28 Safar 1433H. [MOD] -
"Seorang
Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia yang juga
merupakan seorang Professor yang dipinjamkan dari salah sebuah IPTA dari
Pantai Timor khabarnya bakal dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua
Pengarah KPT.
Beliau yang pernah ditangkap khalwat awal tahun
2012 di salah sebuah hotel di Negeri Perak nampaknya 'masih berbintang
cerah'. Pejabat Pendakwaan Agama Islam Perak akan memulakan prosiding
pendakwaan awal Januari ini, namun kita lihat tindakannya amat lewat
berbanding kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Yang
membimbangkan kami di KPT adalah bagaimana pihak kerajaan/KPT masih
mempercayai pegawai ini , yang rosak akhlaknya dan mempunyai tabiat
pentadbiran yang buruk serta tidak bermaruah, masih dikekalkan sebagai
Pengarah, malah bakal dinaikkan pangkat pula!. Tidak lama dahulu beliau
diwar-warkan akan menerajui salah sebuah IPTA sebagai Timbalan Naib
Canselor dan kini namanya turut di hebohkan sebagai Naib Canselor sebuah
IPTA di Pantai Timor Malaysia. Terakhir beliau merupakan calon Timbalan
Ketua Pengarah KPT pula!
Kearah manakah pentadbiran sektor awam
di Malaysia dengan mengambil keputusan terpilih dan tidak mementingkan
kualiti dan moral pentadbirnya. KPT dan kerajaan juga dilihat bersikap
double standard dalam keputusannya, sedangkan Ketua Pengarah Kesihatan
diambil tindakan turun gred, tetapi Pengarah KPT ini amat KEBAL dan
tiada tindakan diambil setakat ini.
Pihak Jabatan Agama Islam
Perak juga amat perlahan dalam membuat pendakwaan dan hingga kini telah
hampir 9 bulan kertas pendakwaan pun tidak kelihatan. Adakah pihak
Jabatan Agama Islam Perak melindungi pegawai ini? Atau ada pihak2 atasan
KPT melindunginya?. Kami pegawai KPT amat sangsi dengan keadaan ini.
Beberapa persoalan perlu di lihat dalam kes ini:-
(a)
Jika Pegawai dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah KPT
adakah pihak kerajaan rela perkhidmatan awam memiliki pegawai kanan yang
rendah moral dan tidak bermaruah. Adakah ini hasrat kerajaan sedangkan
YAB Perdana Menteri menekankan pegawai awam hendaklah terdiri dari
mereka yang berintegriti, tinggi moral dan berakhlak tinggi.
(b)
Jika Pengarah ini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor atau Naib
Canselor IPTA, adakah kerajaan memang berhasrat untuk melantik seorang
yang menjadi contoh buruk kepada mahasiswa sebagai
pimpinan institusi akademik berkenaan? Kalau inilah hasrat kerajaan,
maka hasrat YAB PM mahu melihat IPTA mara kehadapat dari sudut keilmuan
dan syahsiah wasatiyah yang tinggi hanya akan tinggal agan-agan kosong!
(c)
Jika pegawai ini dikekal pula sebagai Professor IPTA ,
maka dakwaan
"profesor kangkong" terhadap segolongan profesor IPTA adalah benar
kerana Pengarah yang dipinjam dari sebuah IPTA ini bukanlah dinaikkan
pangkat kerana merit, sedang beliau hanya memiliki tidak lebih dari
lapan (8) penerbitan (itupun tidak berimpak tinggi), tiada geran
penyelidikan yang outstanding dan malah khabarnya jawatankuasa sepakaran
IPTA berkenaan juga tidak memperakukan kenaikan pangkat beliau. Jika
beliau dilantik pula sebagai Naib Canselor atau TNC maka inilah
tanda-tanda kehancuran sebuah menara ilmu.
Jadi : Kemanakah halatuju perkhidmatan awam? Jika ia dikelilingi oleh pegawai rendah moral dan akhlak serta tiada integriti.
Kemanakah
pula halauan IPTA? Jika Profesornya seorang 'kaki wanita', bersifat
ke'kangkong'an dan diberi kepercayaan pula sebagai pentadbir utamanya?
tranungkiter/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan