Berita dari utusan sebagaimana dipetik menarik untuk menjadi pedoman untuk semua penceramah dan petugas PAS.Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan ceramah yang menyerang peribadi lawan hanya akan merugikan Pas apabila ia semakin menjauhkan parti itu daripada orang ramai.
Perlu diingatkan serangan melulu kepada peribadi sehingga kepada sifat tubuh badan, dan sebagainya memang sesuatu yang dilarang.Inilah yang dimaksudkan oleh Tok Guru. Namun serangan kepada peribadi dalam hal kezaliman dan sesuatu yang bercanggah dengan hukum Islam yang dilakukan oleh pemimpin tertentu adalah sesuatu yang diboleh.
Menyebut aib atau dalam bahasa lain mengumpat dibolehkan sebagaimana yang dikupas oleh Imam Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin dengan syarat ianya melibatkan kerja-kerja maksiat seseorang yang ada kaitan untuk meyelamatkan golongan atau kelompok lain yang lebih besar. Misalnya menyebut rasuahnya individu tertentu untuk mengelakkan ia dipilih lagi yang menyebabkan lebih ramai yang hartanya diambil dengan cara tidak benar.
Menurut beliau, pendekatan itu yang dikatakan masih berlaku bukan dituntut oleh agama dan bukan suatu budaya atau perlakuan seseorang yang boleh dianggap berakhlak.
‘‘Mana-mana yang ceramah untuk paut (tarik) orang ke parti Islam tidak boleh serang peribadi, jika dia serang juga, itu pandai-pandai dialah, bukan budaya atau kerja orang berakhlak.‘‘Pertelagahan dalam politik ini bukan peribadi, seperti A lawan B, tidak bagi saya, ia pertelagahan dasar seperti parti Pas begini parti UMNO begitu. Inilah yang bertelagah, kita serang dasarnya, bukan peribadi,” katanya di sini hari ini.
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di pejabatnya bagi menafikan penglibatan Pas berhubung pengeluaran video cakera padat yang dikatakan cuba melagakan hubungan antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat di samping cubaan mengelirukan orang ramai terhadap program ceramah parti itu malam ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan ketika menjawab pertanyaan berkata, beliau sudah acap kali mengingatkan para penceramah parti itu agar menghindarkan pendekatan ceramah seumpama itu walaupun niat mereka untuk mendekatkan orang ramai kepada parti.‘‘Boleh perhatikan ucapan saya, ambil cakera padat (CD) ceramah saya selama ini. Pernahkah saya sentuh peribadi, kalau nak sentuh, saya boleh sangat kerana saya yang berada di atas lebih banyak tahu,” ujarnya.
1 ulasan:
"....Sekiranya kamu menegur lawan dihadap manusia, sebenarnya teguran kamu tidak lebih untuk menjatuhkannya dan meninggikan dirimu..." (imam al Ghazali ; ihya' ulumuddin
Catat Ulasan