05 Disember 2009

AGS 10 dilelong untuk kali ke 2 ?


Gambar terkini kereta Resmi MB PR Perak yang diambil pada 10 Nov lepas .


Ramai yang bertanyakan kepada saya sehinggalah ke saat ini kemanakah perginya kereta resmi MB Pakatan Rakyat Perak dengan no pendaftaran AGS 10 yang menjadi berita sensasi dari saat pembeliannya sehinggalah lebih sensasi apabila dilelong oleh kerajaan kudeta di Perak.

Kini saya telah mendapat jawapan dan menjadi maklumat untuk semua yang bertanyakan kepada saya sebelum dari ini. Seperti yang dimaklumkan oleh sahabat dari negeri Kelantan yang mendapat maklumat tersebut saya suka untuk menghebahkannya dalam blog cina islam ini.

AGS 10 sehingga pada 10 November lepas dapat dikesan dan dilihat seperti gambar yang diambil diatas di sebuah kedai kereta terpakai di Kelang, Selangor iaitu KSS Automobile.

Menurut seorang pekerja disitu , kereta itu telah dibeli oleh seorang berbangsa Melayu dengan harga RM 160,000 semasa dilelong untuk kali pertama dan di tawarkan dengan harga jualan RM 140,000 tetapi no pendaftaran AGS 10 akan diambil oleh pemilik Melayu itu.

Begitulah nasib yang belaku kepada kereta yang pernah menjadi kereta resmi MB Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin pada suatu masa dulu. nampaknya kereta ini terpaksa kehulu dan kehilir juga seperti kami para ADUN pakatan Rakyat demi untuk mengembalikan kuasa yang telah dirampas. Tetapi AGS 10 kalaulah dia boleh bercakap, tentu dia akan bertanya kenapakah sampai sejauh itu saya kena lelong untuk kali ke 2, tidak ada lagikah orang Perak yang sanggup membeli saya ?


Semuga mendapat haji yang mabrur......

Afianty Rezeki Basri, 35, dari Gombak disambut empat anaknya semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 12.40 pagi tadi di sini, hari ini. Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia pulang dengan penerbangan Arab Saudi SV5000 tiba pukul 12.40 pagi tadi, empat jam lewat daripada jadual berikutan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Jedah. --fotoBERNAMA




Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru


KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.





Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Harakahdaily/-

Liang Kubur Awal Perjalanan Kita di Akhirat

Email : dsj

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وكفى والصلاة والسلام على نبيه المصطفى، أما بعد

Khalifah kaum muslimin yang keempat Utsman bin Affan radhiyallahu’anhu jika melihat perkuburan beliau menangis mengucurkan air mata hingga membasahi jenggotnya.

Suatu hari ada seorang yang bertanya:
تذكر الجنة والنار ولا تبكي وتبكي من هذا؟
“Tatkala mengingat surga dan neraka engkau tidak menangis, mengapa engkau menangis ketika melihat perkuburan?” Utsman pun menjawab, “Sesungguhnya aku pernah mendengar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إن القبر أول منازل الآخرة فإن نجا منه فما بعده أيسر منه وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه

“Sesungguhnya liang kubur adalah awal perjalanan akhirat. Jika seseorang selamat dari (siksaan)nya maka perjalanan selanjutnya akan lebih mudah. Namun jika ia tidak selamat dari (siksaan)nya maka(siksaan) selanjutnya akan lebih kejam.” (HR. Tirmidzi, beliau berkata, “hasan gharib”. Syaikh al-Albani menghasankannya dalam Misykah al-Mashabih)

Bagaimanakah perjalanan seseorang jika ia telah masuk di alam kubur? Hadits panjang al-Bara’ bin ‘Azib yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dishahihkan oleh Imam al-Hakim dan Syaikh al-Albanimenceritak an perjalanan para manusia di alam kuburnya:

Suatu hari kami mengantarkan jenazah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari golongan Anshar. Sesampainya di perkuburan, liang lahad masih digali. Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wa sallam pun duduk (menanti) dan kami juga duduk terdiam di sekitarnya seakan-akan di atas kepala kami ada burung gagak yang hinggap. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memainkansepotong dahan di tangannya ke tanah, lalu beliau mengangkat kepalanya seraya bersabda, “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur!” Beliau ulangi perintah ini dua atau tiga kali.

Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seandainya seorang yang beriman sudah tidak lagi menginginkan dunia dan telah mengharapkan akhirat (sakaratul maut), turunlah dari langit paramalaikat yang bermuka cerah secerah sinar matahari. Mereka membawa kain kafan dan wewangian dari surga lalu duduk di sekeliling mukmin tersebut sejauh mata memandang. Setelah itu turunlah malaikatpencabut nyawa dan mengambil posisi di arah kepala mukmin tersebut. Malaikat pencabut nyawa itu berkata, ‘Wahai nyawa yang mulia keluarlah engkau untuk menjemput ampunan Allah dan keridhaan-Nya’. Makanyawa itu (dengan mudahnya) keluar dari tubuh mukmin tersebut seperti lancarnya air yang mengalir dari mulut sebuah kendil. Lalu nyawa tersebut diambil oleh malaikat pencabut nyawa dan dalam sekejapmata diserahkan kepada para malaikat yang berwajah cerah tadi lalu dibungkus dengan kafan surga dan diberi wewangian darinya pula. Hingga terciumlah bau harum seharum wewangian yang paling harum dimuka bumi.

Kemudian nyawa yang telah dikafani itu diangkat ke langit. Setiap melewati sekelompok malaikat di langit mereka bertanya, ‘Nyawa siapakah yang amat mulia itu?’ ‘Ini adalah nyawa fulan bin fulan’,jawab para malaikat yang mengawalnya dengan menyebutkan namanya yang terbaik ketika di dunia. Sesampainya di langit dunia mereka meminta izin untuk memasukinya, lalu diizinkan. Maka seluruh malaikatyang ada di langit itu ikut mengantarkannya menuju langit berikutnya. Hingga mereka sampai di langit ketujuh. Di sanalah Allah berfirman, ‘Tulislah nama hambaku ini di dalam kitab ‘Iliyyin. Lalukembalikanlah ia ke (jasadnya di) bumi, karena darinyalah Aku ciptakan mereka (para manusia), dan kepadanyalah Aku akan kembalikan, serta darinyalah mereka akan Ku bangkitkan.’

