21 April 2013

Calon Belot Umno Tidak Akan Dapat Undi - Tun M

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) yang belot kepada parti apabila bertanding sebagai calon Bebas tidak akan dipilih oleh rakyat.
Menurutnya rakyat tidak akan memberi undi mereka kepada calon individu yang tidak berupaya membawa perubahan kepada nasib mereka.
"Saya percaya orang Umno, BN tak akan ikut calon Bebas, mereka akan bagi undi mereka kepada parti.
"Kerana mereka tahu yang bertanding adalah parti, kalau parti tak menang tak guna," katanya pada sidang media selepas berceramah di Rali Pemuda BN bagi Parlimen Alor Setar di sini, Sabtu malam.
Selain itu Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan pemimpin dan ahli Umno yang bertanding atas tikes Bebas merupakan tindakan sia-sia.
"Pilihan raya bukan sebab nak jadikan orang itu YB (Yang Berhormat) . Kita nak cukup kerusi intuk bentuk kerajaan, kalau dia menang sorang-sorang kerusi...dia nak buat apa?
"Dia tak boleh buat apa, nanti kena minta dengan kerajaan juga," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan beberapa ahli Umno yang membelakangi keputusan parti untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Antararanya Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas masing-masing bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Tasek Gelugor.
Diminta mengulas sama ada keputusan mereraka bertanding Bebas mencerminkan kelemahan kepimpinan parti memilih calon terbaik, Dr Mahathir berkata ia berkemungkinan didorong oleh sikap tamakkan kuasa dan pangkat.
"Makin ramai percaya mereka patut dipilih. Terutama kalau dia nampak nak menang, dia nak la jadi calon sebab dia nampak nikmat...bukan sebab nak berkhidmat.
"Ramai yang rasa dia adalah winable candidate atau calon boleh menang. Atau mungkin dia ingat dia win-cable candidate, bila tak dapat dia kecewa...orang macam ni tak boleh jadi pemimpin," katanya.
mStar/-

Laluan berliku di Parlimen Alor Setar

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Laluan berliku di Parlimen Alor Setar

Hsiao Leung (dua, kiri) ketika tiba di tempat penamaan calon bersama calon-calon bertanding dan penyokong PR, semalam.
ALOR SETAR – Calon PKR, Gooi Hsiao Leung akui laluan untuk bertanding di Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) amat sengit berikutan berlakunya pertandingan empat penjuru bersama calon Barisan Nasional (BN), Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama).

Bagaimanapun, beliau berharap pilihan raya kali ini dapat dilakukan secara adil dan bersih kerana PRU13 adalah pilihan raya paling ‘panas’ dalam sejarah.

Beliau berkata, sungguh pun berlaku pertandingan empat penjuru di kerusi Parlimen Alor Setar pada PRU13, namun itu tidak akan menggugat keyakinan Pakatan Rakyat (PR) untuk tawan semula Parlimen Alor Setar.

Semasa hari penamaan calon semalam, seramai empat calon diumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar sekali gus membuka laluan untuk pertandingan empat penjuru di situ pada PRU kali ini.

Calon-calonnya ialah Chor Chee Heung (BN), Gooi Hsiao Leung (PKR), Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama).

Sinar/-

Rafizi dedah dokumen salahlaku profesional calon BN

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Rafizi bersalam dengan orang ramai semasa penamaan calon semalam)

KUALA LUMPUR: Calon PKR di Pandan, Rafizi Ramli telah mendedahkan kepada media dokumen-dokumen dakwaan salah laku yang dihadapi calon BN Pandan, Gary Lim.

"Saya mendapat maklumat mengenai dakwaan salahlaku etika yang melanggar peraturan guaman melibatkan calon BN Pandan, Saudara Gary Lim sejak 4 hari yang lepas. 

