08 September 2009

Seruan dari Gaza

Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)


Pada 9 Ramadan yang lalu, di Masjid Universiti Sana’a setelah 4 rakaat solat tarawih, seorang lelaki bangun lalu menuju ke mihrab dan mencapai mikrofon. Saya sangkakan dia akan memberikan khatirah (tazkirah) pada malam itu.

Setelah memberi salam, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbit, lalu memaklumkan bahawa seorang ulama dari Gaza-Palestin, Syeikh Mohammed Mansour al-Barra akan menyampaikan ucapan melalui talian telefon dari bumi ribat itu.

Talian disambungkan dengan pembesar suara. Lalu dia mempersilakan Syeikh al-Barra berucap. Berikut saya memetik beberapa isi penting ucapan beliau.

Setelah memuji-muji Allah Ta’ala dan berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w, Syeikh al-Barra memetik satu ayat di dalam al-Quran.

Firman Allah Ta’ala (yang bermaksud): “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir), supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.

Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di kalangan kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 139-142)

Beliau menyorot kemenangan penduduk Gaza yang bersabar dengan ujian Allah sehingga tentera-tentera Israel terpaksa berundur walaupun mereka telah berusaha bermati-matian untuk menghancurkan wilayah yang menjadi kubu kekuatan HAMAS itu.

Serangan udara yang bermula pada pagi Sabtu, 27 Disember 2008 dan berakhir 22 hari kemudiannya menyaksikan beribu-ribu penduduk Gaza termasuk kanak-kanak yang gugur sebagai korban dan syuhada.

Sesungguhnya Allah Ta’ala yang memilih dari kalangan mereka yang terkorban itu sebagai syuhada. Mengambil pelajaran daripada ayat al-Quran tersebut, walaupun ramai kaum muslimin yang gugur, namun di pihak musuh juga ramai yang terkorban.

Melalui peristiwa ini, Allah Ta’ala Maha Melihat siapakah yang benar-benar beriman dan berjihad pada jalanNya. Allah Ta’ala Maha Mengetahui siapakah dari kalangan umat Islam ini yang bersama-sama merasai penderitaan saudara-saudara mereka di bumi Gaza .

Syeikh al-Barra seterusnya merakamkan ucapan terima kasih atas segala bantuan yang dihulurkan dan doa yang dipanjatkan kepada Allah Ta’ala untuk kemenangan penduduk Gaza mengatasi kezaliman musuh-musuh mereka.

Beliau juga mengesahkan bahawa bantuan-bantuan yang dihantar dari Yaman telah pun selamat diterima dan disalurkan kepada keluarga-keluarga mangsa serangan tentera Israel di Gaza.

Namun menurut beliau, perjuangan masih belum berakhir lagi. Katanya, “Wahai saudara-saudara kami di Yaman yang dikasihi lagi dimuliakan Allah sekalian, Janganlah kamu sekalian berasa keadaan kami telah aman setelah serangan itu berlalu.

Perjuangan ini tidak akan berhenti sehinggalah kita dapat membebaskan kembali Masjid al-Aqsa dan bumi di sekitarnya yang diberkati oleh Allah S.W.T.

Firman Allah: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa yang Telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israk: 1 )

“Wahai saudara-saudara di Yaman, kamu berpuasa pada waktu siang dan mendirikan malam Ramadan dengan penuh keimanan. Teruskanlah berdoa untuk saudara kamu di Gaza . Ketahuilah bahawa bagi orang-orang yang berpuasa itu terdapat doa yang tidak ditolak.

Doakanlah untuk kami semasa kamu sedang berpuasa, doakanlah untuk kami semasa kamu berbuka puasa. Ambillah peluang di saat doa-doa kamu mustajab.

Yakinlah kemenangan pasti akan tiba kelak. Kamu telah menyaksikan kekuatan senjata kita sebagai orang-orang yang beriman iaitu berdoa kepada Allah dalam serangan yang lalu. Lalu Allah mendatangkan pertolonganNya.

Wahai saudara-saudara kami di Yaman! Ketahuilah, sebagaimana keikhlasan kamu mendoakan kemenangan kami, demi Allah kami begitu juga berusaha mendidik anak-anak kami agar kelak dapat membebaskan tanah air ini daripada penjajahan. Bumi Palestin ini adalah milik seluruh umat Islam. Kami akan terus mempertahankannya dan kami tidak akan mensia-siakan sokongan kamu semua selama ini.

Akhir sekali, saya mewakili seluruh penduduk Gaza mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara kami di Yaman kerana memberikan bantuan untuk kami membantu dan menampung keperluan anak-anak yatim dan anak-anak para syuhada."

Pada malam itu, Masjid Universiti Sana'a mengumpulkan kutipan derma jihad setelah selesai solat witir. Saya segera pulang dan tidak pasti berapakah jumlah kutipan yang dapat dikumpulkan.

Sememangnya, pada bulan Ramadan ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan infak dan bersedekah. Maka usahakanlah untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin yang memerlukan melalui apa sahaja saluran yang terhampir dengan kita.

Fakta untuk Apakah beza UMNO dan Penyelewengan..?

1. Terdapat 900 aduan politik wang kepada lembaga disiplin.

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg

2. Datuk Seri Ali Rustam bersalah

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.Beliau didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm&arc=hive

3. UMNO bakal tersungkur akibat rasuah – Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yakin UMNO bakal tersungkur lagi pada pilihanraya ke-13. Beliau mengatakan demikian kerana rakyat akan melihat UMNO bakal dipimpin oleh orang-orang yang mengambil rasuah. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithaudeen pernah memberitahu bahawa telah menerima lebih daripada 900 aduan berkenaan pencalonan.

http://chedet. co.cc/chedetblog /2009/03/ rasuah-umno- 2.html

4. Khairy Jamaluddin Rasuah.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah." Tun Mahathir

http://chedet. co.cc/chedetblog /2009/03/ kenapa-saya- tidak-hadir. html

5.Hutang Orang Pahang RM63 juta

KUANTAN 22 April - Kerajaan Pahang hari ini memfailkan permohonan bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahkan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat berhubung kegagalan mematuhi kontrak konsesi balak.

