantikan satu protes yang dijadualkan sebelumnya bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan meluluskan lesen judi sukan.

Bagaimanapun, ekoran tindakan kerajaan membatalkannya, "perhimpunan 100,000 orang itu' bertukar format sebagai satu lagi majlis pelancaran bagi kempen baru GMJ bagi menolak semua jenis judi di negara ini.

Desak k'jaan didik rakyat

Sementara itu, ada juga slogan yang dilaungkan di dalam perhimpunan itu, antara lainnya "Tolak Tahi", mencetuskan kegamatan di kalangan orang ramai yang hadir.

Laungan itu diketuai setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Rahimi Abdul Rahim yang menyamakan golongan yang meluluskan lesen judi sebagai "tahi."

"Orang yang ketagih judi (dipanggil) tahi judi," katanya yang disambut dengan gelak ketawa.

Bercakap kepada media selepas itu, Mohd Azmi berkata kempen berkenaan akan diteruskan memandangkan kerajaan masih belum menunjukkan kesungguhan untuk mengharamkan kegiatan judi.

"Kita tidak boleh desak untuk mansuhkan serta merta jadi kita ambil pendekatan untuk desak kerajaan mendidik rakyat (tentang bahaya judi).

Mohd Azmi yang juga pengerusi GMJ berkata gabungan berkenaan yang didakwanya dianggotai 60 NGO itu akan memperkemaskan usaha untuk mempertingkatkan program kesedaran kepada masyarakat di negeri-negeri.

Turut berucap di majlis itu termasuk Ketua Pemuda PKR PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan serta ketua penerangan parti Islam itu Suhaizan Kaiat.

Kira-kira 50 polis dilihat mengawal keadaan di sekitar kawasan tersebut yang berakhir tanpa sebarang insiden.

Selain itu, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut berucap di majlis berkenaan.Malaysiakini/-

Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010


KUALA LUMPUR, 3 Julai: Lebih 3 000 membanjiri perkarangan masjid negara hari ini bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan.

Himpunan anjuran Gerakan Rakyat mansuh judi petang tadi bermula dengan soat Asar berjemaah di Masjid Negara. Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Turut berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.

Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen tak nak judi dan buku tak nak judi. Harakahdaily/-

Himpunan Tak Nak Judi ditangguh jam 5

PENGUMUMAN: Bagi menghormati majlis pengkebumian isteri Allahyarham Tun Dr Ismail, maka Himpunan Tak Nak Judi ditangguh ke jam 5 petang, Sabtu 3-7-2010 di Masjid Negara - GMJ