Lalu nyawa tersebut dikembalikan ke jasadnya di dunia. Lantas datanglah dua orang malaikat yang memerintahkannya untuk duduk. Mereka berdua bertanya, ‘Siapakah rabbmu?’, ‘Rabbku adalah Allah’jawabnya. Mereka berdua kembali bertanya, ‘Apakah agamamu?’, ‘Agamaku Islam’ sahutnya. Mereka berdua bertanya lagi, ‘Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?’ “Beliau adalah Rasulullahshallalla hu ‘alaihi wa sallam” jawabnya. ‘Dari mana engkau tahu?’ tanya mereka berdua. ‘Aku membaca Al-Qur’an lalu aku mengimaninya dan mempercayainya’. Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit yangmenyeru, ‘(Jawaban) hamba-Ku benar! Maka hamparkanlah surga baginya, berilah dia pakaian darinya lalu bukakanlah pintu ke arahnya’. Maka menghembuslah angin segar dan harumnya surga (memasukikuburannya ) lalu kuburannya diluaskan sepanjang mata memandang.

Saat itu datanglah seorang (pemuda asing) yang amat tampan memakai pakaian yang sangat indah dan berbau harum sekali, seraya berkata, ‘Bergembiralah, inilah hari yang telah dijanjikan dulu bagimu’..Mukmin tadi bertanya, ‘Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kebaikan’. ‘Aku adalah amal salehmu’ jawabnya. Si mukmin tadi pun berkata, ‘Wahai Rabbku (segerakanlah datangnya) hari kiamat, karena akuingin bertemu dengan keluarga dan hartaku.

Adapun orang kafir, di saat dia dalam keadaan tidak mengharapkan akhirat dan masih menginginkan (keindahan) duniawi, turunlah dari langit malaikat yang bermuka hitam sambil membawa kain mori kasar.Lalu mereka duduk di sekelilingnya. Saat itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan duduk di arah kepalanya seraya berkata, ‘Wahai nyawa yang hina keluarlah dan jemputlah kemurkaan dan kemarahanAllah!’. Maka nyawa orang kafir tadi ‘berlarian’ di sekujur tubuhnya. Maka malaikat pencabut nyawa tadi mencabut nyawa tersebut (dengan paksa), sebagaimana seseorang yang menarik besi beruji yangmenempel di kapas basah. Begitu nyawa tersebut sudah berada di tangan malaikat pencabut nyawa, sekejap mata diambil oleh para malaikat bermuka hitam yang ada di sekelilingnya, lalu nyawa tadi segeradibungkus dengan kain mori kasar. Tiba-tiba terciumlah bau busuk sebusuk bangkai yang paling busuk di muka bumi.

Lalu nyawa tadi dibawa ke langit. Setiap mereka melewati segerombolan malaikat mereka selalu ditanya, ‘Nyawa siapakah yang amat hina ini?’, ‘Ini adalah nyawa fulan bin fulan’ jawab mereka dengannamanya yang terburuk ketika di dunia. Sesampainya di langit dunia, mereka minta izin untuk memasukinya, namun tidak diizinkan.

Rasulullah membaca firman Allah:
لا تفتح لهم أبواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط
“Tidak akan dibukakan bagi mereka (orang-orang kafir) pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk surga, sampai seandainya unta bisa memasuki lobang jarum sekalipun.” (QS. Al-A’raf: 40)

Saat itu Allah berfirman, ‘Tulislah namanya di dalam Sijjin di bawah bumi’, Kemudian nyawa itu dicampakkan (dengan hina dina). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah ta’ala:
وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَكَأنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيْحُ فِي مَكَانٍ سَحِيْقٍ

“Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (QS. Al-Hajj: 31)

Kemudian nyawa tadi dikembalikan ke jasadnya, hingga datanglah dua orang malaikat yang mendudukannya seraya bertanya, ‘Siapakah rabbmu?’, ‘Hah hah… aku tidak tahu’ jawabnya. Mereka berdua kembalibertanya, ‘Apakah agamamu?’ “Hah hah… aku tidak tahu’ sahutnya. Mereka berdua bertanya lagi, ‘Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?’ “Hah hah… aku tidak tahu’ jawabnya. Saat itu terdengarseruan dari langit, ‘Hamba-Ku telah berdusta!

Hamparkan neraka baginya dan bukakan pintu ke arahnya’. Maka hawa panas dan bau busuk neraka pun bertiup ke dalam kuburannya. Lalu kuburannya di ‘press’(oleh Allah) hingga tulang belulangnya (pecah dan) menancap satu sama lainnya.

Tiba-tiba datanglah seorang yang bermuka amat buruk memakai pakaian kotor dan berbau sangat busuk, seraya berkata, ‘Aku datang membawa kabar buruk untukmu, hari ini adalah hari yang telah dijanjikanbagimu’. Orang kafir itu seraya bertanya, ‘Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kesialan!’, ‘Aku adalah dosa-dosamu’ jawabnya. ‘Wahai Rabbku, janganlah engkau datangkan hari kiamat’ seru orang kafirtadi. (HR. Ahmad dalam Al-Musnad (XXX/499-503) dan dishahihkan oleh al-Hakim dalam Al-Mustadrak (I/39) dan al-Albani dalam Ahkamul Janaiz hal. 156)

Itulah dua model kehidupan orang yang telah masuk liang kubur. Jika kita menginginkan untuk menjadi orang yang dibukakan baginya pintu ke surga dan diluaskan liang kuburnya seluas mata memandang makamari kita berusaha untuk memperbanyak untuk beramal saleh di dunia ini.

Suatu amalan tidak akan dianggap saleh hingga memenuhi dua syarat:
1. Ikhlas2.
Sesuai dengan tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
Banyak sekali dalil-dalil dari Al-Qur’an maupun hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan landasan dua syarat di atas.

Di antara dalil syarat pertama adalah firman Allah ta’ala:
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat, dan yang demikianitulah agama yang lurus.” (QS.. Al-Bayyinah: 5)

Di antara dalil syarat kedua adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد

“Barang siapa yang melakukan suatu amalan yang tidak sesuai dengan petunjukku, maka amalan itu akan ditolak.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya (III/1344 no 1718))
Allah menghimpun dua syarat ini dalam firman-Nya di akhir surat Al-Kahfi:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (QS. Al-Kahfi: 110)

Maka mari kita manfaatkan kehidupan dunia yang hanya sementara ini untuk benar-benar beramal saleh. Semoga kelak kita mendapatkan kenikmatan di alam kubur serta dihindarkan dari siksaan di dalamnya,amin.

Wallahu ta’ala a’lam, wa shallallahu ‘ala nabiyyyina muhammadin wa ‘ala alihi wa shahbihi ajma’in.

Tulisan ini terinspirasi dari kitab Majalis Al-Mu’minin Fi Mashalih Ad-Dun-Ya Wa Ad-Din Bi Ightinam Mawasim Rabb Al-’Alamin, karya Fu’ad bin Abdul Aziz asy-Syahlub (II/83-86)
Wallahu A`lam bish-Showab.

Khutbah Jumaat : Musuh dalami Islam untuk menentangnya

Email : mohd naim mohd zain
Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Marilah kita menyedari bahawa antara sebab tersebarnya kemungkaran, jenayah serta maksiat adalah memandang ringan dalam perkara agama Islam. Allah telah memberi amaran dalam al-Quran (maksudnya): Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (at-Taubah: 122)

Ini menunjukkan bahawa memahami ajaran agama Islam itu adalah perkara yang wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan. Wajib ke atas setiap umat Islam memahami perkara dasar dalam agama Islam. Mereka juga perlu mengetahui perkara Islam serta apa yang boleh membatalkan iman serta Islam. Juga dalam perkara ibadat agar ibadat yang dijalankan itu diterima Allah, bukannya melakukan ibadat secara jahil.

Perkara ini adalah menjadi fardu ain ke atas umat Islam mempercayainya. Manakala dalam perkara fardu kifayah adalah hendaklah ada umat Islam yang memahami perkara agama secara mendalam supaya rujukan dalam perkara agama oleh masyarakat. Perkara ini termasuk dalam soal menjaga agama kerana agama adalah perkara yang lebih penting dalam hal-hal yang lain dalam kehidupan.

Ahli ilmu sosiologi berpendapat bahawa rukun kehidupan manusia itu adalah memelihara agama, nyawa, akal fikiran, maruah diri dan keturunan serta memelihara harta benda. Semua perkara itu adalah wajib dan menjadi rukun dalam kehidupan manusia, tetapi memelihara agama adalah perkara yang pertama, kerana agamalah yang menentukan baik buruknya kita dalam kehidupan ini.

Tanggungjawab memelihara agama adalah tanggungjawab yang menyeluruh. Iaitu kepada semua termasuk diri sendiri, pemimpin masyarakat dan pemimpim negara. Seluruh pihak perlu menjaga agama agar seluruh kehidupan ini tidak boleh dipisahkan daripada agama.

Imam al-Ghazali telah menyebut dengan tegas (maksudnya) agama itu asas bagi kehidupan manusia, manakala kekuasaan atau pemerintah merupakan pengawas, kalau tidak ada asas akan runtuh manakala jika tiada pengawas maka sia-sia.

Hari ini agama diperkecilkan, dipandang ringan serta dikira sebagai remeh-temeh. Maka kehidupan manusia menjadi runtuh dan musnah. Ramai di kalangan anggota masyarakat tenggelam di dalam kemungkaran dan maksiat.

Pada masa yang sama apabila orang-orang yang memerintah tidak berasaskan kepada agama, maka pemerintahan menjadi sia-sia. Pemerintah tidak boleh menjadi pengawas dalam kehidupan manusia sebaliknya lebih ramai menjadi pengkhianat dan merosakkan masyarakat.

Itulah padahnya apabila kita memperkecilkan urusan agama Islam, yang memberi kemuliaan kepada umat Islam ialah ajaran agama Islam. Islam telah memuliakan bangsa Arab yang buta huruf. Setelah mereka menganut Islam, mereka dapat memimpin dunia. Banyak bangsa-bangsa dalam dunia yang menganut ajaran Islam serta berpegang dengan Islam menjadi bangsa yang kuat serta mempimpim umat Islam.

Digantikan kaum lain

Allah SWT menjadikan pemimpin umat Islam silih berganti di kalangan bangsa yang menganut Islam dan kuat berpengang dengan agama Islam. Firman Allah SWT (maksudnya): Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Taubah: 39)

Allah SWT meyeksa umat Islam dengan adanya bangsa dan kumpulan yang lain yang menganut agama Islam dan mempelajari agama Islam dan berpegang dengan ajaran Islam. Setelah bangsa Arab lemah dalam pengangannya dalam agama Islam Allah SWT menggantikan dengan bangsa Kurdis kemudiannya Tukri. Begitulah seterusnya.

Percayalah bahawa al-Quran adalah petunjuk dan mukjizat yang berterusan sehingga kiamat. Kedudukan agama Islam ini diketahui dan dikaji oleh musuh-musuh Islam yang membuat perancangan untuk menentangnya dan bukan untuk beriman. Seorang Perdana Menteri British menyatakan bahawa selagi orang Islam berpegang dengan kitab ini iaitu al-Quran selama itulah kuasa-kuasa Barat tidak boleh menguasai dan merendah-rendahkan orang Islam.

Malah mereka berusaha supaya orang Islam meninggalkan agama mereka. Walaupun tidak beriman dengan agama Islam tetapi sekurang-kurangnya tidak beramal dengan ajaran agama mereka. Oleh kerana itu agenda dan perancangan untuk menjauhkan orang Islam daripada agama berlaku sehingga kini. Termasuk dalam program globalisasi yang dilakukan oleh Barat yang menganggap umat Islam sebagai pencabar dan penghalang, mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan perancangan untuk mengurangkan sekolah-sekolah agama, mengawal ajaran Islam, khutbah Jumaat, kuliah agama di masjid adalah antara agenda penjajah musuh-musuh Islam. Semua ini dilakukan oleh penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam yang dilahirkan di kalangan umat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.(maksudnya) : Akan ada penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam, barang siapa yang mengikutnya, maka dia akan dicampak sama ke neraka jahanam. Apabila Huzaifah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. supaya menjelaskan siapa mereka. Rasulullah s.a.w. menyatakan mereka adalah daripada golongan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu.