Permohonan tersebut difailkan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara'ai Alias di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=0423&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm&arc=hive

6. UMNO tak reti bayar hutang barangan pilihanraya

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.-Malaysiakini

http://thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2009/ 9/3/nation/ 20090903134637&sec=nation

7.Laungan KJ Rasuah.

Pemilihan Agong UMNO PWTC 2008.

http://www.youtube. com/watch? v=hPOQYX9F7DE

Ihsan : Perisik Rakyat

Khalid Samad: UMNO Dalang Sebenar Isu Kuil

(TV Antara) - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyanggah dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bahawa Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas berikutan isu insiden membabitkan pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Khalid ketika dihubungi oleh TV Antara berkata, tanggungjawab kerajaan negeri telah dilaksanakan dengan sebaiknya lalu mengadakan dialogsupaya penduduk Seksyen 23 dapat mengutarakan sebarang permasalahandengan lebih jelas.

"Kita telah menjalankan tugas untuk mengadakan dialog. Itu tanggungjawab kita tetapi bila mereka-mereka yang menjadi penimbul masalah semamsa dialog itu, adalah orang-orang yang sama yang mengarakkan kepala lembu dab oleh kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, dan Hishamuddin sendiri menyatakan sokongan tindakan biadap mereka itu, maka itulah yang menyebabkan dialog itu tidak dapat berjalan dengan baik," ujarnya.

Katanya lagi, sokongan yang diberikan oleh Hishamuddin sekali gus memarakkan lagi semangat anti perkauman sehingga menimbulkan kekecohan pada sesi dialog yang berlangsung dalam Ramadhan yang mulia.

"Kegagalannya adalah daripada pihak kerajaan pusat yang memberikan pelindungan dan pembelaan serta sokongan dan dokongan kepada golongan pelampau yang diberikan kebebasan untuk bertindak sesuka hati," katanya lagi.

Malah dalam nada tegas Khalid berkata, tiada seorang pun ahli PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terlibat dalam siri kekecohan yang berlangsung diSeksyen 23 shah Alam dan pada sesi dialog di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun katanya lagi, sekiranya terdapat ahli PAS mahu pun PKR yang turut serta dalam insiden yang memalukan itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka sebagai ahli parti lantaran tindakan yang bercanggah itu.

"Berhubung dengan ahli PAS dan PKR, setakat mana yang kita lihat semua yang bercakap pada hari yang berkenaan adalah orang UMNO. Tak ada seorang pun yang ahli PAS. Walaupun mereka mengakui mereka dari PAS, PKR dan sebagainya tetapi pengakuan itu hanya sekadar pengakuan dan tidak ada satu perkara yang terbukti," tambah beliau lagi.

Beliau menambah, sekiranya pakatan pembangkang tidak pernah berkompromi terhadap kebiadapan sedemikian rupa, mengapa tidak UMNO juga mengambil tindakan yang sama terhadap ahli mereka yang terlibat.

"Sekiranya ada orang PAS atau PKR sekalipun, kalau mereka buktikan keahlian mereka, maka kita akan ambil tindakan untuk memecat mereka kerana tindakan mereka bercanggah dengan dasar-dasar dan nilai yang dibawa oleh parti dan sekiranya UMNO sendiri benar dengan sikap mereka menolak ekstrimisme, maka mereka seharusnya mengambil tindakan yang sama," tegas khalid.

Ujarnya lagi, pihaknya tetap berpendirian kekecohan yang berlaku berpunca dari mainan UMNO.

"Mereka cakap itu hanya untuk menutup hakikat bahawa, ianya sebenarnya memang ditaja oleh UMNO Barisan Nasional. Hakikat ini terbukti dengan campur tangan Noh Omar dan sokongannya yang ditunjukkan oleh Hishamuddin," katanya.

Dalam satu perkembangan yang lain, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim turut mempunyai pandangannya yang tersendiri berkenaan dengan isu kuil.

"Soalnya ini bulan puasa, kedua itu kita cerita pasal 1 Malaysia, semenjak sebut I Malaysia, semenjak pilihanraya 2008, isu kaum dibangkit-bangkitka n dan gayanya secara langsung dan tidak langsung seolah-olah itu sahaj modal yang ada. Tidak ada jalan lain sebenarnya. Mungkin dulu isu kaum itu orang sudah memberontak tapi kita lihat orang dan kumpulan tertentu yang hangat sangat," ujar Nasir.

Nasir juga berkata, setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sepatutnya kerajaan bersikap waras dan matang dalam menangani isu perkauman.

Beliau berkata demikian setelah mendengar 16 Hindraf ditahan dalam upacara nyalaan lilin di ibu negara baru-baru ini.

"Yang baru-baru ini Hindraf kena tahan, bawa bunga dan sebagainya, yang satu lagi bawa kepala lembu yang merupakan simbol kepada kepada kaum India, dipijak dan dilidah, tidak satu pun yang kena tahan. Polislembab dan nampak sangat seolah-olah kalau isu kaum ini berlaku, BN boleh dapat balik 5 negeri termasuk wilayah. Itu harapan mereka. Di mana 1 Malaysia? 1 Malaysia itu hanya omong-omong kosong sahaja. Benda itu satu hipokrasi," ujarnya beliau.

Majlis dialog yang berlangsung pada 5 September lalu bertujuan memberipenerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kerajaan Barisan Nasional,baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.

Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.

Malangnya dialog itu "disabotaj" UMNO.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak ditubuhkan.

IPOH, 7 Sept:- Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak telah selamat ditubuhkan dalam satu pertemuan rasmi yang diadakan di Pejabat PAS Perak di sini. Sekretariat yang mengabungkan wakil Pemuda dari parti PAS, PKR dan DAP itu mencapai kata sepakat dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Dalam kenyataan bersama sekretariat itu adalah gabungan dari wakil 5 orang bagi setiap parti. Mereka ialah Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Setiausaha, Ketua penerangan dan Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda.

Hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust Zainuri Amin, Ketua Angkatan Muda Keadilan , YB. Abd.Yunus Jamhari, Ketua Pemuda DAP, YB. Wong Kar Wok serta wakil-wakl lain mewakili parti masing-masing.

“Saya dengan ini mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengucapkan tahniah dengan penubuhan Sekretariat Pemuda pakatan Rakyat dan ini membawa arti yang sangat besar kearah memantapkan lagi gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri Perak” Kata Drs. Khalil dalam kenyataan ringkas selepas mesyuarat tersebut..

Bilakah sidang DUN akan dipanggil oleh speaker haram Ganesan.

Bercakap mengenai tarikh sidang sejak akhir-akhir ini samakin menarik dan jadi perhatian ramai pihak. Khususnya bagi penjawat awam di negeri Perak mereka semakin tertanya-tanya kepada sidang bajet yang membolehkan gaji mereka dibayar bagi tahun2010. Saya tidak terlepas dari dipertanyakan oleh mereka.

Persoalannya kami sentiasa bersedia untuk masuk bersidang tidak kira siapakah yang memanggil kami untuk bersidang. Kalau kami dihalang oleh pasukan keselamatan kami tetap mencuba untuk masuk, adalah mustahil dalam keadan pintu bangunan SUK terbuka luas kami tidak datang bersidang.

BN semacam memperlekehkan kami yang katanya beria-ia sangat untuk bersidang dikaitkan dengan tindakan Sivakumar memeanggil sidang pada 2 September lepas, lalu ada mencemuh dan mencabar dan ingin lihat adakah kami akan datang bila Ganesan memanggil sidang.

Panggillah dulu baru tahu jawapannya, tahulah apa yang akan kami lakukan kalau ganesen memanggil sidang. Yang pasti sidang akan berlaku dalam masa tersekat dan saya jangkakan Ganesan akan memanggil sidang pada 7 Nov akan datang.

Siapa Speaker Perak yang haram dan derhaka kepada Sultan ?

Berkatalah si Ganesan bahawa dia adalah Speaker Perak yang sah @ halal dan Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah @ haram.Banyak komentar dari pemimpin BN Perak dan Pusat memberikan pandangan masing-masing mengenai kedudukan Speaker Perak rentetan dari tindakan Sivakumar sekali lagi memanggil sidang pada 2 September lalu.

Yang jelas bagi saya peritiwa sidang 2 September menunjukkan lonjakan sokongan rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat memerintah di Perak masih stabil malah dilihat sebagai satu lonjakan baru apabila tekanan dari pihak pasukan keselamatan untuk menggagal kan sidang itu ditahap yang melampau pada pandangan saya. Justeru itu keadaan ini amatlah membimbangkan BN.

Sekembalinya dari tanah suci, saya mendengar dan membaca komentar tersebut yang sangat menyakitkan telinga.

Hakikat sebenarnya Ganesanlah Speaker yang haram kerana perlantikannya berlaku sebelum sidang bermula.Sivakumar yang menjalankan tugas biasa sebelum sidang iaitu memeriksa kesiapan dewan sebelum Raja Muda Perak masuk ke Dewan untuk merasmikan sidang pada 7 Mei. Namun begitu arahan Speaker mengenai mereka yang digantung dan dianggap tidak boleh menghadiri sidang diabaikankan oleh Zambry dan rakan-rakannya.

Disitulah bermulanya kekecohan apabila arahan speaker tidak dipatuhi. Namun paling malang dalam kekalutan itu berlakunya perlantikan speaker baru serta lantikan 3 jawatankuasa dewan. Manakah rujukan undang-undang yang dipakai BN sehingga sebenarnya tindakan ini juga satu tindakan menderhaka kepada Raja kerana sebelum dirasmikan satu sidang haram telah dimulai bagi mencapai niat jahat BN.

Perangai lapuk BN yang tidak menghormati undang-undang di Negeri Perak sangat terang lagi bersuluh.

Lagaknya cakap pemimpin BN kamilah yang menderhaka kepada Raja, sebenarnya merekalah yang menjadi juara dalam penderhakaan kepada raja-raja melayu termasuklah di Perak.

Tindakan BN yang tidak mengikuti arahan speaker menyebabkan kekecohan yang berpanjangan pada 7 mei dan menyusahkan Raja Muda menunggu sehingga hampir 6 jam.

Kalaulah arahan speaker Sivakumar lebih awal dipatuhi tentunya tidak akan berlaku kekecohan didalam dewam. Namun persoalannya sangupkah BN menyaksikan agenda jahatnya tidak dapat ditunaikan.

Seperkara lagi kalau benarlah semua dakwaan BN mengapa dan kenapa desakan dibubarkan DUN tidak diendahkan. Malah beberapa hari lepas Muhyiddin berkata tidak akan membubarkan DUN Perak.

Kita tunggu dan lihat benarkah DUN Perak tidak akan dibubarkan ?

Tahap dan tingkatan puasa.

http://akhisalman.blogspot.com

Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Saat artikel ini ditulis, sudah masuk hari yang ke 16. Bagaimanakah dengan puasa kita. Ditahap "tadika" , "sekolah rendah" , "sekolah menengah " atau "universiti". Masing2 melalui ramadan mengikut tahap keimanan dan ketakwaannya. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Firman Allah swt:

ولكل درجات مما عملوا

"Dan setiap orang yang beramal mempunyai tahap dan tingkatan yang tertentu." (Al-'Anam : 132)

Kebanyakan kita hanya melalui "ramadan primary school" iaitu hanya menahan lapar dan dahaga. Adakah ini sudah memadai untuk membolehkan puasa kita diterima. Cuba kita renung hadis ini:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الّزُوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةً فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

"Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak elok maka Allah tidak memerlukan (memberi pahala) terhadap meninggalkan makan dan minum." (Hr Bukhari - sahih)

Hadis dibawah ini lebih menjelaskan lagi apakah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda:

