04 Julai 2010

'Tolak tahi' gamatkan protes antijudi


Dengan lafaz "salam reformasi", perhimpunan antijudi oleh lebih 1,000 orang di ibu negara Malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Selama 53 tahun cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," katanya lagi dalam perhimpunan yang berlangsung selama hampir 45 minit itu.

Perhimpunan itu juga menunjukkan rakyat sudah tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin BN dalam menangani isu judi, katanya.

"Ada ulama mereka kata judi ini tidak ada kaitan dengan Islam. Orang ini sudah kenyang dengan judi.

"Seluruh rakyat telah nampak bencana. Yang menjalar dalam masyarakat bukannya kemungkaran kecil tapi oleh orang yang meraih keuntungan (daripada judi)," kata Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Tambahnya, kempen anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini.

Perhimpunan bermula pada kira-kira jam 5 petang hari ini bertukar menjadi program perhimpunan bagi perasmian kempen berkenaan, bagi menggantikan satu protes yang dijadualkan sebelumnya bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan meluluskan lesen judi sukan.

Bagaimanapun, ekoran tindakan kerajaan membatalkannya, "perhimpunan 100,000 orang itu' bertukar format sebagai satu lagi majlis pelancaran bagi kempen baru GMJ bagi menolak semua jenis judi di negara ini.

Desak k'jaan didik rakyat

Sementara itu, ada juga slogan yang dilaungkan di dalam perhimpunan itu, antara lainnya "Tolak Tahi", mencetuskan kegamatan di kalangan orang ramai yang hadir.

Laungan itu diketuai setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Rahimi Abdul Rahim yang menyamakan golongan yang meluluskan lesen judi sebagai "tahi."

"Orang yang ketagih judi (dipanggil) tahi judi," katanya yang disambut dengan gelak ketawa.

Bercakap kepada media selepas itu, Mohd Azmi berkata kempen berkenaan akan diteruskan memandangkan kerajaan masih belum menunjukkan kesungguhan untuk mengharamkan kegiatan judi.

"Kita tidak boleh desak untuk mansuhkan serta merta jadi kita ambil pendekatan untuk desak kerajaan mendidik rakyat (tentang bahaya judi).

Mohd Azmi yang juga pengerusi GMJ berkata gabungan berkenaan yang didakwanya dianggotai 60 NGO itu akan memperkemaskan usaha untuk mempertingkatkan program kesedaran kepada masyarakat di negeri-negeri.

Turut berucap di majlis itu termasuk Ketua Pemuda PKR PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan serta ketua penerangan parti Islam itu Suhaizan Kaiat.

Kira-kira 50 polis dilihat mengawal keadaan di sekitar kawasan tersebut yang berakhir tanpa sebarang insiden.

Selain itu, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut berucap di majlis berkenaan.Malaysiakini/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam drs dan brader blogenstarz.

judi baru stat tahun 1957 ke?
lamaaaaaaa dulu sebelum datuk nenek cristiano ronaldo datang ke melaka tahun 1511m lg mmg dah ada judi.. cuma yg bg halal judi ialah kera jaan BN.
genting group..
magnum 4d..
sports toto..

semuanya adalah pemacu gear 5 ekonomi malaysia..

carlsberg, tiger, budweiser dll tukaang nasi tambah..

pak2 menteri suma kenyang makan hasil..

Tanpa Nama berkata...

takkan tak tahu tentang Loteri Kebajikan Masyarakat yg diluluskan Umno kpd MCA sebelum pilihan raya umum Pertama 1955. Cuba semak balik sejarah ini, yg telah menyebabkan ulama dalam Umno keluar dr Umno kerana tidak mahu bersubahat dgn Judi Haram

YAHUDI DGN ALLAH PUN SANGGUP BERBOHONG berkata...

"Pemfitnah itu adalah diibaratkan sebagai memakan daging saudara islamnya sendiri"
Sanggupkah..?????

blogenstarz

bagaimana dgn kisah sodomi anwar 1 dulu, fitnah ke betol?

pemimpin2 umno duk jaja kisah washington post yg ditulis oleh Yahudi-zionis...yg peliknya mcmana pemimpin2 umno boleh percaya dgn laporan washington post bulat2???

Yahudi-zionis kan pakar dlm berbuat fitnah dan pembohongan, pemimpin2 umno percaya pd laporan yahudi??? lepas tu disambut-disambung-diulas pula oleh Utusan malaysia, hai dah jadi PENYAMBUNG LIDAH YAHUDI pulak ke wahai utusan malaysia???

ADAKAH UTUSAN MALAYSIA=WASHINGTON POST???

Tanpa Nama berkata...

kuang-kuang kuang....terselak lah kainnya..

jin guragas berkata...

"Pemfitnah itu adalah diibaratkan sebagai memakan daging saudara islamnya sendiri"..blogenstarz

pandai gak ulamak umNo, tang ni dia nampak tapi yang melambak lagi UmNongoK tak nampak.. mampus umNo.