Oleh kerana itu wajib kita mempertahankan agama Islam walaupun dalam keadaan kita mencari kehidupan di dunia ini, kerana yang memandu kepada kemajuan dunia adalah agama Islam. Kemajuan yang tidak berpandukan kepada al-Quran hanya akan menjadi sebagai jalan dan lebuh raya untuk menuju ke neraka jahanam.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

Mohd. Sabu : Indeks rasuah akan diturunkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putra Jaya.

Oleh Mohd Syamil Azhar.

"



LENGGONG: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu menegaskan beliau akan memberikan tumpuan utama dalam setiap ceramahnya bercakap soal rasuah sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bercakap di depan lebih 2000 hadirin dalam ceramah perdana di Kampung Banggol Belimbing dekat sini malam tadi (2 Disember 2009), beliau menarik perhatian dengan memberikan harapan indeks rasuah akan diturunkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putra Jaya.

Katanya, indeks rasuah di Malaysia naik mendadak dari 45 ketika Tun Abdullah kepada 47 dan sekarang kepada kedudukan ke 56 paling tinggi di dunia sebaik sahaja Datuk Seri Mohd Najib Razak memegang tampuk pemerintahan negara, menjadikan kita sebaris dengan negara-negara Afrika seperti Kenya, mozambiqe dan Tanzania.

"Semasa Tun Dr Mahadhir menjadi Perdana Menteri, indeks rasuah di negara ini pada kedudukan 25 hingga 39, masa Tun Abdullah naik kepada 45, tetapi apabila Najib naik indeks rasuah terus meningkat mendadak.



"Meningkat dengan mendadak kepada 45 dan sekarang pada kedudukan ke 56 paling teruk di dunia,' katanya.



Turut berceramah pada program Siri Gegar Lenggong (SGL) yang sebelumnya dimulai dengan hujan lebat itu ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak, Raja Dr Ahmad Iskandar Al Hiss dan Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria.

Hadir sama Naib ketua Dewan ulamak PAS Perak, Ustaz Haji Azizan Mohd Desa, Ketua Penerangan PAS Lenggong, Haji Shukri Ahmad, Ketua DPP Lenggong, Ustaz Karim dan Ketua Kampung (Pakatan Rakyat) Banggol Belimbing, Saudara Mohd Tahir Mohd Noor.



Mohamad berkata, PAS khususnya dalam Pakatan Rakyat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan gejala rasuah daripada terus berleluasa di semua peringkat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau melahirkan rasa malu kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang tampuk pemerintahannya dipegang oleh orang Islam sama dengan kebanyakan negara-negara umat Islam lain dalam dunia yang indek rasuahnya paling tinggi.





Katanya, gejala rasuah berleluasa di Arab Saudi, Mesir dan rata-rata di Timur Tengah, Afrika sampailah ke rantau Asia seperti Indonesia dan Malaysia antara yang paling teruk di dunia.

Di negara-negara bukan Islam dan di Barat indeks rasuah amat rendah, katanya paling rendah ialah New Zealand dan kedua Singapura.

"Indeks rasuah paling tinggi di Somalia dan Afghanistan, negara umat Islam, paling teruk di dua negara itu tak katalah sebab negara dalam kancah perang, tapi di negara-negara umat Islam yang tidak perang pun indeks rasuahnya paling teruk.

"Kenapa semua ini berlaku, sebabnya kerana negara-negara umat islam tidak lagi berpegang kepada prinsip Islam sedangkan negara-negara bukan Islam termasuk Jepun, Korea dan Cina mengambil nilai-nilai yang ada di dalam Islam itu," katanya.

Kutu kepala

Email : Shania Opal

Berkenaan kutu kepala untuk dikongsi bersama.

Semasa saya di tadika ada seorang pelajar perempuan yang mempuyai masalah kutu,kebanyakan pelajar takut nak berkawan dengan pelajar tu, takut berjangkit dan akhirnya ibunya telah mencukur rambut. Anispharmacy. com ( rujukan)

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala.

Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur

enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.


Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :

* Sikat rambut.
* Perhiasan rambut.
* Tuala.
* Topi.
* Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan?

* Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
* Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
* Basuh cadar dsb dengan air panas.
* Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
* Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

* Crotamiton
* Benzene hexachloride
* Malathion

Cara merawat

* Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
* Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai
* syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut.
* Buangkan semua kutu dan telurnya.
* Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.


Permohonan Anwar ditolak

Oleh AMIRUDDIN HARUN

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dengan keputusan tersebut, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan kes terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tertangguh sejak 1 Julai lalu, dibicarakan selama sebulan mulai 25 Januari tahun depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan menolak permohonan Anwar setelah mendapati laporan perubatan 'tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan zakar dalam dubur pengadu' tidak boleh dijadikan asas bagi mahkamah menggunakan kuasanya untuk membatalkan pertuduhan tanpa mendengar keterangan saksi-saksi terlebih dahulu.

Hakim Mohamad Zabidin juga menyatakan, pasukan pendakwaan bagi kes terkini itu tidak boleh disifatkan berat sebelah hanya kerana mereka tahu tentang peranan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes terhadap Anwar pada 1998.

"Ia juga tidak cukup, atas pertimbangan kebarangkalian, untuk mendapati pada peringkat ini, bahawa tuduhan terkini yang dihadapi oleh pemohon (Anwar) juga bersifat niat jahat (mala fide)," katanya.

Anwar memohon membatalkan pertuduhan itu pada 17 Jun lalu dengan alasan ia berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain merupakan konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes itu sepatutnya dibicarakan selama sebulan mulai 1 Julai lalu tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran permohonan demi permohonan yang dikemukakan oleh ketua pembangkang itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata, Anwar memohon pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu dibatalkan dengan alasan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak terdapat kemasukan zakar ke dalam dubur pengadu iaitu Mohd. Saiful.

Bagaimanapun, hakim tersebut bersetuju dengan hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan-laporan doktor berkenaan hanya terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal serta tidak konklusif.

"Kes pendakwaan berlandaskan kepada keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan-keterang an lain yang akan dikemukakan di mahkamah di hari perbicaraan," ujarnya.

Beliau berkata, elemen penting yang perlu dibuktikan oleh pendakwa raya adalah berlakunya kemasukan zakar dalam dubur pengadu dan terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ingin membuktikan elemen tersebut.

"Laporan perubatan tersebut adalah relevan dan sememangnya berguna kepada pembelaan dalam cubaan untuk menimbulkan keraguan terhadap sebarang keterangan yang mungkin dibawa pendakwa berhubung soal kemasukan.

