16 Disember 2009

Tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir sidang.

Kemenangan BN dan kekalahan tipis Pakatan Rakyat dalam sesi undian Bajet di Parlimen kelmarin telah mencipta sejarah baru dalam sistem demokrasi di negara kita. Undian yang dilakukan dalam keadaan ramai MP kedua pihak yang ramai tidak hadir sidang. Ia menunjukkan betapa hadir sidang adalah perakara yang paling utama bagi seorang Ahli Parlimen dan ADUN.

Saya tidak kisah sangat dengan 70 orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir sehingga mereka menang tipis dalam undian tersebut. Namun sedikit mendukacitakan ialah rekod yang menunjukkan seramai 18 orang Ahli Parlimen Pakatan rakyat (PAS, DAP dan PKR) yang tidak hadir dalam sesi yang penting itu. Jumlah itu tidak mengambil kira 3 MP Bebas yang tidak hadir iaitu Pasir Mas dan 2 dari SAPP.

PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P031 Kuala Krai - PAS - Dr. Hatta Ramli

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim

SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui

Ramai yang membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku termasuklah undi tidak percaya kepada kerajaan BN setelah bajet ditolak bila undian berpihak kepada PR,walaupun sebenarnya peluang itu cuma mungkin datang sekali sahaja dalam sejarah pengundian di Parlimen.

Bayangkan apabila PM dan TPM serta beberapa orang Ahli Parlimen dan sanator BN yang bergegas meninggalkan majlis penting diluar parlimen dan hadir untuk mengundi.

Apapun setiap kelalaian itu pasti ada sebab dan musababnya dan satu tindakan perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan pimpinan PAS, PKR dan DAP untuk menyiasat dengan teliti kenapa sejumlah ahli Parlimen masing-masing yang tidak hadir .

Selain itu saya sediri merasakan sesuatu yang tidak kena juga dengan pihak luar yang sering mengambil peluang dengan keberadaan ahli Parlimen di sekitar Lembah Kelang dengan mengatur pelbagai program dan menganggu jadual keberadaan MP dalam setiap sidang.

Sesungguhnya jika diteliti dalam insiden ini, semua pihak perlu muhasahab diri dan saya rasakan tidak perlu ada tuding-munuding dan saling mempersalahkan antara satu sama lain.

Semuga insiden ini akan menjadi ingatan kepada semua Ahli Parlimen malah ADUN yang dilantik supaya lebih amanah dengan hadir dalam setiap sidang, kerana perlu diingatkan bahawa tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir pada setiap sesi sidang. Kecuali sekiranya berada diluar negara atas urusan resmi dan penting atau sesutu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit dan sebagainya namun perlu dibawah pengetahuan dan pengawasan parti masing-masing.

Penekanan dan memahamkan mereka bahawa hadir sidang adalah tugas yang paling utama adalah langkah yang paling wajar untuk mengelakkan mereka tidak hadir sidang.

Seterusnya saya cadangkan supaya parti masing-masing melalui sekretariat Parlimen Masing-masing atau bergabung atas nama pakatan Rakyat supaya ada satu pemantauan yang lebih teliti mengenai aliran kehadiran Ah;li Parlimen pada setiap kali Sidang.

Pengunaan sistem pesanan ringkas dan sebagainya sudah cukup untuk memaklumkan kepada Semua Ahli Parlimen untuk hadir dalam sesi kelmarin.

Sesungguhnya sesuatu yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya dan Islam mengajar kita untuk sentiasa muhasabah diri untuk mengatur langkah yang lebih baik dari hari kelmarin.

Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan.

Najib bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini malam tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut.

Kini, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat manakala PR 82 manakala tiga yang lain adalah Bebas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usulnya mencadangkan agar bajet itu dikaji balik kerana ia sudah tidak realistik lagi setelah pendapatan Petronas merudum sebanyak RM58 bilion iaitu 37.5 peratus berbanding tahun lalu.

