05 Januari 2022

Kelantan had aktiviti agama ikut kapasiti masjid, surau

 

KOTA BHARU: Kelantan yang kini berada dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid, surau serta musala mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.6 meter, berkuat kuasa hari ini.

04 Januari 2022

Selamat bertugas kepada Dato’ Ayob Khan

 

BERDASARKAN rekodnya semasa menjadi Ketua Polis Johor, saya yakin ramai yang melihat pelantikan Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay di Pengarah JSJ sebagai suatu langkah positif kepada PDRM. Pengarah JSJ ini biasanya akan naik ke Timbalan Ketua Polis Negara dan seterusnya Ketua Polis Negara. Namun dalam usia 56 tahun adakah beliau sempat sampai ke posisi itu, masa akan membuktikan.

Lebih 10 tan al-Quran rosak akibat banjir dikumpul untuk dilupuskan

 

SWCorp berjaya mengumpul lebih 10 tan al-Quran rosak akibat banjir. - FOTO SWCORP

PUTRAJAYA: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya mengumpul lebih 10 tan al-Quran yang rosak akibat banjir untuk dilupuskan sejak 27 Disember tahun lalu hingga semalam.

Pusat beli-belah terbesar di Makkah menjelang 2026

 Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di Makkah. - Foto SPA

Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di Makkah. - Foto SPA

Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di tanah suci Makkah, lapor agensi berita Saudi pada Isnin (3 Jan).

JEDDAH: Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di tanah suci Makkah, lapor agensi berita Saudi semalam.

24,000 dipindahkan, dua maut dalam banjir Indonesia

 Kira-kira 24,000 orang telah dipindahkan dan dua kanak-kanak maut dalam banjir di pulau Sumatera Indonesia. - Foto AGENSI

Kira-kira 24,000 orang telah dipindahkan dan dua kanak-kanak maut dalam banjir di pulau Sumatera Indonesia. - Foto AGENSI

LKON SUKON: Kira-kira 24,000 orang telah dipindahkan dan dua kanak-kanak maut dalam banjir di pulau Sumatera Indonesia, kata pegawai hari ini.

Jemaah umrah diberi 2 pilihan kuarantin

 Sebahagian jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - NSTP/ASWADI ALIAS.

Sebahagian jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Jemaah umrah diberi pilihan untuk berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau ditempatkan di kemudahan seliaan kerajaan.

Delhi kenakan perintah berkurung hujung minggu

 Pasar Sarojini Nagar di New Delhi. - Foto AGENSI

Pasar Sarojini Nagar di New Delhi. - Foto AGENSI

NEW DELHI: Ibu negara India, Delhi akan mengenakan perintah berkurung hujung minggu untuk mencuba dan mengekang penularan varian Omicron coronavirus apabila kes meningkat dalam beberapa hari lalu, kata Timbalan Ketua Menterinya, Manish Sisodia pada sidang akhbar hari ini.

9 kawasan terjejas banjir di ibu negara dikecuali bayaran air bulan ini

  Gambar hiasan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberikan pengecualian bayaran bil bagi bulan ini kepada pelanggan akaun domestik (Kod Tarif 10) di sembilan kawasan di ibu negara yang terkesan banjir baru-baru ini.

‘Atas asas kesejahteraan rakyat, penyatuan satu kemestian’

 

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR:
 Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) konsisten mengajak kepada perpaduan ummah sebagai mendukung keputusan Majlis Syura Ulamak.

Siti Nur Alia sertai pasukan berbasikal berstatus pro di Eropah

 

Foto daripada Facebook Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

KUALA TERENGGANU: Anak kelahiran Terengganu, Siti Nur Alia Mansor muncul atlet wanita Malaysia pertama menyertai pasukan berbasikal berstatus pro di Eropah.

58 lagi kes varian Omicron dikesan, empat di Kedah

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 kes positif Covid-19 disahkan varian Omicron dengan 54 kes jangkitan import manakala empat kes penularan tempatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

03 Januari 2022

Pil generik pertama Pfizer dijual di farmasi Bangladesh

 

PIL Lipitor dalam bentuk tablet keluaran Pfizer yang diedarkan oleh Parke-Davis di Washington.-AFP

DHAKA: Pil generik pertama keluaran Pfizer bagi merawat jangkitan Covid-19 sudah mula dijual di farmasi Bangladesh Sabtu lalu, iaitu dua hari selepas pengawal selia ubat-ubatan meluluskan bagi kegunaan kecemasan.

Khidmat Malaysia Johor operasikan bilik gerakan banjir

 

KULAI: Pengurusan Kecemasan dan Bencana (Khidmat Malaysia) Negeri Johor telah membuka bilik gerakan negeri dan bilik operasi kawasan, berikutan bencana banjir yang semakin buruk melanda di beberapa kawasan sejak kelmarin.

22 cedera akibat gempa bumi di barat daya China

 Pusat gempa berada 115km dari Lijiang di wilayah Yunnan. - Foto tangkap layar dari EARTHQUAKE.USGS.GOV

Pusat gempa berada 115km dari Lijiang di wilayah Yunnan. - Foto tangkap layar dari EARTHQUAKE.USGS.GOV

BEIJING: Seramai 22 orang cedera apabila gempa bumi dengan kedalaman cetek melanda barat daya China hingga menggegarkan bandar pelancongan popular Lijiang, hari ini.

Perdana Menteri Sudan letak jawatan

 (Gambar fail) Hamdok semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Sudan. - FOTO EPA

(Gambar fail) Hamdok semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Sudan. - FOTO EPA

KHARTOUM: Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok, semalam mengumumkan peletakan jawatannya, kira-kira enam minggu selepas kembali mentadbir negara bergolak ini.