"Tetapi persoalan sama ada terdapat atau tidak kemasukan atau terdapat keraguan atau tidak dalam sebarang keterangan yang mungkin dibawa pendakwa berhubung kemasukan tidak boleh diputuskan di peringkat ini hanya dengan berlandaskan laporan perubatan itu.

"Ia hanya boleh ditentukan setelah semua saksi memberi keterangan dalam perbicaraan," kata beliau.

Mengenai pertuduhan itu yang dikatakan dibuat dengan niat jahat dan penyalahgunaan proses mahkamah, jelasnya, Anwar mendakwa beberapa individu dalam pasukan pendakwa pada 1998 bukan setakat mencipta keterangan palsu terhadapnya tetapi juga berperanan membawa tindakan jahat ke atas kenalan rapatnya.

Selain itu, menurutnya, Anwar mengaitkan penglibatan Abdul Gani dalam kejadian 'mata lebam' pada 1998 bagi menunjukkan niat jahat Peguam Negara terhadapnya.

"Afidavit pemohon ada menyenaraikan peranan Tan Sri Abdul Gani dalam apa yang didakwa cuba memutar belit atau mencipta keterangan terhadap pemohon pada 1998.

"Walaupun begitu, tidak ada apa-apa yang menunjukkan perkara yang sama berlaku dalam kes terkini.

"Hanya dengan menunjukkan bahawa barisan timbalan pendakwa yang mengendalikan kes terkini ada pengetahuan tentang peranan Tan Sri Abdul Gani dalam kejadian 1998 tidak cukup untuk mahkamah ini mendapati barisan pendakwaan ini bersikap berat sebelah," katanya.

Selesai membaca keputusan setebal 14 muka surat itu, Hakim Mohamad Zabidin berkeras menetapkan tarikh perbicaraan walaupun peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar mahu tarikh sebutan diberikan kerana anak guamnya ingin mengemukakan rayuan.

Di luar mahkamah, seorang lagi peguam Anwar, Sankaran Nair menyatakan, notis rayuan dijangka difailkan esok dan pihaknya juga akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sama ada ingin mengemukakan permohonan menangguhkan perbicaraan atau sebaliknya

Suasana sesak di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng

Suasana sesak di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan yang dipenuhi tahanan Imigresen dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. Jabatan Imigresen hari ini yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Raja Mohd Raja Ismail, membawa wakil media melawat Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan dan Depot Tahanan Imigresen Sepang KLIA. -- fotoBERNAMA

Khutbah Jumaat : Hindari rezeki bawa kepada azab Allah

Email : mohd naim mohd zain

Marilah kita mendengar dan memahami serta beramal dengan petunjuk Allah SWT di dalam al-Quran berkaitan rezeki yang dikurniakan kepada kita di dunia ini berdasarkan Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah: 172)

Yang dimaksudkan dengan memakan rezeki yang halal ialah mengambil manfaat daripada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, bukan sahaja dalam soal makan, minum, pakaian, tempat tinggal termasuk juga kenderaan yang digunakan.

Semua perkara yang digunakan itu mestilah diambil daripada rezeki halal dan diizinkan oleh Allah SWT. Dengan lain pengertian, bukan sahaja rezeki itu daripada bahan-bahan halal tetapi perlu memastikan daripada sumber-sumber halal dan dimanfaatkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah SWT.

Perkara ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Allah memerintah orang-orang yang beriman sahaja dengan apa yang diperintahkan kepada rasul-Nya. Firman Allah SWT: Wahai rasul-rasul, makanlah kamu daripada yang baik lagi halal dan beramallah kamu dengan amal yang soleh, sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mukminun: 51).

Dan firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu yang halal yang Aku rezekikan kepada kamu. (Al-Baqarah: 172).

Kemudian Rasulullah s.a.w menceritakan seorang lelaki yang terlalu banyak musafirnya sehingga kusut masai rambutnya, berdebu pakaiannya. Lelaki itu berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan sejak kecil lagi dia diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimana Allah akan memperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim)

Ini menunjukkan perkara yang halal sangat mempengaruhi kehidupan di dunia ini dan hubungan dengan Allah SWT dari kehidupan dunia sampai akhirat.

Bukan sahaja dimasukkan ke dalam syurga bagi mereka yang mengambil dan menggunakan yang halal dan dimasukkan ke dalam neraka bagi mereka yang menggunakan yang haram, bahkan mereka akan menjalani kehidupan dunia dalam keadaan yang tidak berkat serta mendapat kutukan Allah.

Yang dimaksudkan mengambil yang haram itu ialah mengambil harta dengan cara yang tidak diizin oleh Allah sama ada mencuri, merompak, menyamun, menipu, rasuah dan lain-lain lagi, termasuk mengambil harta sesama manusia dengan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.

Itulah perkara-perkara yang haram yang dinyatakan oleh Allah SWT, bukan sahaja mengambil makanan dengan cara mencuri adalah haram di sisi Allah sepertimana meminum arak.

Maka begitu juga mengambil barang milik orang lain dengan cara yang tidak betul, termasuk juga menggunakan kenderaan dan rumah dengam sumber yang haram, termasuk juga tanah-tanah yang diambil, duit yang diambil dengan cara yang tidak halal, membahagi harta pusaka dengan cara yang tidak betul, semua yang diambil adalah haram di sisi Allah dan diberi amaran keras oleh Rasulullah s.a.w.

Amaran oleh Allah SWT kepada mereka yang memakan makanan yang haram, makanan yang diambil dengan harta yang haram, minuman yang haram atau minuman yang dibeli dengan harta yang haram, semuanya itu akan menjadi umpan api neraka dalam perut mereka.

Termasuklah mereka yang memakai pakaian dengan cara dan gaya yang haram juga akan menjadi umpan api neraka kepadanya pada hari kiamat.

Begitu juga kepada mereka yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang haram. Ini bukannya satu perkara yang boleh dipermain-mainkan, termasuklah mereka yang cerdik pandai dan bijak, mencari rezeki secara rasuah.

Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya. "

Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya): "Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah semuanya di dalam neraka."