لَيْسَ الّصِيَامُ مِنْ الّطَعَامِ وَالّشَرَابِ إِنَّمَا الّصِيَامُ مِنَ الّلَغْوِ وَالّرَفَثِ

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hr Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi - sahih)

Setelah kita membaca kedua hadis ini, kita mesti merenung dan mengingati kembali segala puasa-puasa kita sebelum ini. Bagaimana dengan puasa kita selama ini. Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan ini:

1. Adakah kita masih mengumpat (walaupun benar) dan mengata keburukan orang lain semasa puasa? Memaki dan mencerca orang lain?
2. Adakah kita masih memandang perkara yang haram semasa puasa? melihat movie yang mengandungi gambar yg boleh menyeronokkan nafsu syahwat kita? kebanyakan drama, filem dll ada perkara ini.
3. Adakah kita masih melakukan hubungan cinta semasa puasa ?
4. Adakah kita mendengar lagu-lagu yang haram atau mendengar orang yang mengumpat ketika puasa?
5. Adakah kita menggunakan tangan dan kaki kita untuk perkara yang haram?

Kalau ada salah satu perkara diatas, maka dikhuatiri pahala amalannya lenyap begitu sahaja. Habislah penat lelah dia berpuasa. Renungilah hadis dibawah ini:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَش

"Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja." (Hr Ibnu Majah - hasan sahih)

Semestinya kita merasa takut dan bimbang termasuk dalam orang yang tidak diterima puasa dan amalannya. Inilah sikap para ulama salafus soleh yang begitu bimbang amalan mereka tidak diterima walaupun mereka telah melakukan yang terbaik. Abdullah Ibnu Umar berkata:

"Kalaulah aku mengetahui Allah sudah menerima daripadaku satu sujud atau satu dirham sedekah , pasti kematian lebih aku cintai dari segalanya."

Seorang sahabat Nabi saw Fudalah ra juga berkata:

"Kalau aku tahu Allah telah menerima amalanku sebesar biji zarah lebih aku sukai dari dunia dan seisinya."

Oleh itu kita kena sentiasa menilai kembali puasa kita, ditahap manakah ia? kalau kita sudah dapat memelihara anggota kita dari perbuatan yang tidak elok semasa puasa maka kita sudah layak ke tahap pertengahan atau kita sebut "sekolah menengah".

Bagaimakah untuk kita melayakkan puasa kita ditahap "universiti". Kita bukan sahaja menjaga anggota kita semasa puasa malahan menjaga hati kita dari selain dari Allah. Inilah jawapan seorang Soleh, bila ditanya "Kamu puasa dari apa?" lalu beliau menjawab:

أن الصائم عما سوى الله

"Aku menahan diri dari mengingati selain dari Allah."

Kesimpulan

Marilah kita sama-sama meningkat kualiti puasa kita. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Ini bagi memastikan amalan kita diterima. Ramai orang yang diberi kekuatan untuk beramal tetapi tidak ramai amalannya yang diterima. Imam Ibnu "Ataillah as-Sakandari berkata:

رُبَّمَا فَتَحَ لَكَ بَابَ الّطَاعَةِ وَلَمْ يَفْتَحْ لَكَ بَابَ الْقَبُوْلِ

"Kemungkinan Allah membuka pintu amal untuk kamu dan Allah belum membuka pintu penerimaan amalan untukmu."

Penerimaan amalan memerlukan keikhlasan dan bertepatan dengan apa yang dituntut oleh syara'. Kita mesti menuntut ilmu untuk memastikan amalan kita bertepatan dengan syariat dan bagaimana utuk mencapai keikhlasan. Oleh itu sama-samalah kita turun belajar menambah ilmu di kelas-kelas pengajian. Sunnah dalam menuntut ilmu adalah belajar berguru secara berdepan seperti mana Nabi terima wahyu dari Jibril dan para sahabat belajar dari Nabi saw. Nabi saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرُيْدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يُعَلِّمَهُ كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍ تَامٌّ حَجَّتُهُ

"Sesiapa yang pergi ke Masjid waktu pagi hanya semata-mata menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya dia mendapat pahala orang yang menunaikan haji yang mana sempurna hajinya." (Hr Hakim dan Tabrani - Hasan)

Kenapa pahala sebesar ini tidak diberikan kepada orang yang menambah ilmu dgn pembacaan? Cuba fikir... InsyaAllah saya akan jawab dalam tajuk belajar secara berdepan dengan guru. Tidak salah membaca, malahan digalakkan tapi jadikan ia sebagai tambahan bukan yang utama.

TINGKATKAN KUALITI PUASA KITA

Rujukan: Tafsir Sofwatut Tafasir oleh Sobuni, Lataiful Ma'arif oleh Ibnu Rajab dan Makhawifus Solihin Min adamil Qabulil A'mal oleh Dr Muhammad Azuz .

Posted by akhisalman

Sambutan Badar Al Kubro menghangatkan malam Ramadhan

http://ajijoi.blogspot.com


IPOH (5.9.09): Malam sambutan Badar Al Kubro yang dihadiri oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang bersama-sama dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dan Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai apabila perkarangan surau Al-Ikhlasiyah, Jalan Pemimpin, Manjoi Ipoh penuh sesak sehingga tidak dapat menampung kebanjiran yang hadir.

Program yang bermula dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Tazkirah oleh Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Ustaz Shuib Din dan diikuti dengan solat Isyak dan Tarawih sebelum ceramah Badar bermula.

Ceramah yang dipengerusikan oleh Ustaz Misbahul Munir telah disampaikan oleh Ust Abu Bakar, Dato Seri Nizar serta acara kemuncak oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Pemandangan perkarangan surau yang dipenuhi oleh masyarakat yang dah lama tak bertarawih dibawah khemah sepertimana program ehya ramadhan di dataran mbi tahun lalu. Masih ramai lagi yang berdiri diluar pagar surau untuk mengikuti program Badar Al Kubro ini. Kehadiran dianggarkan tidak kurang daripada 5000 orang.

