04 Julai 2010

Isyarat dengan jari dari Rasulullah.

21 Rejab 1431H.
Oleh : Akhisalman

Ada tempat-tempat yang mana Rasulullah menyebut hadisnya sambil menunjukkan isyarat tangan. Diantaranya adalah hadis berikut:

1. Nabi bersabda:

أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا وأشار بأصبعيه السبابة والوسطى

Maksudnya:Aku akan bersama dengan penjaga anak yatim di syurga seperti dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah.(Hr Bukhari)

moral: Islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada anak yatim dan tidak menzalimi mereka. Cubalah kita hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka.

2. Nabi s.a.w bersabda:

من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة أنا وهو كهاتين وضم أصابعه

Maksudnya: Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan dari kecil sampai dia balig maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku bersamnya seumpama ini. Baginda menunjukkan dua jari dan merapatkannya.(Hr Muslim)

moral: Menjaga anak perempuan mungkin susah. Namun Islam menawarkan tawaran yang baik pada sesiapa yang memelihara dan mendidiknya dengan baik. Bersabarlah terhadap kesusahan menjaga anak perempuan.

3. Nabi s.a.w bersabda:

بعثت أنا والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى

MAksudnya: Aku di utuskan menjadi Rasul ketika mana saat berlakunya qiamat sudah terlampau hampir seolah diantara jarak dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan tengah.(Musnad Imam Ahmad)

pengajaran: Kiamat semakin hampir tapi amalan kita masih lagi kurang. Kalau tidak sempat dengan kiamat besar; kiamat kecil (mati) pasti menjemput kita pada masa yang kita tak pasti. Bersedialah...

Rujukan: at-Taswir Fanni Fil Hadis Nabawi oleh Muhammad Sobbag.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitu tinggi kedudukan orang yang sudi menjaga anak yatim... tetapi ada pula yang diberi peluang oleh allah swt untuk memelihara anak2 yatim melalui perkahwinan dengan ibu mereka tidak dapat menerima kehadiran anak2 yatim dengan baik malahan diabaikan