Begitulah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w. Rasuah bukan sahaja untuk mendapat sesuatu tetapi termasuklah untuk mendapat pengaruh seperti melantik pemimpin-pemimpin melalui rasuah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Bani Izrail yang memilih pemimpin-pemimpin yang memberi rasuah kepada mereka. Maka pemimpin itu akan bersama dengan para pengikutnya di dalam neraka pada hari kiamat.

Marilah kita memahami hakikat ini dan berpegang dengan petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah serta petunjuk yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. terutamanya pada zaman manusia yang mabuk dengan keduniaan, kemewahan dan kesenangan.

Mereka mengambil apa sahaja dengan tidak mengikut petunjuk daripada Allah SWT tetapi mengikut selera hawa nafsunya. Marilah kita menyelamatkan diri kita dengan agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188).

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Doa Orang Yang Dizalimi Dimakbul Tuhan

Oleh : Nash Ar-Rawy

Islam melarang keras sebarang bentuk kezaliman bahkan, menentang segala rupa , bentuk , sifat dan elemen kezaliman dengan konsisten dan tegas sepanjang zaman. “ walqulja al hakku wazahaqol batil “ ( Tatkala datangnya yang hak , maka musnahlah kezaliman ) . Bahkan, Al- Qur’an menekan lagi “ Jangan kamu cenderung kepada kezaliman ; pastinya akan disambar dek api neraka “ Allah sendiri menyatakan dalam Al-Qur’an “ Aku tiada menzalimi hamba aku walau sebesar zarah sekalipun “ dan dalam satu hadis Qudsi menyebut “ Aku mengharamkan diri aku melakukan kezaliman dan aku tiada mahu hamba-hamba aku melakukan kezaliman sesama sendiri “ Persis! Islam adalah agama keadilan sejagat dan tiada bersubahah dengan sebarang bentuk kebatilan dan kezaliman itu sendiri; adalah kebatilan yang terang dan nyata ; yang wajib di tentangi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi .

Apabila Yang Empunya Global sendiri tiada mengizinkan kezaliman itu berlaku ; walaupun baru kecenderungan sahaja, belum lagi di buat ; bisa dicampak ke dalam api neraka . Apa lagi setelah kezaliman itu dilakukan dengan sengaja atau ‘Organise Injustice ‘ oleh orang perseorangan yang mempunyai kuasa atau pihak yang berotoriti( Kerajaan) ke atas mana-mana individu atau rakyat marhein.
Artinya, Islam mengajak kepada menegakkan yang sebaliknya ; iaitu menegakkan keadilan sejagat.;tanpa mengira ras, anutan agama dan fahaman politik, Bahkan , hadis nabi menyatakan “ Doa orang yang dizalimi dengan Tuhan , tiada hijab samasekali “ Justeru itu , keadilan dalam Islam bersifat sejagat dan universal ; tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik . Justeru itu, apabila Yang Empunya Global sendiri yang mengharamkan dirinya yang memiliki global dan selaku Yang Maha Pencipta ; bahkan yang berkuasa ke atas setiap sesuatu ; mengharamkan dirinya daripada melakukan sebarang kezaliman ke atas hambanya . Bererti, yang zalim dan yang bisa melakukan kezaliman itu adalah manusia sendiri yang mengira lebih berkuasa daripada Yang Empunya Kuasa seperti Fir’aun dan kerajaannya dan orang-orang yang berlagak seperti Fir’aun dan kerajaan yang seumpama dengannya yang membela ‘Qorun-Qorun MelayuIslam Umnoputra .
Keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu yang hak betul pada tempatnya ( “ to put the right things in the correct place “ ) . Contohnya, kerjaaan Sabah dan Sarawak diberikan royalti 5% setahun sebagai balasan daripada kerajaan pusat kerna Petronas mengaut keuntungan daripada sumber minyak negeri-negeri tersebut sebagaimana termaktub di dalam Akta Petroleum . Ini disahkan oleh handsurd Parlimen apabila di tanya oleh MP Kelantan bahawa Kelantan juga berhak mendapat peruntukan 5% tersebut jika terdapat sumber minyak di Kelantan .
Keadilan telah berlaku di Sabah , Sarawak dan juga Terengganu dalam hal memberikan hak rakyat bagi negeri –negeri tersebut mengikut semangat dan persefahaman federalisme Satu Malaysia.dan Akta Petroleum. Namum , apabila UBN menjadi pembangkang di Terengganu hak royalti 5% tersebut di tarik balik oleh kerajaan federal dan digantikan dengan wang ehsan yang tiada langsung di sebut di dalam Akta Petroleum . Inilah dendam UBN kerna terpaksa jadi pembangkang sewaktu UBN kecundang dalam pilihanraya PRU 11 yang lalu.
Jika rakyat Sabah dan Sarawak bisa meni’mati 5% hak rakyat ke atas Petronas , mengapakah hak rakyat Kelantan ke atas 5% peruntukan yang sama yang sekarang ini berjumlah tiada kurang daripada RM 1 Billilon ( Satu Ribu Juta RM) untuk RAKYAT KELANTAN ; bukan untuk parti yang memerintah dinafikan! Wang ehsan juga bukan diserahkan kepada kerajaan negeri . Tetapi , kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan( JPP) dan kolabrasi pengagihan kepada JKKK(P) yang dikuasai oleh polikus rakus Umno memfaraid harta rakyat untuk projek –projek kroni: “MelayuIslam elit umnoputrra:” jenama kebangsaan Melayu berkosmetik Islam yang baru setelah jenama propaganda Islam Hadhari yang direkacipa cabut lari ;kerna rakyat hanya terima Islam Islam.
Sekarang jelas, siapakah yang memperalatkan ‘Agama” dan “Melayu” untuk kepentingan “ kroni elit umnoputra MelayuIslam “ satu akidah baru Umno yang sesat lagi menyesatkan kerna Ikwan kamu adalah semua Mukmin; tiada diajar di dalam Ai-Qur’an dan nabi supaya bisa ditegakkan “MelayuIslam” maupun” ArabIslam “ ; Inilah ajaran Umno dan Akidah Baru yang tidak ada dalam Islam. Yang ada hanyalah “ Innaddeenaindallahil Islam “ ; tegakkan panji Islam Islam bukannya ‘MelayuIslam “ Nabi mengharamkan fahaman sesat assobiyyah(bangsa) apalagi kaumiyyah kosmetik Islam “ MelayuIslam elit umnoputra :”.
Pendukung Umno terdiri daripada mereka yang ada kepentingan material yang sanggup merampas hak rakyat Kelantan di atas nama jenama ehsan kerajaan Federal ; iaitu wanga ehsan . Sedangkan Kerajaaa Federallah yang menagih ehsan rakyat Kelantan yang memfaraid wang rakyat Kelantan kepada ‘Kroni elit MelayuIslam Umnoputra ‘ yang muntahkedarah wang rakyat secara rakus ; Bukan rakyat Kelantan yang menagih ehsan kerajaan Federal kerna itu semua adalah wang dan hak royalti 5% milik rakyat Kelantan.Ternyata rakyat Sabah dan Sarawak bisa perolehi hak mereka 5% dariapada Kerajaan Federal . Namum rakyat Kelantan dizalimi dan cuba diputarbelit dengan wang ehsan dan peruntukan RMK9 sebanyak RM7Billion selama lima tahun yang sebenarnya memang hak rakyat Kelantan kerna Kelantan seperti negeri-negeri dalam satu Malaysia bisa mendapat peruntukan balasan daripada cukai Negeri kepada Fedaral di pulangkan kembali kepada semua negeri dalam Malaysia ini mengikut persefahaman dan amalan Federalsme. Ternyata lagi sekali konsep Federalisme cuba dikelirukan dengan Royalti 5 %.. Royalti dan RMK9 adalah dua entiti yang berbeza dan masing-masing adalah hak RAKYAT KELANTAN belaka. Rakyat zaman siber maya ini semuanya bersekolah belaka dan Kelantan adalah institusi politik terbuka kerna rakyatnya bijak berpolitik dan berani menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Apabila kezaliman yang di lakukan Presiden Umno ke atas rakyat Kelantan ini berlaku dan satu Malaysia sudah tahu. Maka, menjadi hak rakyat Kelantan untuk memanjatkan doa kepada Yang Empunya Global bersama Musyidul Am mereka memohon kepada Yang Empunya Kuasa , Yang Empunya Rezeki dan Yang Empunya Jawatan dan Kedudukan agar otak atau minda Si Penzalaim; 5% Royalti Rakyat Kelantan itu diberikan dan dikembalikan kepada yang sebenarnya berhak ke atasnya yang berjumlah tidak kurang daripada RM1Billion ( SATU RIBU JUTA RINGGIT) milik RAKYAT KELANTAN. Rakyat marhein bersama pemimpin Mursyidul Am mereka bergantung terus kepada Yang Empunya Kuasa kerna merasakan diri mereka dizalimi dan mereka tahu doa orang(Rakyat Marhein) yang di zalimi oleh pemerintah Si Penzalim memang tiada hijab hatta doa daripada orang buddist , kristian dan hindu pun tiada sebarang hidup dengan Yang Enpunya Global kerna mereka RAKYAT KELANTAN DIZALIMI ‘ in the broad day light injustice “.; crytal clear when it never happened in Sabah and Sarawak. ; 3 miles nautica is not written in the “ Petroleum Act” and Sabah and Sarawak is beyond that disance instead .” But , Royalty due 5% is givien! What a tragedy and a mockery of plain injustice to the people of Kelantan “.
Justeru itu , Rakyat Kelantan bersama dengan Mursyidul Am ; pemimpin mereka yang tersohor diiktiraf International transparency 19 tahun pemerintahannya tanpa rasuah ; SIFAR RASUAH. Alhamdulillah berkat ketokohan ulamak hairaki memerintah Kelantan yang beramal dengan ilmu bukan setakat mengajar sahaja tetapi beramal dengannya; MODEL negeri yang beramal dengan Negara Berkebajikan untuk Satu Malaysia. Syabas Mursyidul Am!. Teruskan istiqamah memerintah negeri Kelantan , InsyaAllah. Justeru itu , tiada hairanlah rakyat Kelantan yang memang peka dan bijaksana berpolitik bersama dengan Mursyidul Am mereka berdoa memohon kepada Yang Empunnya Global, Yang Empunya Rezeki, Yang Empunya Kuasa dan Yang Empunya Pangkat, Derajat dan Kedudukan . Jika Presiden ‘Elit MelayuIslam Umnoputra’ itu berdegil , tiada insaf dan bertaubat akan kezalimannya ke atas rakyat Kelantan ; Tiada mahu mengubah kepala otaknya; untuk berikan hak Rakyat Kelantan 5% royalti; setelah dinasihatkan berkali-kali. . Maka, wajarlah sebagaimana kata Tuhan dan kata Hadis “ Doa orang(Rakyat Marhein Kelantan) yang dizalimi tiada hijab dengan Tuhan. Maka wajarlah Presiden “MelayuIslam Umoputra, Kerajaannya dan proksinya menerima bala daripada Yang Empunya Global jika kekal berterusan; menindas dan menzalimi sedemikian dengan kedegilan dan kegilaan perangai otak KD Altantunnya ;terus menzalimi rakyat marhein Kelantan ; terserahlah Yang Empunya Kuasa menentukan setelah dinasihat dan ditegur di dalam Parlimen beberapa kali dan oleh pimpinan kerajaan Kelantan sendiri pun ditolak ; enggan mengubah otak Altantunyanya itu! . Ingat! doa orang yang dizalimi( Rakyat Marhein Kelantan) tiada hijab dengan Tuhan ; Hatta bagi orang bukan Islam sekalipun ,warga Kelantan. Dari kaum Cina , Siam dan India berserta dengan KERAJAAN RAKYAT ; pimpinan Mursyidul Am mereka.. Yang mesra rakyat dan istiqamah menegakkan keadilan sejagat untuk rakyat.
“ God is the Greatest !!! “

UMNO DIGESA MOHON MAAF SEGERA

Email : mohd hafez sabri

IPOH 3 Disember: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain , menegaskan dalam kenyataannya supaya umno segera meminta maaf kepada kerajaan negeri serta rakyat Pulau Pinang, begitu juga dengan insiden memijak kepala lembu yang jelas-jelas didalangi pemuda umno selangor, yang mana kedua-dua insiden buruk ini telah menimbulkan sentimen perkauman yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di Negara ini.Jelas beliau dalam kenyataan media beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak hari ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kagum dengan sifat keterbukaan yang diamalkan oleh parti DAP yang telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan isu memijak gambar tiga adun yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan pakatan rakyat Perak ini.