Sejarah Badar Al Kubro bagai telah dilupakan oleh masyarakat dan hanya parti Pas sahaja yang benar-benar menyambutnya dengan penuh penghayatan setiap tahun. Peperangan Badar memberikan kita semangat untuk terus berjuang menegakkan agama Islam di tanah air ini dengan cara dan teknologi masa kini bersesuaian dengan keadaan dan masa.

Pentas utama bersama pemimpin yang disayangi semua.

Kemelut yang berlaku di Perak ini telah berlanjutan selama 7 bulan sedangkan dimana-mana negara komenwel yang berlaku perkara seperti ini hanya 3 bulan sahaja telah dapat diselesaikan dengan pembubaran dewan dan dilakukan pilihanraya semula.

Sidang dun yang kami adakan pada 2 September lalu telah dihalang oleh polis dengan menangkap 3 orang adun Pakatan dan 3 orang awam. Adun Malim Nawar, YB Keshvinder Singh telah dimasukkan ke hospital kerana luka dikepala akibat dikasari pihak polis. Dan oleh kerana kami dihalang daripada memasuki Bangunan SUK walaupun kami wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, sidang dun tetap kami adakan di hotel kerana tempoh enam bulan daripada tarikh sidang dun dibawah pokok tamat tempohnya pada hari tersebut.


Kes saya di mahkamah persekutuan juga telah hampir dua bulan tiada berita, hanya semalam saya mendapat fax daripada Putrajaya yang memberikan tarikh 5.11.09 untuk mendengar kes tersebut. Manakala bn perak dijangka akan membuat sidang dun mereka sendiri pada 7.11.09(tarikh akhir mereka berbuat demikian).

Biarpun hari mulai hujan, namun ceramah tetap diteruskan juga bagi menyampaikan maklumat terkini tentang krisis politik di Perak semua.
kepada
Infak yang dihulurkan pasti menjadi saham di akhirat kelak.

Tuan Guru Haji Hadi Awang memberikan ceramah yang mengupas kisah peperangan Badar melalui ayat-ayat Al-Quran dan hadis.

Peperangan Badar memberikan banyak pengajaran kepada kita sebagai hamba Allah yang berkewajipan menegakkan agama Allah dibumi ini. Peperangan Badar yang berlaku didalam bulan Ramadhan sepertimana al-Quran yang diturunkan juga didalam bulan Ramadhan. Oleh yang demikian, al-Quran yang mulia perlu dijadikan panduan cara hidup kita.

Diakhir ceramah, Tuan Guru Haji Hadi telah bermunajat untuk kesejahteraan ummat dan kedaulatan Islam didalam kehidupan semua.

Gema suara orang ramai yang mengaminkan munajat tok guru memecahkan suasana malam Ramadhan.

Terdengar suara sebak tok guru memohon munajat dengan bersungguh-sungguh.

Amin ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rahim.

Orang ramai berbaris panjang untuk mengambil kesempatan bersalam dengan tuan guru kesayangan mereka.

Sumbangan derma yang dihulurkan orang ramai berjaya mengutip sejumlah RM5,766-00. Terima kasih kepada semua.

07 September 2009

Photo-Photo Palsu Yang Menghebohkan Dunia

Email : Zamri Kecik's

Pernah mendengar kata “Hoax”?
Hoax tak lain sebuah lelucon yang justru dipercaya kebenarannya oleh banyak orang.

Beberapa photo atau gambar hoax pernah beredar luas dalam masyarakat dan dipercayakan oleh sebagian orang photo tersebut merupakan kejadian nyata.

Berikut beberapa Photo yang pernah mengebohkan dunia:



Gambar ini muncul di halaman utama Daily Mirror yang menunjukkan tentara Inggris dari Resimen Queen’s Lancashire memperlakukan semena-mena tahanan Irak, Photo ini ternyata rekayasa yang menyebabkan editor Piers Morgan mengundurkan diri.


Pada awal tahun 2000, beredar photo kucing yang rakasa melalui e-mail, diklaim sebagai kucing berukuran besar yang ditemukan di dekat laboratorium nuklir Kanada. Photo ini sebenarnya lelucon Cordell Hauglie yang disebarkan Mei 2001 kepada teman-temannya dan tidak pernah menyangka akan terjadi kehebohan yang sangat luar biasa.


Beberapa saat setelah serangan 11 September beredar photo di Internet tentang seorang pria yang sedang berdiri diatas gedung WTC, dibelakang pria tersebut tergambar pesawat yang akan menabrak gedung itu. Gambar tersebut ternyata palsu.


Pada tahun 1917 dua anak perempuan kembali dari bermain di kebun mereka dengan kamera dan bukti nyata peri kehidupan. Namun pada tahun 1970-an terungkap bahwa peri peri Cottingley foto-foto itu palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengaku teman peri mereka tidak lebih dari guntingan kertas.


Photo ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994 terungkap ternyata photo tersebut rekayasa, gambar tak lain dari sebuah mainan kapal selam yang dilengkap kepala ular laut.


Ray Santilli Pada tahun 1995 menyatakan memiliki gambar tentang Alien UFO yang sedang di Otopsi pada tahun 1947, namun tahun 2006 dia mengakui bahwa gambar yang ada tidak sepenuhnya benar. Gambar tersebut hanyalah sebuah rekonstruksi dari sebuah kejadian.


Gambar ini yang tampaknya lebih dari ukuran tengkorak yang ditemukan di Arab Saudi dilaporkan oleh surat kabar The New Nation Bangladesh pada tahun 2004, Gambar ini tidak lain sebuah rekayasa photoshop yang juga pernah dipublikasikan di situs
Worth1000.com


Pada tanggal 1 April 2008 yang bertepatan dengan April Moob, BBC melaporkan rekaman penguin terbang dari Antartika ke Brazil. Rekaman ini merupakan rangkaian April Moob yang sengaja di publikasikan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari berbagai kalangan.


