11 Januari 2013

Majlis serah bantuan RM100 pelajar 2013 mesti pilih pemimpin BN?

28 Safar 1433H. [MOD] -

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013: Guru-Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Bantuan Persekolahan RM100 2013 Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
 Garis Panduan Penyediaan Banner
Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat menjadi kerajaan, “hukumnya” akan menjadi persamaan seperti di bawah ini :
“Parti = Kerajaan = Negara”
Dan inilah yang akan berlaku pada kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain?
Bantuan RM100 Jabatan Pelajaran Johor Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Ingat guru-guru semua dan pihak sekolah yang terlibat, anda hanya dibenarkan wakil rakyat Barisan Nasional ataupun Pemimpin kerajaan sahaja. Lain daripada itu tidak dibenarkan.
Bantuan RM100 KPM MOE Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Dan banner untuk majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Bantuan RM100 PPD Kota Tinggi Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Di dalam ucapan pemimpin Barisan Nasional semasa majlis penyerahan Bantuan RM100 awal persekolahan ini nanti, mungkin akan ada sedikit “nasihat”, “amanat” dan “peringatan” untuk disampaikan terutamanya kepada kalangan ibubapa yang dijemput hadir, sesuai dengan suasana Malaysia yang sedang memasuki fasa terakhir di mana Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Sangat-sangat hampir.
Bantuan RM100 Bajet 2013 Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Bantuan RM100 PPD Johor Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor
P/S : Selepas selesai majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)? Mungkin?
PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua?

harakah/-

Nahas feri, lebih 50 cedera

Nahas feri28 Safar 1433H. [MOD] -

Puluhan mangsa cedera diberi rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital berhampiran.
MANHATTAN - Sekurang-kurangnya 50 cedera selepas feri di New York merempuh sebuah jeti di pinggir ibu kota, kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba New York, kemalangan melibatkan feri Wall Street yang membawa 326 penumpang itu berlaku selepas pengangkutan kendalian Seastreak tergelincir dari laluan sebelum merempuh jeti tersebut.

"Ketika kejadian, feri itu berkelajuan antara 10 hingga 12 knot dan berlaku angin lintang di kawasan berhampiran," katanya.

Setakat ini, jumlah mangsa cedera adalah seramai 57 orang termasuk 10 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Manhattan manakala menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital di Brooklyn. - The Guardian

Kes dera: Bayi dicucuh rokok, ikat kaki

28 Safar 1433H. [MOD] -
0
Sha
 
MANGSA mengalami kecederaan serta kesan lebam di muka dan kaki.
 
Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di tiga lokasi berasingan, kelmarin.

Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini.

Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin.

Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak seminggu lalu.

Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di Hospital Selayang.

Harian Metro

Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Khalwat Bakal di Naik Pangkat

28 Safar 1433H. [MOD] -


"Seorang Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia yang juga merupakan seorang Professor yang dipinjamkan dari salah sebuah IPTA dari Pantai Timor khabarnya bakal dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah KPT.

Beliau yang pernah ditangkap khalwat awal tahun 2012 di salah sebuah hotel di Negeri Perak nampaknya 'masih berbintang cerah'. Pejabat Pendakwaan Agama Islam Perak akan memulakan prosiding pendakwaan awal Januari ini, namun kita lihat tindakannya amat lewat berbanding kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. 


Yang membimbangkan kami di KPT adalah bagaimana pihak kerajaan/KPT masih mempercayai pegawai ini , yang rosak akhlaknya dan mempunyai tabiat pentadbiran yang buruk serta tidak bermaruah, masih dikekalkan sebagai Pengarah, malah bakal dinaikkan pangkat pula!. Tidak lama dahulu beliau diwar-warkan akan menerajui salah sebuah IPTA sebagai Timbalan Naib Canselor dan kini namanya turut di hebohkan sebagai Naib Canselor sebuah IPTA di Pantai Timor Malaysia. Terakhir beliau merupakan calon Timbalan Ketua Pengarah KPT pula!

Kearah manakah pentadbiran sektor awam di Malaysia dengan mengambil keputusan terpilih dan tidak mementingkan kualiti dan moral pentadbirnya. KPT dan kerajaan juga dilihat bersikap double standard dalam keputusannya, sedangkan Ketua Pengarah Kesihatan diambil tindakan turun gred, tetapi Pengarah KPT ini amat KEBAL dan tiada tindakan diambil setakat ini.  

Pihak Jabatan Agama Islam Perak juga amat perlahan dalam membuat pendakwaan dan hingga kini telah hampir 9 bulan kertas pendakwaan pun tidak kelihatan. Adakah pihak Jabatan Agama Islam Perak melindungi pegawai ini? Atau ada pihak2 atasan KPT melindunginya?. Kami pegawai KPT amat sangsi dengan keadaan ini.

Beberapa persoalan perlu di lihat dalam kes ini:-
(a) Jika Pegawai dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah KPT adakah pihak kerajaan rela perkhidmatan awam memiliki pegawai kanan yang rendah moral dan tidak bermaruah. Adakah ini hasrat kerajaan sedangkan YAB Perdana Menteri menekankan pegawai awam hendaklah terdiri dari mereka yang berintegriti, tinggi moral dan berakhlak tinggi.