“ Ini adalah sikap yang harus dipuji dan dijadikan contoh oleh kita semua, sikap memohon maaf ini adalah sifat yang mulia, sebenarnya jika sikap ini dijadikan amalan kita, semua masalah yang dihadapi dapat diselesai dengan segera” memetik ucapan beliau.

Jelas beliau lagi, umno juga sewajibnya perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, berikutan tindakan pemuda umno di Pulau Pinang dan Selangor yang benar-benar keterlaluan dan cuba menimbulkan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia.

Memetik ucapan beliau “ Umno dan barisan nasional perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka, isu membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu perkauman memijak kepala lembu adalah tindakan primitif dan tidak beritika”

“ Tindakan menggunakan gambar seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri dan juga Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat menjadi bahan untuk dibakar gambarnya adalah tindakan ganas yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat ” tambah beliau lagi.

Beliau jugu turut menyarankan supaya umno segera memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Negeri Perak dan Kelantan dengan cara mengembalikan semula hak rakyat Negeri Perak melalui pembubaran DUN Perak, serta mengembalikan semula hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Justeru itu beliau menasihatkan supaya umno segera memohon maaf atas tindakan zalim mereka kepada rakyat yang tertindas selama ini.

China Adakan Pelbagai Aktiviti Sambut Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa


Hari ini Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa, dan kehidupan orang kurang upaya (OKU) sekali lagi mendapat perhatian masyarakat China. Dalam beberapa hari ini, pelbagai tempat mengadakan aktiviti untuk memeriahkan kehidupan OKU dan menarik perhatian masyarakat terhadap mereka.

Tema sambutan untuk tahun ini ialah "Menjadikan Matlamat Pembangunan Milenium Lebih Sempurna: Meningkatkan Kekuatan Orang Kurang Upaya serta Komunitinya Seluruh Tempat di Dunia". Bagi memeriahkan acara sambutan, beberapa rombongan masyarakat datang ke komuniti dan pusat rawatan untuk mengadakan interaksi bersama OKU. Ada juga badan yang mengadakan aktiviti sukarela untuk mencuba mengalami kehidupan OKU. Majlis Kutipan derma untuk aktiviti OKU juga diadakan di pelbagai tempat.

Di China sekarang ada lebih 83 juta orang kurang upaya. Menurut laporan terkini, kehidupan mereka pada tahun ini semakin baik, dengan pelbagai jaminan dan perkhidmatan yang telah meningkat jika dibandingkan dengan tahun lalu. Namun, golongan ini masih menghadapi kesukaran dalam mendapatkan rawatan perubatan, pekerjaan dan bantuan masyarakat.CRI/-

MEMOHON SUMBANGAN KEM HAFAZAN DAN MOTIVASI ANAK SOLEH 2009

Email : Rahim Muhamad


KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN ANDA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI

Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun Bank Muamalat no.08030002138714 atau CIMB Bank no. 08150000173109 .atau hubungi Pengetua MTD Ustaz Ibrahim Zakaria 0192627636


Po Jing Chong Yuan : Cermin yang Pecah Bercantum Semula


Pada abad ke-6 Masihi, bahagian utara China dikuasai oleh pemerintah Dinasti Sui. Bahagian selatan China pula terdiri daripada beberapa buah negeri yang kecil. Bagaimanapun, negeri-negeri tersebut ditawan satu demi satu oleh tentera kerajaan Sui, dan akhirnya, hanya tinggal negeri Chen sahaja.

Melihat situasi yang semakin tegang pada ketika itu, suami Puteri Le Chang di negeri Chen, iaitu Xu Deyan, percaya bahawa negerinya akan mengalami nasib yang sama seperti negeri-negeri yang lain itu, dan jika ini berlaku dia pasti akan terpisah dengan isteri yang begitu disayanginya itu. Oleh itu, dia mengambil sebuah cermin yang berbentuk bulat, dan membelah cermin itu menjadi dua keping. Sekeping disimpannya sendiri, dan sekeping lagi disimpan oleh isterinya. Mereka berjanji, jika benar-benar terpisah, mereka akan menjual cermin yang pecah itu di pasar di negeri Sui pada hari Cap Goh Meh, untuk mencarinya.

Tidak lama selepas itu, negeri Chen benar-benar ditumbangkan oleh negeri Sui. Xu Deyan terpaksa melarikan diri. Puteri Le Chang pula ditangkap oleh tentera Sui untuk dijadikan gundik bagi Yang Su, seorang menteri kanan di negeri tersebut.

Setelah mendapat berita bahawa isterinya berada di Daxing, ibu kota negeri Sui, Xu Deyan segera berangkat ke bandar tersebut untuk mencari isterinya.

Pada hari Cap Goh Meh yang dijanjikan itu, Xu Deyan yang berada di Daxing itu, terjumpa seorang wanita yang menjual separuh keping cermin di pasar raya. Dia segera mengambil keluar cermin yang separuh lagi yang disimpannya, dan cuba mencantumkannya dengan cermin milik wanitanya itu. Melihat kedua-dua belah cermin itu bercantum dengan baik menjadi sekeping cermin yang lengkap tanpa cacat sedikit pun, Xu Deyan berasa amat terharu. Bagaimanapun, setelah diketahuinya bahawa isterinya sudah menjadi gundik kepada seorang menteri kanan yang bernama Yang Su, dia berasa sangat kecewa. Dengan hati yang penuh duka, dia menulis serangkap puisi pada cermin itu:

Hilangnya cermin gangsa bersama cinta hatiku,

Bertemu semula cermin, di manakah pula kekasihku.

Dewa Bulan tidak lagi kelihatan,

Yang tinggal hanyalah cahaya bulan.

Wanita tersebut membawa pulang cermin itu, lalu diberikan kepada Puteri Le Chang. Setelah membaca puisi tersebut, puteri itu menangis tiap-tiap hari kerana terlalu rindu kepada suaminya. Menteri Yang Su berasa amat kasihan kepadanya. Maka, dia meminta Xu Deyan datang untuk membawa pulang isterinya. Dengan yang demikian, pasangan yang telah mengalami begitu banyak derita itu, bertemu semula, dan hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Po Jing Chong Yuan" ini membawa erti pasangan suami isteri yang bercerai atau terpisah akan berkahwin atau bertemu semula. CRI/-