Sedangkan, katanya, bajet 2010 terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas iaitu sebanyak 40 peratus. Oleh itu bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri itu perlu ditarik balik kerana ia sudah tidak relevan lagi.

Usul itu bagaimanapun ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad (gambar), perbahasan bajet tersebut sebagai suatu perbahasan yang tidak sempurna serta gagal menggamit keyakinan para Ahli Parlimen yang hadir.

"Perbahasan itu selesai dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakyakinan," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, 66 sokongan berpihak pada kerajaan dan 63 sokongan berpihak pada pembangkang tersebut bukanlah perkara pokok untuk menilai 'Bajet Sulung Najib'.

"Pokoknya, ia bukan persoalan undi itu terbelah (dengan) 63 (menyokong pembangkang) lawan 66 (menyokong kerajaan) walaupun ianya nampak agak sengit," katanya.

"Ianya terlalu bergantung pada mereka yang hadir dan tidak ke parlimen, kalau (Ahli Parlimen) pembangkang yang lebih banyak sertai Parlimen, tentunya sokongan berpihak pada pembangkang."

Sebaliknya, beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP) mengajak semua pihak melihat inti kelemahan dalam 'Bajet Sulong Najib' itu.

Katanya, kelemahan yang dimaksudkan pada perbentangan Najib yang juga Menteri Kewangan adalah soal pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

"Yang lebih penting, lihat pada kelemahan Bajet (seperti) kerajaan kehilangan RM58 bilion hasil Petronas...menggambarkan Najib lemah untuk menjadi Menteri Kewangan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kerajaan dan rakyat sepatutnya mengambil perhatian dengan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula.

Beliau turut berpandangan bahawa 'Bajet Sulung Najib' akan menemukan kegagalan disebabkan kelemahan kerajaan dalam menghitung pendapatan dan perbelanjaan yang sewajarnya.

"Bajet adalah soal pendapatan dan perbelanjaan...tentunya bajet (yang) defesit akan terus melebar kerana jangkaan awal (Bajet 2010) pun sudah memperlihatkan tidak tepat," katanya.

Seorang maut, 19 cedera gas meletup

Seorang pekerja pemasangan gas terbunuh, manakala 19 lagi cedera termasuk tiga parah dipercayai berpunca letupan gas LPG
sewaktu ujian pemasangan gas di sebuah rangkaian gedung beli-belah Aeon Jusco di Jalan Tun Razak-Peringgit di Melaka hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa Tau See Peng, 25, dari Batu Pahat, Johor, mati di kawasan medan selera di gedung beli-belah yang bakal dibuka kepada orang ramai Khamis ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Melaka R Ezhumalai berkata siasatan awal mendapati berlaku kebocoran gas dan saksi mendakwa berlaku satu letupan kuat yang berbunyi sekali sahaja.

"Semasa bomba tiba, dua mangsa telah dikeluarkan dari kawasan medan selera itu oleh orang awam, manakala dua lagi pekerja yang terperangkap dikeluarkan oleh bomba," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati kerana dihempap siling yang terjatuh akibat letupan itu yang mengenai lehernya.

Katanya, mangsa ketika itu dengan beberapa pekerja lain sedang melakukan ujian dan pemasangan LPG kepada penyewa di kawasan medan selera itu yang terletak di tingkat bawah.

Mayat mangsa dihantar ke Hosital Melaka untuk bedah siasat dan polis telah memagar kawasan itu untuk siasatan lanjut.

Beberapa mangsa yang cedera dipercayai kebanyakannya pekerja warganegara Indonesia.

Seorang penyewa kedai makan itu Zulmakmun Hakem Md Zain, 21, bersama kakaknya terdengar bunyi letupan sebelum bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

"Saya nampak siling runtuh dan jatuh, cermin pecah bertaburan dan terhidu bau gas bocor," katanya kepada pemberita. BERNAMA

MalaysiaKini/-

SERAP SABK: SELAMATKAN SIS & SERATA

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (15 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.



Kenapa Orang ISLAM/Melayu Makan Dengan Tangan ?]