(b) Jika Pengarah ini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor atau Naib Canselor IPTA, adakah kerajaan memang berhasrat untuk melantik seorang yang menjadi contoh buruk kepada mahasiswa sebagai pimpinan institusi akademik berkenaan? Kalau inilah hasrat kerajaan, maka hasrat YAB PM mahu melihat IPTA mara kehadapat dari sudut keilmuan dan syahsiah wasatiyah yang tinggi hanya akan tinggal agan-agan kosong!
(c) Jika pegawai ini dikekal pula sebagai Professor IPTA , 

maka dakwaan "profesor kangkong" terhadap segolongan profesor IPTA adalah benar kerana Pengarah yang dipinjam dari sebuah IPTA ini bukanlah dinaikkan pangkat kerana merit, sedang beliau hanya memiliki tidak lebih dari lapan (8) penerbitan (itupun tidak berimpak tinggi), tiada geran penyelidikan yang outstanding dan malah khabarnya jawatankuasa sepakaran IPTA berkenaan juga tidak memperakukan kenaikan pangkat beliau. Jika beliau dilantik pula sebagai Naib Canselor atau TNC maka inilah tanda-tanda kehancuran sebuah menara ilmu.
Jadi : Kemanakah halatuju perkhidmatan awam? Jika ia dikelilingi oleh pegawai rendah moral dan akhlak serta tiada integriti. 

Kemanakah pula halauan IPTA? Jika Profesornya seorang 'kaki wanita', bersifat ke'kangkong'an dan diberi kepercayaan pula sebagai pentadbir utamanya?

tranungkiter/-


HKR: Panduan penting untuk keselamatan peserta

28 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu ini disaran mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur bagi kelancaran sepanjang himpunan.

APA YANG PERLU DIPAKAI

Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai.

Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia.

Baju hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection).

APA YANG PERLU DIBAWA

Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml.

Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan.

Makanan seperti coklat, snek makanan ringan.

Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini.

Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk pesakit asma.

Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa.

Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu.

PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN

Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas dari mereka yang cuba menghalang perhimpunan.

Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian.

Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama.

Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata.

PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN KIMIA (Jika ada)
Tanda-tanda terkena bahan kimia:

* Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit
* Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan
* Cecair hidung keluar secara berlebihan
* Batuk dan sesak nafas
* Pening

Tanda-tanda di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan ‘pepper spray’ memerlukan 20 minit-2 jam.

Bagaimana menghadapinya:

BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.

Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan. “JANGAN SAPU MUKA”

Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin.

Sila dapatkan bantuan sukarelawan ‘Pasukan Perubatan’ yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan.

Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai.

* Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan yang lain.

Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.
- Sekritariat HKR

“MENDIDIK GENERASI RABBANI”

28 Safar 1433H. [MOD] -

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ 

وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Minggu ini adalah minggu kedua anak-anak kita kembali ke alam persekolahan. Berbagai ragam dapat kita lihat pada diri anak-anak kita setelah berbulan mereka bercuti sekolah. Namun inilah rutin biasa yang perlu ditempuh oleh kita sebagai ibu bapa demi membina generasi yang cemerlang yang bertaqwa di masa akan datang.
Menghantar anak-anak ke sekolah harian atau sekolah berasrama bukanlah bermakna kita menyerahkan urusan pendidikan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa dan pihak sekolah hendaklah saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya. Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Ibu-bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Anak-anak pada peringkat awal pembesaran mereka, memerlukan ibu-bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang berkesan sebenarnya bermula dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah anak itu mencapai usia baligh.
Ibu-bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun. Para ulama’ telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu:
Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.
Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Jika kita tidak mengambil berat terhadapa keperluan anak-anak kita, mereka akan terdedah kepada gejala rosak akhlak, ajaran sesat, hilang kemuliaan akhlak dan maruah, begitu juga aspek pendidikan turut ketinggalan. Sesungguhnya kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti ibu bapa pada hari ini adalah  tercabutnya akhlak anak-anak daripada diri mereka yang boleh mengheret mereka  ke kancah krisis gejala sosial.
Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar awal dari jemaah sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh daripada kita sebagai ibu bapa. Dalam hal ini, kita perlulah membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak. Dalam menjamin perkara tersebut, kita sebagai ibu bapa hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 7 petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut:
1.       Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara berterusan, seelok-elok para bapa hendaklah solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu bersama anak-anak,
2.      Memastikan anak-anak mempelajari  dan membaca al-Quran setiap hari,
3.      Memastikan anak-anak mendapat makanan halal lagi baik,  
4.     Membudayakan amalan-amalan sunnah Rasulullah bermula bangun dari tidur sehingga tidur semula,
5.      Membudayakan amalan membaca bagi menambah ilmu pengetahuan,
6.      Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,
7.      Mengadakan perjumpaan dengan guru mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai ibu-bapa, kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah, tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga adalah memastikan mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang kuat.
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi penghormatan yang tinggi kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan anak-anak kita. Oleh itu, janganlah kita mudah melenting, hilang kewarasan, tetapi bersifatlah berlapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin ke atas anak-anak. Kita perlu yakin bahawa tindakan guru adalah untuk mendisiplinkan anak-anak kita dengan memberi pengajaran dan memulihkan akhlak merekasupaya  menjadi insan yang berguna.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam. Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:

Maksudnya:  “ Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.“.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  


خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya : Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu , dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat (surah al-Mujadalah : ayat 11)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :
1.       Mendidik anak-anak adalah merupakan kefardhuan dan tanggungjawab setiap ibu bapa.
2.      Menghantar anak ke sekolah bukan bermakna kita melepaskan tanggungjawab  mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah.
3.      Ibu bapa perlu memastikan perancangan dan matlamat mendidik anak-anak mereka tercapai
4.     Keutamaan pendidikan anak-anak hendaklah menepati kehendak Islam iaitu keutamaan kepada pendidikan agama supaya anak-anak dapat menjadi manusia yang bertaqwa.
5.      Anak merupakan amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala, amanah tersebut akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.
6.      Kejayaan kita sebagai ibu bapa mendidik anak adalah kejayaan dunia akhirat.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا
مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
 
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak