Pelakon filem dan drama Abu Bakar Omar dilihat hadir ke ceramah PKR di AU3 Wangsa Maju malam tadi.
Beliau ditemui Malaysiakini di gerai tomyam berhampiran tapak ceramah selepas ceramah tamat pada kira-kira jam 12 tengah malam.
Ditanya jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah politik".
Beliau yang tidak keberatan dirakam gambarnya menjelaskan rumahnya terletak di kawasan Keramat yang hampir dengan tapak ceramah malam tadi.
Beliau juga hanya ketawa kecil apabila ditanya rakan-rakan semeja tentang gilirannya untuk berceramah di pentas politik memandangkan golongan artis lain yang aktif berceramah kini 'ketagih' untuk terus berceramah.
Ditanya jika beliau akan turut sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok, Abu Bakar menjelaskan beliau terikat dengan komitmen kerja pada hari yang sama.
"Saya ada penggambaraan Sabtu ini (esok)," katanya ringkas.
Abu Bakar Omar telah membintangi banyak drama dan filem sejak tahun 1980-an.
Namanya melonjak naik selepas membintangi filem Tsu Feh Sofiah pada tahun 1981.
Generasi muda hari ini pula mengenali beliau menerusi filem Hingga Hujung Nyawa lakonan bersama Erra Fazira dan Yusry KRU pada tahun 2004.

malaysiakini/-
1 ulasan:
Wahai puak2 PR.. Bila artis datang ke ceramah tu tak payah lah canang satu dunia..kesian diaorang.. Kadang saja dengar (sebab dekat rumah) dah dikata minat dgn PR.. Sama juga bila artis pakai tudong..cara pihak PR akan menjauhkan mereka dari pakai tudong sebab tak mahu di cop sebagai pro PR walaupun mereka berniat menutup aurat..
Catat Ulasan