"Beberapa dokumen dihantar di dalam sampul surat tidak bernama kepada saya," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Antarab dokumen itu adalah: 

1.      Surat-menyurat dari Majlis Peguam kepada Gary Lim berkenaan surat tunjuk sebab atas dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman, apabila beliau gagal berterus terang mengenai statusnya sebagai seorang peguam

2.      Surat-menyurat dari bekas firma guaman Gary Lim iaitu Shearn Delamore & Co mengenai dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman ini; dan

3.      Laporan polis yang dibuat terhadap Gary Lim oleh bekas majikannya sendiri iaitu Shearn Delamore & Co kerana didakwa telah menyalahgunakan nama firma guaman itu

"Saya sertakan dokumen-dokumen berkenaan untuk diteliti oleh pihak media dan rakyat," kata Rafizi.

Bagi beliau, dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman ini adalah satu tuduhan yang serius kerana ia mempersoalkan kejujuran Gary Lim sebagai seorang professional. 

Beliau tertakluk kepada undang-undang yang ketat dan jelas mengenai kerjayanya sebagai seorang peguam kerana kerjaya itu melibatkan kepercayaan pelanggan kepada beliau. 

Oleh yang demikian, beliau perlu sentiasa jujur dan mematuhi segala peraturan guaman untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada bidang guaman, katanya.

Bagi Rafizi, rakyat bakal meletakkan kepercayaan kepada setiap orang wakil yang terpilih agar sentiasa jujur, tidak menyeleweng dan beretika tinggi.

"Jika Gary Lim tidak boleh mematuhi etika dan peraturan guaman, ada risiko bahawa beliau juga tidak boleh dipercayai sebagai seorang wakil rakyat. 

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mendedahkan perkara ini kepada pengundi Pandan, agar mereka dapat memilih seorang wakil rakyat yang bersih, amanah, beretika dan boleh dipercayai," kata Rafizi.

Harakahdaily/-

Muslimat PAS ajak Kamilia bersama perkasa wanita

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Muslimat PAS Malaysia menjemput bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim bersama wanita Pakatan Rakyat untuk merubah nasib rakyat khasnya kaum wanita.


(Kamilia [kiri] dan Zailah...dua tokoh wanita)

Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof berkata tindakan pimpinan BN jelas tidak menghargai wanita apatah lagi jawatan menteri wanita juga dirampas Perdana Menteri.

"Untuk itu beliau wajar bersama Wanita Pakatan dalam membentuk agenda wanita untuk ubah nasib dan masa depan wanita," kata Zailah kepada Harakahdaily.

Zailah juga alu-alukan Kamilia bertanding bebas bukan hanya sebagai protes, tetapi sebagai hadiah khas untuk pemimpin BN yang tidak menghargai kaum wanita.

"Kamiliah seorang peguam, cerdik, mampu berhujah dan rugi jika tidak dipandang

"Marilah bersama untuk kita menggerakkan martabat wanita di negara ini yang setakat ini hanya dipedulikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Calon wanita di seluruh negara bukan sahaja kekal tetapi semakin bertambah di setiap negeri.

Tambahnya, tindakan Kamilia bertanding bebas juga wajar sebagai menebus maruah pimpinan yang tidak mengenang jasa perjuangan wanita sebelum ini.

Harakahdaily/-

Gerakan Mahasiswa tarik diri tanding di Pekan

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Najib

Najib bersalaman dengan lawannya dari PKR, Fariz Musa sambil diikuti calon lain selepas diumumkan pada hari penamaan calon, semalam.
BANDAR PEKAN - Proses penamaan yang bermula jam 9 pagi semalam menyaksikan persaingan satu lawan satu  bagi merebut kerusi Parlimen Pekan setelah calon mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa (GM13) yang diuar-uarkan bertanding menarik diri.

Kejutan bagi kerusi Dun Peramu apabila menerima pencalonan Pengerusi Persatuan Anak Kelahiran Pahang, Syed Mohammad Faiz Syed Azemmant bertanding atas tiket Bebas, sekali gus menjadikan persaingan tiga penjuru di kerusi itu.

Tiga lagi Dun iaitu Pulau Manis, Bebar dan Chini masing-masing mengekalkan dua pesaing yang telah pun mengesahkan tiket untuk merebut kerusi, 5 Mei depan.

Kira-kira 1,500 penyokong Barisan Nasional (BN) dan 500 penyokong Pakatan Rakyat (PR) hadir pada hari penamaan calon semalam untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Perdana Menteri yang juga penyandang Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan borang penamaan kira-kira jam 9.04 pagi,  diikuti pesaingnya, Ketua Koordinator Jingga 13 yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pada jam 9.25 pagi.

Penyandang Adun Chini, Abu Bakar Harun yang tiba menyerahkan borang penamaan pada jam 9.08 pagi berkata, kepercayaan kali ketiga yang diberikan kepadanya untuk kembali menduduki kerusi Dun Chini menyuntik semangatnya berbakti kepada masyarakat.

“Saya bersyukur dengan pencalonan ini dan berharap masyarakat dapat menilai kepimpinan semua individu yang dicalonkan agar nasib mereka terbela," katanya.

Beliau dicabar hebat Ketua Wanita PKR Cabang Pekan, Sitarunisah Ab Kadir yang memberitahu gerak kerja bagi menawan hati pengundi di bawah Dun Chini sudah dilakukan sejak sekian lama.

Sementara itu, calon baru BN bagi kerusi Dun Bebar, Mohammad Fakharuddin Mohd Ariff mengakui beliau sedang giat berusaha mempersiapkan jentera bagi kempen pilihan raya.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi calon ideal,”  katanya yang menerima tentangan daripada calon PKR yang juga bekas Adun Chini selepas memenangi kerusi berkenaan pada PRU10, Jafri Rashid.

Yang Dipertua Pas kawasan Pekan, Abu Kassim Manaf sekali lagi diberi kepercayaan calon kerusi Dun Peramu Jaya, menyerahkan borang penamaan pada jam 9.31 pagi, sekali gus mengesahkan sebagai pencabar calon baru BN, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan calon Bebas, Syed Mohammad Faiz.

Abu Kassim berkata, walaupun dicabar muka baru, beliau tidak gentar untuk menghadapi lawan dan akan berusaha sebaik mungkin.

Manakala bagi penyandang Adun Pulau Manis, Khairudin Mahmud, kepercayaan yang diberikan sekali lagi kepadanya akan digunakan sebagai jambatan untuk meneruskan kerja berkaitan pembangunan serta bantuan kepada masyarakat.

Sinar/-

Tanding Jempol: Aishah janji tak aibkan sesiapa

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Aishah

Aishah (kiri) bersama barisan calon PR di kawasan Parlimen Jempol ketika penamaan calon, semalam.
JEMPOL- Penyanyi popular era 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak ketika berkempen nanti, sebaliknya akan melakukannya secara berhemah.

Aishah, 48, berkata, kempen yang mengaibkan orang lain tidak perlu kerana manifesto sedia ada yang lebih menjaga kebajikan rakyat sudah cukup kuat untuk menarik pengundi.

“Orang mahukan pembaharuan, new blood, fresh ideas. Tidak perlu taktik kotor untuk provoke calon yang ada," katanya.

Menurutnya, pemilihan beliau sebagai calon juga membuka ruang kepada rakan artis lain, selain memberi pembaharuan pada dirinya sendiri.

“Sungguhpun saya berlainan lapangan, Insya-ALLAH saya boleh buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus selepas diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, semalam.

Aishah yang akan menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN) sebelum itu diiringi lebih 500 penyokong sambil membawa sepanduk ‘Bulan di hatiku, Undilah Pas’.

Beliau juga kelihatan ceria diiringi empat calon Pakatan Rakyat lain yang bertanding iaitu Rebin Birham (PKR - Palong), Siew She Yong (DAP - Bahau),  Abd Rahman Ramli (Pas - Serting) dan T Kumar (PKR - Jeram Padang).

Sinar/-

Awas, anda memasuki 'zon perang' Anak Bukit!