Hoax ini muncul melalui email pada tahun 2001 yang memperlihat sebuah helicopter diserang oleh seekor hiu ganas. Photo ini diklaim telah dipilih oleh National Geographic’s sebagai Photo of the Year.
__._,_.___

KERAJAAN ZALIM AKAN DIBINASAKAN OLEH ALLAH SWT: PESURUHJAYA PAS PERAK.

mohd hafez sabri

Sempena sambutan Badar kubra peringkat Negeri Perak, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain, memberi semangat dan keyakinan kepada seluruh rakyat agar bangkit menentang kezaliman pemerintahan umno/bn di Malaysia ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu mengingatkan kepada seluruh rakyat yang sering dizalimi kerajaan umno/bn, supaya memahami hakikat bahawa Allah SWT itu tidak pernah membiarkan hamba-hambanya dizalimi. Allah SWT tidak pernah membiarkan kezaliman itu berleluasa. Kerana Allah SWT itu Maha Adil. Hujah ini menurut Ustaz Abu Bakar Hussain adalah berdasarkan berdasarkan janji Allah SWT di dalam Al Quran Karim, yang bermaksud “Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim”.

Sebagai seorang pejuang Islam janganlah kita lupa, dan ingatlah kita bahawa, Allah SWT tidak akan biarkan sesiapa pun dizalimi. Allah SWT juga tidak akan membiarkan orang yang zalim terus dengan kezalimannya. Allah SWT itu Maha Adil, jelas beliau

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengingatkan bahawa kezaliman yang dilakukan umno/bn terhadap rakyat mungkin tidak dibalas sekarang, tetapi ia ditangguhkan ke satu masa yang lebih sesuai dengan kezaliman mereka ini berdasarkan janji Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud … Sesungguhnya Allah hanya menangguhkan balasan mereka hingga ke satu hari yang terbeliak mata mereka (Surah Ibrahim : 42)

Seorang pemimpin negara, selalunya terlepas dari kesalahan-kesalahan besar yang mereka lakukan”. Contohnya apabila dikalangan pemimpin zalim ini disyaki pecah amanah, rasuah, jenayah pembunuhan, penipuan, skandal-skandal haram, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan sebagainya dan memang ada bukti mereka bersalah, tetapi mereka menang di kandang mahkamah dan ada dikalangan pemimpin zalim ini “menang” sebelum dimasukkan ke mahkamah lagi. Maka, adakah mereka akan selamat? dan sampai bilakah mereka boleh bebas ketawa? soal beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan, sekiranya seorang pesalah tersebut boleh menang di kandang mahkamah disebabkan kesilapan si hakim atau terlepas pandang atau adanya percaturan untuk menyelamatkan diri mereka, maka mereka tetap tidak terlepas dengan perhitungan dan pembalasan Allah SWT.

Allah SWT tidak pernah tertidur atau mengantuk. Maka adakah orang yang zalim itu boleh bebas dengan kezalimannya ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Al Quran Karim yang menytakan dengan jelas bahawasanya Allah SWT tidak mengantuk, apatah lagi tertidur (Surah al Baqarah : 255). Kita tunggu sahaja bilakah balasan terhadap mereka. Balasan tersebut akan di”kurnia”kan pada waktu yang selayak bagi kezaliman mereka. Mereka boleh sahaja terlepas daripada kesilapan mahkamah manusia, tetapi tidak mungkin boleh terlepas dari mahkamah Allah SWT. Allah SWT tidak pernah merasa mengantuk atau tidur, apatah lagi tidak mungkin Allah SWT itu tersilap, atau terlepas pandang. Maka, serahkanlah segala kezaliman mereka kepada Allah SWT. Usah bimbang, doa orang yang dizalimi itu sentiasa didengari Allah SWT, jelas beliau.

EGM: Penyokong Chua sedia berunding

Timbalan Presiden MCA yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata kumpulan penyokongnya bersedia berbincang untuk menetapkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) tunggal.

Beliau berkata, wakilnya, anggota jawatankuasa pusat Datuk Seri Tan Chai Ho telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung MCA Senator Datuk Wong Foon Meng, Jumaat lalu.

"Kita sedang menghalusi resolusi dia (Wong) dan kita akan menghalusi resolusi kita dan kita akan berbincang kalau boleh untuk mengadakan satu EGM demi kepentingan parti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan satu pertemuan dengan penyokongnya di sebuah restoran di Melaka hari ini.

Lebih 50 penyokongnya termasuk beberapa pemimpin MCA negeri tersebut menghadiri pertemuan itu.

Sebelum ini, Wong menggesa anggota parti yang yang mahu EGM diadakan agar bersikap rasional dan mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.

Dr Chua berkata bagaimanapun beliau tidak mahu pihaknya ditipu berhubung resolusi untuk mengadakan EGM tunggal.

Ditanya tandatangan yang berjaya diperolehinya daripada perwakilan untuk mengadakan EGM, Dr Chua berkata sehingga hari ini beliau telah berjaya mengumpul 1,100 tandatangan bagi pihaknya untuk diadakan EGM.

"Bagaimanapun, ada daripada mereka yang meminta supaya senarai nama mereka yang tandatangan tidak didedahkan kerana mereka faham, Presiden MCA (Datuk Seri Ong Tee Keat) seorang yang ganas," katanya.

Dr Chua juga mendakwa Ong telah memanggilnya "anjing" dan akan menggunakan lembaga disiplin MCA untuk memusnahkan karier politiknya.

"Bahawa dalam siri lawatan yang dianjurkan oleh Ong, beliau tidak henti-henti menabur fitnah mengenai saya dan semasa dalam lawatan ke Sabah telah mengatakan bahawa saya sebagai 'anjing'," katanya.

Dr Chua berkata beberapa pemimpin MCA Sabah telah menyatakan sedia tampil untuk menjadi saksi berhubung penghinaan yang dilakukan oleh Ong terhadap saya.

"Saya ingin memberitahu Ong bahawa menabur fitnah tidak akan meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan dia pun tak akan mendapat sokongan daripada perwakilan MCA," katanya.

Beliau juga mendakwa Ong sebagai pemimpin MCA yang tidak takut kepada sesiapa.