Email : wmashor welias

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....


GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

MUQADDIMAH

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :


“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

TUJUAN

Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.

ISLAM DAN HIBURAN

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :


"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).

( Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.

( HR Muslim)

3- Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut :

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya,
( Al Qasas : 55)

إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.

(HR Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.

( Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :

إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا

Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.

(HR Muslim)

إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء ... منهن.... واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب - خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] - المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 4/75

Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:

لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له

Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :


Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda :

عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.

(HR Ibnu Majah)

PERINGATAN

Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :


“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.

KESIMPULAN

Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.

12 Jamadil Akhir 1429H
16 Jun 2008M


DATO SERI (DR)HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA
SPMP.,JSM.,AMN.,PKT.,PJK
MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU: PENGANJUR PERLU IKUT GARIS PANDUAN

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (15 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta semua pihak yang ingin menganjurkan sambutan ambang tahun baru supaya mengikuti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak (http://mufti.perak.gov.my/).

DPPN Pk menasihati supaya pihak-pihak yang ingin menganjurkannya perlu menghormati garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri yang cukup lengkap.

DPPN Pk berharap pihak-pihak yang bakal menganjurkannya tidak melanggar garis panduan tersebut dan berharap agar Kerajaan Negeri memantau dan mengawal sebarang penganjuran yang akan diadakan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Futsal 'Orang Muda Geng Kita' di Parit

Email : safarizal saleh

13 Disember 2009 (PARIT) - Usaha yang telah dillakukan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit membuat satu gelanggang sendiri disebelah Markaz PAS Kawasan Parit telah menarik ramai orang muda hadir untuk bermain di situ.

Seramai 14 pasukan telah menyertai pertandingan futsal yang telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Parit pada hari tersebut.

Salman Saleh, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menyempurnakan perasmian futasal tersebut.

'Saya mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS Parit kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal ini dan tahniah sekali lagi kerana berjaya membina gelanggang futsal ini' jelas Salman

Turut bersama hadir ialah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak.





PENYATA RASMI SIDANG DUN 7 MEI: BUKTI V. SIVAKUMAR SPEAKER YANG SAH

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (15 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta seluruh rakyat melihat penyata rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua pada hari Khamis, 7 Mei 2009 di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh sebagai bukti yang kukuh kedudukan V. Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah.

Penyata rasmi tersebut jelas menunjukkan suasana yang yang telah berlaku dan dengan jelas berlaku pelanggaran peraturan-peraturan sidang DUN. Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak jelas mengganggu urusan perjalanan sidang DUN pada 7 Mei 2009. Datuk Rahman telah mengganggu tugas dan arahan V. Sivakumar sebagai Speaker pada hari tersebut.

DPPN Pk mendesak supaya satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kemelut yang telah berlaku semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu. DPPN Pk juga meminta supaya tindakan terhadap Datuk Rahman juga di ambil berdasarkan penyata rasmi tersebut yang jelas beliau telah melanggar peraturan sedia ada sebagai penjawat awam.

DPPN Pk juga memohon perkenan Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak melihat penyata rasmi tersebut sebagai bukti bahawa jelas kelihatan telah dilanggar oleh 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Dr Abdul Rahman dan bentara-bentara yang telah ditugaskan. DPPN Pk merayu Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak mengadili kemelut ini dengan kebijakkan sebagai Raja yang memerintah.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Demokrasi Semakin Kabur di Malaysia

Email : vital vtc


Kenyataan Media YB V.Sivakumar di Lenggong
-----------------------------------------------------------
PAS telah menganjurkan satu ceramah politik krisis Perak di Kampung Gua Badak, Lenggong pada 14 Disember 2009. Lebih daripada 1000 orang telah menghadiri ceramah tersebut. Penceramah-penceramahnya ialah YDP PAS Kawasan Lenggong Tuan Hajji Razman Zakaria, YB Drs Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong dan YB V.Sivakumar ADUN Tronoh. Yang turut hadir ialah Sdr Wong Sauk Long, Pengerusi cawangan DAP Air Kala.