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

ge13 war zone kedah 2Awas, sekiranya anda memasuki DUN Anak Bukit, Kuala Kedah - anda mungkin diperhatikan. Jika anda tersilap langkah, anda mungkin diserang hendap!

ge13 war zon in kedahBegitulah 'situasinya' jika pengunjung atau pengundi yang melalui kawasan DUN Anak Bukit - bermula di sepanjang simpang empat di Mergong hingga sempadan Kubang Pasu.

Bermula dari situ, ia merupakan kawasan 'zon perang', di mana orang ramai bakal menyaksikan hasil kreatif jentera parti Pakatan Rakyat dan BN membuat replika kenderaan perang sempena pilihan raya umum 5 Mei ini.

Tinjauan Malaysiakini, di Kampung Mergong - tidak jauh dari simpang empat, sebuah pondok panas PAS mempamerkan kekuatan 'senjata perang' mereka.

Mereka membuat replikage13 war zone kedah3kereta kebal, pesawat pejuang, motosikal penggempur yang diperbuat daripada buluh dan barang terpakai.

Kesemua jentera penggempur itu dibaluti bendera gabungan Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP.

Mereka meletakkannya di kawasan yang ge13 war zone kedah4berhampiran pondok panas, dan kelihatan beberapa orang anak sedang menyiapkan jentera perang yang lain dengan menggunakan buluh.

Kelengkapan perang itu menghalakan muncung kereta kebal ke arah seberang jalan - yang merupakan kawasan BN, dan jentera 'menunggusemboyan' dibunyikan untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.

"Abang, wartawan mana?... Oh, Malaysiakini. Nak siarkan gambar (jentera perang) ni bila?... Pilih gambar yang elok-elok sikit," usik seorang petugas.

ge13 war zones kedah 5
ge13 war zone 6Bertentangan dengan pondok panas itu - di kawasan BN - penyokong parti itu juga tidak mahu mengalah bahkan menyiapkan jentera perang mereka.

Mereka mempamerkan jet pejuang, meriam dan helige war zone kedah 7kopter penggempur dan diletakkan berdekatan kubu kuat PAS di seberang jalan.  

Kesemua peralatan perang sudah bersiap sedia, dan dibuat dengan peralatan terpakai seperti buluh dan tayar serta dibaluti dengan bendera dacing dan Umno. Berada di situ, tidak ubah seperti 'zon perang'.

Di Kg Padang Lalang pula, pengunjung jangan terkejut, jika seorNONEang 'tentera' BN sedang menghalakan muncung senapangnya ke arah anda.

Di pusat daerah mengundi, BN meletakkan replika patung tentera bersenjata  termasuk seorang anggota tentera yang lengkap bersenjata mesin gun dalam kereta kebal serta motosikal penggempur di depan pusat tersebut.

Muncung senjata mereka juga menghala ke kawasan bendang bertentangan dengan pusat tersebut,  seolah-oleh bersiap sedia kemungkinan 'serangan' PAS dari arah kawasan bendang yang terbentang luas di depannya.

Kemudian, pengunjung juga akan sampai ke kawasan perang di Simpang Empat Kuar di mana pondok panas PAS menyiapkan satu replika wau bulan perang besar yang dibaluti dengan bendera PAS.

Tidak jauh dari situ, BN menghiasi pusat mereka - umpama markaz tentera - dengan bendera BN dan Umno, turut menarik minat pengunjung dan pengguna jika mereka ingin ke Jerlun atau Kangar.

Sepanjang jalan itu juga, perang 'panji' bendera BN dan Pakatan Rakyat sudah dipacakkan dan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipasang, khususnya di pokok-pokok yang menghiasi kiri dan kanan jalan raya bagi menunjukkan mood pilihan raya semakin panas.

Timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah akan mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Beliau akan menentang calon BN Datuk Hashim Jahaya.

Malaysiakini/-

Dun Kemasik jadi tumpuan

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Dun Kemasik jadi tumpuan

Ir Rosli (kanan), Che Alias (tengah) dan Zulkiflee mencabut undi untuk menentukan giliran nama masing-masing disebut di hadapan penyokong bagi pengumuman pengesahan calon.
KEMAMAN – Kerusi Dun Kemasik yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman menjadi tumpuan kerana menyaksikan perebutan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ia berikutan Bendahari Umno Pekan Kemasik, Zulkiflee Salleh, 58, mencalonkan diri sebagai calon Bebas menggunakan lambang ikan, sekaligus menentang penyandang kerusi Dun Kemasik, Ir Rosli Othman dan calon Pas, Che Alias Hamid.

Zulkiflee berkata, keputusannya bertanding bukan dirancang sebaliknya dilakukan spontan berikutan tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu yang diumumkan pucuk pimpinan BN negeri.

“Tiada niat untuk saya lawan parti atau pun nak kejar pangkat tetapi saya dah lama sabar dan saya anggap ini keputusan terbaik yang saya ambil.

“Saya ibarat lilin yang membakar diri, demi rakyat di Kemasik saya ambil keputusan nekad ini kerana ramai sebenarnya yang tidak setuju (dengan calon) tapi tak berani tampil,” katanya selepas mengisi dan menyerahkan borang penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, semalam.

Zulkiflee memilih simbol ikan kerana dia seorang penjual ikan dan berniaga ikan sejak berusia 18 tahun.

“Saya yakin mampu menang di Dun Kemasik dengan sokongan rakyat Kemasik yang mahu isi hati mereka didengari,” katanya.

Sementara itu, Ir Rosli berkata, walaupun undi berpecah dengan persaingan tiga penjuru tetapi ia tidak akan mengganggu majoriti kemenangan yang akan diperoleh BN.

“Dengan adanya calon Bebas,  kita akan lakukan sedikit perubahan dari segi strategi untuk memancing undi. Kita akan lebarkan lagi strategi,” katanya.

Pada penamaan calon itu, Zulkiflee menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, diikuti Ir Rosli pada jam 9.16 pagi.

Penyerahan borang itu disusuli calon Pas, Che Alias pada jam 9.21 pagi yang dicadangkan Mohamad Mahadi Nawi dan disokong Mohd Rusman Rani.

Terdahulu, bagi Parlimen Kemaman, calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi dan calon PKR, Kamarudin Chik pada jam 9.11 pagi.

Calon BN Dun Kijal yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi diikuti calon Pas, Hazri Jusoh pada jam 9.10 pagi, sementara bagi Dun Chukai, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi manakala calon Pas, Hanafiah Mat pada 9.14 pagi.

Untuk Dun Air Putih, penyerahan borang penamaan dilakukan calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada 9.02 pagi dan calon Pas yang juga pesara guru, Ab Razak Ibrahim pada jam 9.15 pagi.

Sinar/-

Pembaca doa Umno jadi calon bebas Changkat Jering

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Calon Pakatan Bukit Gantang....dari kiri Chua Yee Ling, Nizar, Ustaz Idris dan Ustaz Nor Azli Musa)

TAIPING: Calon bebas, Zulkiefli Ibrahim dikatakan telah ditaja oleh Umno sendiri bagi menentang  calon BN, Datuk Rosli Husin dan calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin untuk kerusi DUN Changkat Jering.

Menurut beberapa penyokong Umno, calon bebas itu adalah orang yang sering membaca doa pada majlis yang dihadiri oleh untuk Rosli, Ketua Umno Bahagian itu.

Mereka menyebut bagaimana seorang penghuni di penempatan orang miskin boleh bertanding jika tidak ditaja.  

Menurut Ketua Penerangan PAS kawasan Bukit Gantang, Saharudin Ahmad Sani, adalah sesuatu yang pelik seorang tukang baca doa kepada Datuk Rosli boleh bertanding menentang beliau.

Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang pula menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS, Ustaz Idris Ahmad ditentang oleh calon BN Ismail Sapian, yang pernah tewas dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang menentang calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin. 