- Bernama

Kalah di Bagan Pinang bererti habislah riwayat Umno

Zulkifli Sulong

TELOK KEMANG, 6 Sept: PAS yakin, jika calonnya berjaya mengalahkan calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini, Umno akan jatuh pra matang atau sebelum masa ia akan jatuh sebagaimana yang sepatutnya.

Sekurang-kurangnya inilah pandangan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Ini kerana, jika Umno kalah di kawasan yang dimenanginya dengan majoriti lebih 2,000 undi ini bermakna Umno benar-benar ditolak rakyat.

Husam menyertai para pemimpin kanan PAS Negeri Sembilan menziarahi jenazah Allahyarham Azman Mohd Nor, Adun Bagan Pinang yang meninggal Jumaat lepas. Antaranya Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefli Mohd Omar dan Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang yang juga calon PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Ramli Ismai.

Husam bergegas dari Kuala Lumpur hanya berbuka di atas kereta sebelum terus ke tanah perkuburan Islam Bagan Pinang. Ketika beliau dan rombongannya sampai kira-kira jam 7.50 malam, jenazah Azman belum sampai lagi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan anaknya, Mohd Najib tiba selepas itu iaitu sejurus sebelum kereta jenazah tiba. Isa adalah Ketua Cawangan Umno di situ di samping Ketua Umno Bahagian itu.

(Gambar: Isa datang bersama anaknya, Mohd Najib (kanan sekali) ke tanah perkuburan Azman. Berita angin Isa sedang lobi agar anaknya itu menjadi calon tersebar luas).

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 5,000 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Dalam pilihan raya 2008, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi berdaftar di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Jika Pakatan Rakyat mengekalkan persefahamannya, calon PAS akan diletakkan dalam pilihan raya kecil ini bagi mewakili mereka. Bagaimana, Ketua Angkatan Muda PKR Telok Kemang dalam kenyataannya menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh PKR.

Bagan Pinang mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu empat majoriti India, empat kawasan Melayu dan campuran Cina serta undi pos.

Dalam pilihan raya lalu, PAS hanya menang di tiga daerah mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan itu adalah majoriti pengundi India.

PAS kalah paling teruk undi undi pos. Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.

PAS paling banyak menang di Ladang Aterton di mana calon PAS menang dengan majoriti 84 undi.

Berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, PAS dijangka akan meningkatkan undinya di kalangan orang India. Tambahan lagi dengan apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini apabila sekumpulan penyokong Umno mengarakkan kepala lembu berdarah ke Pejabat MB Selangor.

Namun kebimbangan terhadap undi pos menjadi mimpi ngeri bagi PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri membangkitkan perkara ini.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di Ipoh.

Bagaimanapun sebagaimana kata Husam, adalah tidak mustahil untuk PAS menang dalam pilihan raya kecil ini dan jika PAS menang bererti nyawa Umno benar-benar di hujung tanduk. _

Harakahdaily.,

SPR bertindak luar kuasa sekat pilihan raya kecil tiga kerusi DUN Perak

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.Demikian seperti dilapor oleh Mstar.

Peguam Datuk S.Ambiga menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketigatiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketigatiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V.Sivakumar.

"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.

Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dan SPR sebagai responden.

Dalam hujahnya, Ambiga berkata bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Feb 2009, SPR telah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketigatiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.

"Setelah menetapkan yang ia tidak dapat memastikan bahawa kekosongan telah berlaku, SPR telah membuat keputusan bercanggah bahawa ketigatiga kerusi itu masih disandang oleh responden pertama hingga ketiga," katanya.

Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.

Beliau juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said.

Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

ImagePembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

ImageKatanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

Image�Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!� cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

ImageDitanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. ImageBeliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Sumber : Harakahdaily.


Siti Hajar - contoh pengorbanan isteri solehah

http://ibnurrahmat.blogspot.com/

Apabila disebut Makkah, seluruh umat Islam terasa teruja dengan kota suci. Sepanjang masa Makkah dirindui oleh seluruh umat Islam, terutama ketika musim haji. Setiap waktu menunaikan sembahyang pula kita terasa begitu hampir dengan kedudukan Makkah yang dijadikan arah kiblat.

Satu perkara lagi yang paling sinonim dengan kota Makkah ialah sejarah mula-mula ia dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anak mereka Nabi Ismail. Di sebalik kisah pembukaan penempatan Makkah itu terselit pula kisah pengorbanan Siti Hajar. Pengorbanan Siti Hajar sebagai isteri yang solehah amat mengkagumkan dan harus dijadikan contoh kepada semua.

Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Perkahwinan itu direstui isteri pertama, Siti Sarah, sebagai satu usaha untuk melahirkan zuriat Nabi Ibrahim yang bakal meneruskan tugas menyebarkan agama Allah. Siti Sarah tidak mampu melahirkan anak disebabkan usianya ketika itu telah mencecah 70 tahun.

Namun, perasaan Siti Sarah berubah menjadi cemburu setelah Siti Hajar mengandung dan mengambil keputusan tidak mahu hidup bersama lagi dengan madunya. Nabi Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk memisahkan antara kedua isterinya itu untuk mengelak persengketaan. Peristiwa itu sebenarnya menyimpan banyak hikmah yang telah ditentukan oleh Allah. Nabi Ibrahim mendapat wahyu agar membawa Siti Hajar dan anak yang baru dilahirkan, Nabi Ismail, menuju ke satu tempat yang amat jauh dari kampung halaman mereka di Palestin.

Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail ke satu lembah yang kering kontang dan tiada penghuni yang kini dikenali Makkah. Kedua beranak itu ditinggalkan dengan hanya sedikit bekalan makanan dan air minuman. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana mengetahui tindakan Nabi Ibrahim itu satu perintah daripada Allah.

Siti Hajar menyedari jika itulah perintah daripada Allah, sudah pasti Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang taat. Namun hatinya masih tertanya-tanya hikmah di sebalik perintah Allah itu.