Dalam Ucapannya, YB V.Sivakumar menekankan bahawa demokrasi di Malaysia semakin kabur. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak lagi menghormati prinsip-prinsip demokrasi dan kekuasaan rakyat. Demokrasi dan sistem pengasingan kuasa tergadai dalam kerakusan pemimpin-pemimpin mengejar pangkat dan kuasa. Ini jelas dapat dilihat dalam senario negeri Perak. Bagaimanakah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditumbangkan? Barisan Nasional tidak menggunakan kaedah demokrasi untuk membentuk kerajaan baru di negeri Perak. Malah mereka telah menggunakan kekerasan yang bertentangan dengan demokrasi untuk kembali berkuasa di Perak.

Pilihanraya tidak dibuat untuk mendapat mandat baru daripada rakyat. Malah amalan ‘lompat katak’ telah dijadikan asas untuk membentuk kerajaan yang baru di Perak. Budaya ‘lompat katak’ adalah tidak sealiran dengan amalan demokrasi yang mengutamakan suara majoriti. Keputusan seharusnya dibuat oleh pengundi-pengundi dan bukannya wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Tindakan ‘lompat katak’ bukanlah hasrat pengundi-pengundi tersebut. Itu adalah kemahuan wakil rakyat yang bertentangan dengan kemahuan pengundi di kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Pengundi di ketiga-tiga kawasan itu telah memilih wakil rakyat daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Mereka telah terang-terang menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu.

Apabila wakil rakyat ‘lompat katak’, maka pengundi-pengundi di ketiga-tiga kawasan itu berasa tertipu. Amanah yang diberikan oleh rakyat telah dipecah untuk kepentingan peribadi wakil-wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab. Tindakan wakil rakyat ‘lompat katak’ langsung tidak mempedulikan suara majoriti di kawasan masing-masing. Bukankah ini bertentangan dengan tunggak amalan demokrasi yang asas iaitu ‘suara majoriti’ akan menang.

Jika suara majoriti tidak lagi dihormati, maka sistem demokrasi akan terancam di negara ini. Perkara ini perlu diperbaiki atau diperbetulkan dengan segera. Dewan Negeri Perak perlu dibubarkan dengan serta-merta untuk memberi peluang kepada warga Perak memilih kerajaan baru. Dengan cara ini, tidak lagi timbul isu kerajaan halal dan kerajaan haram di negeri Perak. Kemelut politik Perak dapat diselesaikan dan tumpuan boleh diberikan kepada kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat. Jika tidak, kemelut ini akan terus berpanjangan dan akhirnya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

V.Sivakumar
15 Disember 2009


Pemuda PAS Perak telah menghadiri Konvensyen Pemuda Sosialis DAP Perak

Email : safarizal saleh

Rombongan Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, saudara Salman Saleh telah menghadiri Konvensyen DAPSY yang bertempat di Marina Cover, Lumut pada hari Ahad 13 Disember 2009.

Konvensyen yang bermula jam 11 pagi ini turut dihadiri oleh Dr. Raja Ahmad Al-Hiss (Setiausaha DPPN), saudara Safarizal Saleh (Penolong Setiausaha 2) , Ustaz Abdullah Adam (Penolong Setiausaha 3) dan Ustaz Akmal (Ketua Penerangan).



Ceramah Isu Kuala Dipang

Tarikh : 20 / 12 / 09 - Ahad
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan To, Kong Kuan Yin, Mambang Diawan Kampar.

Penceramah :

1. YAB Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ( Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak )

2. YB. V. Sivakumar ( ADUN Tronoh -Speaker Pakatan Rakyat Perak )

3. YB. Chang Lih Kang ( ADUN Teja
)

Semua dijemput hadir.

Catatan ; Pihak pengajur memohon maaf kepada pihak penjaja kerana gerai tidak dibenarkan dibuka berhampiran dengan tapak ceramah, namun ada tempat khas yang lain yang akan ditentukan oleh penganjur.