Sementara itu kerusi Kuala Sapetang pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Chua Yee Ling, dengan calon BN daripada Gerakan, Loh Swee Eng dan calon Berjasa Zainal Abidin Abd Rahman.

Di Dun Trong pula menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS Ustaz Nor azli Musa dengan calon BN Dr Abd Wahid.

Harakahdaily/-

Proses penamaan calon lancar

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Proses penamaan calon lancar

Calon-calon yang bertanding pada PRU13 mengangkat selepas Abdul Manan (tiga kiri) mengesahkan menerima borang pencalonan masing-masing, semalam.
JELI - Proses penamaan calon kerusi Parlimen Jeli menyaksikan satu lawan satu di antara calon Barisan  Nasional (BN), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan calon Pas, Apandi Mohamad, semalam.

Afandi kelihatan lebih awal memasuki pusat penamaan calon kira-kira jam 9.15 minit pagi manakala Mustapa menyusul sembilan minit kemudian untuk masing-masing menyerahkan borang pencalonan.

Mustapa akan mempertahankan kerusi yang disandang beliau untuk penggal empat yang juga kubu kuat BN di Kelantan, malah beliau juga akan bertanding di kerusi Dun Air Lanas menentang calon Pas Abdullah Ya’kub.

Bagi kerusi Dun Bukit Bunga pula mempamerkan dua muka lama membabitkan calon BN, Mohd Adhan Kechik ditentang oleh Sufely Abdul Razak dari Pas. Pada PRU12 lalu Mohd Adhan menang dengan majoriti 348 undi menewaskan Sufely.

Bagi kerusi Kuala Balah,  penyandang dari BN, Abdul Aziz Derashid akan menentang satu lawan satu dengan muka baru calon dari Parti keadilan Rakyat (PKR), Ramlan Mat.

Proses penamaan calon berjalan lancar dan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Jeli, Abdul Manan Ali mengisytiharkan penutupan penamaan calon  bagi kedua-dua calon bertanding selepas tempoh bantahan tamat tepat jam 10 pagi.

Beliau mengumumkan tarikh undi awal akan dijalankan pada 30 April ini, manakala hari undian biasa akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 5 Mei 2013.

Calon Pas tiba di pusat penamaan calon lebih awal bersama lima ribu penyokong, berbanding rombongan BN diiringi kira-kira dua ribu penyokong.

Kedua-dua penyokong parti menunjukkan sikap yang sopan dan beradab, sambil mengibarkan bendera parti masing-masing sebagai tanda sokongan kepada calon yang bertanding.

Sebagai langkah keselamatan pihak polis memasang kawat berduri dan tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Sinar/-

Sekitar penamaan calon Kuala Kangsar

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -























Ustaz Zawawi berentap 3 penjuru di Semanggol

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Ustaz Zawawi Hassan [tengah] bersama Husin Din [kiri sekali] semasa penamaan calon semalam)

 BAGAN SERAI: Calon PAS bagi Gunung Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Hassan ditentang oleh calon BN Zulkarnain Ismail dan seorang calon bebas, Halidi Wahab.

Pada pilihanraya umum ke 12 lalu, calon PAS, Ramli Tusin berjaya menewaskan calon BN, tetapi pada pilihanraya umum kali ini tokoh muda , Ustaz Zawawi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Perak diletakkan kecpercayaan sebagai calon  DUN Gunung Semanggol.

Begitu juga di kerusi Alor Pongsu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Rosli Ibrahim dengan calon BN Sham Mat Sahat dan calon bebas Ahamsul Amir Ramly.

Di kerusi Selinsing, PAS berhadapan dengan Umno. Calon PAS Husin Din yang merupakan penyandang kerusi itu pada pilihanraya umum ke 12 ditentang oleh calon BN Shaharuddin Ahmad.

Di Parlimen Bagan Serai, Pengerusi PKR Negeri Perak, Dr Mohammad Nor Manuty ditentang juga tiga penjuru antara calon BN Noor Azmi Ghazali dan seorang calon Bebas, Abdul Latif Masud.

Harakahdaily/-

102 korban gempa China

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Bangunan musnah teruk

Bangunan musnah teruk sejurus gempa berlaku di wilayah Sichuan, China.
BEIJING - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sichuan, barat daya China menyebabkan 102 penduduk terbunuh dan sekurang-kurangnya 2,200 orang cedera, semalam.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran tercetus kira-kira pukul 8.02 pagi waktu tempatan di daerah Lushan berhampiran bandar Ya'an serta berpusat pada kedalaman 12 kilometer.

Menurut pegawai, gempa bumi itu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan meranapkan bangunan sekali gus menyamai peristiwa gempa kuat yang meragut kira-kira 70,000 nyawa penduduk pada 2008.

Sementara itu, Presiden Xi Jinping dan timbalannya, Li Keqiang mengarahkan semua pasukan keselamatan melakukan operasi mencari dan menyelamat, laporan dipetik daripada Al-Jazeera.

"Tempoh 24 jam ini adalah masa sukar untuk menyelamatkan mangsa. Semua pasukan keselamatan perlu menyelamatkan mangsa dengan pantas," kata Jinping.

Sinar/-

Kamilia: Sudah ditimpa tangga, dihentak bata pula

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SETELAH dimalukan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak sehari sebelum penamaan calon, bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang semalam bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar kini terpaksa menghadapi ‘pembunuhan karektor’ oleh bekas rakan seperjuangannya.

Kamilia tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini dan merasakan tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita Umno.

Sejurus selepas Kamilia menyatakan kekecewaan dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon, Najib terus mengeluarkan kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah Kamilia seorang yang gila kerusi parlimen dan jawatan.

Semalam, Kamilia bertindak menjadi calon Bebas di Kuala Kangsar setelah membuat pengumuman perletakan jawatan beliau selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, dan ahli Umno.

Tindakan tersebut yang dilihat ramai Wanita Umno sebagai langkah yang wajar dalam mempertahankan maruah dirinya daripada penghinaan Najib.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula enggan menerima hakikat perletakan jawatan Kamilia, sebaliknya mengumumkan Kamilia akan dipecat serta-merta Isnin ini.

Surat pemecatan Kamilia akan dikeluarkan Isnin ini.

Kamilia bukan memasuki pertandingan atas tiket Umno, mahupun ahli Umno. Kamilia mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan semua jawatan dalam Umno.

Maka, timbul persoalan apa yang perlu dipecat oleh Muhyiddin?

Kamilia juga terpaksa menghadapi penghinaan daripada Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry semalam melabelkan Kamilia sebagai seorang yang tidak berprinsip.

Begitulah cara pemimpin Umno yang tidak memahami hati seorang wanita yang terguris dalam cara parti memilih calonnya kali ini.

Sudah pasti, bukan Kamilia seorang sahaja yang berasa sedemikian di dalam Umno. Ramai lagi Wanita Umno yang berasa mereka disisihkan dan diketepikan apabila pemimpin Umno sendiri tidak berani mengusir ketua mereka Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes ‘lembu kondo’nya, akhirnya hampir kesemua mereka terpaksa dikorbankan.

Namun, tidak banyak orang yang berani seperti Kamilia yang berani memberitahu Shahrizat bahawa kes NFCnya telah membawa padah kepada Wanita Umno.

Hanya Kamilia sahaja yang berani bersuara mempertahankan Wanita Umno ketika mereka disisihkan tatkala ketua mereka Shahrizat diam membisu.

Siapa lagi yang boleh membela Wanita Umno dari dalam?

Apakah Datin Seri Rosmah Mansor? Rakyat sudah tentu masih ingat siapa pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga kini, kalau bukan suami Rosmah.

Kalau itu bukan satu penganiayaan kepada Wanita Umno, apakah itu?

Harakahdaily/-

'Watikah saya dirompak'

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Mohamad Shahrum Osman

Mohamad Shahrum Osman
KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap reda.

Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj.

“Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.

“Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi ‘calon boleh menang’ bagi BN.

Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13.

Sinar/-