Bayangkan perasaan Siti Hajar ditinggalkan berdua dengan anak yang masih bayi di suatu tempat yang tidak berpenghuni dan kering kontang. Pada siapakah dia harus mendapatkan pertolongan jika berlaku sesuatu perkara yang buruk kepadanya?

Dia juga sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih berpeluang menemui suaminya yang tercinta. Sedangkan, dia tahu jarak perjalanan antara Palestin dengan Makkah pada ketika itu mengambil masa kira-kira enam bulan untuk sampai dan terpaksa melalui perjalanan yang sukar.

Siti Hajar memang merupakan wanita terpilih. Zuriatnya melalui Nabi Ismail melahirkan nabi-nabi seterusnya hinggalah Nabi Muhammad. Kecekalan dan perasaan reda berdepan dengan cabaran hidup yang sedemikian tentunya tidak pernah dilalui wanita lain.

Tidak lama selepas tinggal di lembah kontang itu, bekalan makanan dan minuman yang dibawa telah kehabisan. Lebih merungsingkan lagi apabila susu badan Siti Hajar sendiri tidak lagi keluar disebabkan keadaan badannya yang tidak mendapat makanan yang cukup. Nabi Ismail tidak dapat menyusu susu badan ibunya.

Ketika itulah Siti Hajar mula resah. Tidak sanggup mendengar tangisan Nabi Ismail akibat kehausan, Siti Hajar meletakkan Nabi Ismail di satu tempat lalu bingkas bangun mencari ke segenap tempat untuk mendapatkan air.

Siti Hajar mendaki sebuah bukit untuk meninjau dari jauh agar dapat melihat kalau-kalau ada tempat menakungkan air. Dari puncak bukit itu dia melihat dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari sekuat hati ke tempat itu agar cepat dia mendapat air itu bagi diberi minum kepada puteranya.

Namun, setelah sampai di tempat itu, apa yang dilihatnya tadi hanyalah fatamorgana. Dari tempat itu pula dia melihat ada tempat lain seperti ada air bertakung. Lantas dia terus berlari ke tempat itu. Sekali lagi dia kecewa kerana apa yang dilihatnya itu juga fatamorgana.

Tetapi, dilihatnya sekali lagi ada tempat seperti air bertakung. Dia terus berlari tanpa mengenal penat bagi memastikan anaknya dapat minum. Begitu besar sekali pengorbanan seorang ibu. Dia tidak sedar dirinya sendiri semakin lama tidak berdaya lagi untuk bergerak.

Tanpa disedari, Siti Hajar sebenarnya telah berulang alik antara dua bukit iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari sumber air. Perlakuan Siti Hajar berlari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu untuk anaknya.

Sebagai mengingati dan menjadikan kisah ini iktibar untuk seluruh umat Islam, perbuatan Siti Hajar berlari-lari berulang-alik dari Bukit Safar dan Bukit Marwah dizahirkan ketika melakukan ibadat haji.

Berlari atau berjalan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah berulang alik sebanyak tujuh kali adalah antara Rukun Haji yang menentukan sah atau batal ibadat haji yang dilakukan. Rukun haji itu dipanggil saie yang dilakukan selepas melakukan tawaf.

Kembali kepada kisah Siti Hajar, selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak untuk mencari air, dengan rasa hampa dan memikirkan nasib anaknya yang ditinggalkan seketika itu, dia kembali ke tempat anaknya ditinggalkan.

Nabi Ismail yang kehausan ketika ditinggalkan telah menghentak-hentak kakinya ke bumi. Dengan rahmat Allah, tempat hentakan kaki Nabi Ismail itu terpancut mata air.
Melihatkan keadaan itu, Siti Hajar gembira bukan kepalang. Serta merta semangat Siti Hajar kembali pulih. Dia menerpa ke arah mata air yang terpancut itu lalu ditadah dengan tangan terus dititiskan air itu ke mulut Nabi Ismail.

Ketika menadah air itulah terpancul dari mulut Siti Hajar perkataan 'zami, zami, zami yang bermaksud 'berkumpullah, berkumpullah, berkumpullah'. Dari perkataan itulah lahir perkataan air zam-zam.

Tangisan Nabi Ismail reda setelah hilang hausnya. Dan dapatlah Siti Hajar pula menikmati air itu untuk mengembalikan kekuatan dirinya. Tempat air terpancut keluar itu dibuatkan takungan bagi mengumpul lebih banyak air.

Takungan air yang dibina itu bukan sahaja dijadikan sumber air minum Siti Hajar dan anaknya, tetapi dalam tempoh masa yang singkat dikesan oleh burung-burung yang berterbangan. Berkawan-kawan burung datang dan pergi silih berganti minum dan berehat di kawasan itu.
Pergerakan burung itu kemudian dikesan oleh satu kabilah yang melalui kawasan itu. Mereka dapat mengagak bahawa tempat itu ada sumber air. Lantas, mereka mencari-carinya dan terjumpalah sumber air yang tidak disangka-sangka itu.

Dengan itu Siti Hajar pertama kali dapat menemui orang sejak ditinggalkan suaminya di situ. Ada kabilah menawarkan untuk membawa Siti Hajar meninggalkan tempat itu. Namun, dia tetap setia berpegang kepada perintah suaminya agar tetap tinggal di tempat itu.

Selepas peritiwa itu, kabilah-kabilah telah menjadikan kawasan Makkah sebagai laluan perjalanan untuk mendapatkan bekalan air. Setiap kali air dicedok, air yang keluar semakin banyak. Lebih menakjubkan, rasa dan khasiat air zam-zam amat istimewa berbanding air biasa.

Memandangkan ada bekalan air yang terjamin di situ, ada kabilah yang terus menetap di situ. Mereka yakin tempat itu dipenuhi dengan barakah. Tidak hairanlah jika dalam tempoh masa yang singkat sahaja, bilangan penduduk Makkah bertambah dengan mendadak.

Pengorbanan Siti Hajar wajar dijadikan contoh kepada para wanita dalam menghadapi cabaran hidup. Yang penting jangan mudah merasa kecewa dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan sesuatu masalah.