ADUN Melor terima rawatan lanjut di Selayang

ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), akan menerima rawatan lanjut di Hospital Pakar Selayang, Selangor dalam masa terdekat ini.

Wan Ismail, 59 (kiri), yang menghidap Hepatitis B dan dimasukkan ke HUSM sekembalinya dari Mekah Jumaat lalu, bagaimanapun tidak dapat menentukan tarikh sebenar pemergiannya ke hospital itu sehingga diberitahu oleh doktor yang merawatnya di HUSM.

"Ketika ini pihak hospital sedang menyiapkan laporan perubatan sebelum menentukan tarikh saya akan dimasukkan ke Hospital Pakar Selayang," katanya, ketika ditemui di Wad 8 Selatan HUSM hari ini.

Beliau berkata keadaan kesihatannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital itu.

Wan Ismail berkata, beliau dikesan menghidap penyakit itu kira-kira lima tahun lalu dan menjalankan aktiviti seperti biasa sebagai ADUN dan semakin serius ketika beliau berada di Mina sewaktu melontar di jamrah.

"Saya bagaimanapun alhamdulillah sempat mengerjakan haji dengan sempurna walaupun tidak sempat melontar pada hari ketiga taysrik dan terpaksa mewakilkan kepada orang lain," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan calon BN Azmi Ishak dengan majoriti 1,616 undi.

Wan Ismail juga kini sedang menghadapi kes tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta daripada bekas isterinya Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yang berasal dari Kemboja sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Hijau akan menang jua.

Sekali ini perkataan hijau terpaksa diguna pakai dan diucapkan oleh pemimpin no 2 UMNO yang juga TPM dengan ktanya dipetik "Teknologi Hijau dan Bersih merupakan hala tuju untuk industri automotif" kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata pelaburan lebih besar perlu dibuat untuk membangunkan teknologi hijau dan bersih untuk kenderaan pada masa akan datang.

"Penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipertingkat. Mungkin syarikat Malaysia boleh bekerjasama dengan universiti dalam R&D da menjadi pemimpin dalam membangunkan teknologi hijau dan bersih untuk industri automotif," kata Muhyiddin dalam ucapan pada Anugerah Tahunan Kereta New Straits Times/Maybank 2009 semalam.

Sebelum ini pemimpin UMNO sangat "phobia" dengan warna hijau dan sebutan hijau, sehingga saya dimaklumkan dalam satu majlis yang dihadiri oleh pembesar negeri perak setelah kejatuhan PR dan kudeta yang berlaku, dimana pengajur dipastikan dengan talifon dan fax berulang kali supaya sayur yang dihidangkan jangan ada unsur hijau.

Pening kepala saya memikirkan seketika bila sayur pun cuba dielakkan dari warna hijau , itulah antara buktinya UMHNO sangat takut dengan warna hijau.

Nasib baik tidak ada sayur yang berwarna biru, tentunya sayur itulah yang lebih awal dicadangkan.

Sekali ini Muhyiddin sedar atau tidak dia telah terpaksa atau tidak telah menerima warna hijau yang menjadi lambang PAS yahng sekian lama ditakuti. Alhamdulillah semakin ramai yang tidak antikan warna syurga itu. Mudah-mudahan begitu jua kepada seluruh rakyat malaysia akan makin dekat dengan Pakatan Rakyat dan PAS yang siap untuk kembali berkuasa di Perak dan meneruskan pengusaaan di negeri yang dimenangi malah mengusai Malaysia dan negeri lain yang belum dimenangi. Bahkan saya yakin pakatan Rakyat adalah pilihan paling tepat untuk menggantikan BN yang semakin karam dan tenggelam itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Melawat ADUN Melor

Timbalan Menteri Besar Kelantan meluangkan masa melawat ADUN Melor di wad 8 Selatan di Hospital Kubang Kerian, pada petang tadi. Turut mengiringi beliau ialah Zamanzahri - AJK Pemuda PAS Pusat merangkap Pengurus Kelantan Biotek.