04 Februari 2008

Perjalanan Yang Mengasyikkan

Pengalaman perjalanan yang meletihkan selama penulis berada di China berlaku untuk musim sejuk pada tahun ini. Saya terkandas di Guangzhou selama 3 hari kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke Hangzhou akibat Lapangan Terbang Antarabangsa XiaoShan Hangzhou diliputi salji tebal.


Setelah pihak kapal terbang Shourtern Airline menempatkan kami dihotel berdekatan Lapangan Terbang Baiyun GuangZhou pada petang 1 Feb, kami di arah segera ke lapangan terbang pada malam tadi 2 feb. Pada jam 8.30 semua penumpang CZ 3819 telah berada di lapanganterbang. Penerbangan yang direncanakan ialah jam 10.30 malam. Kapalterbang tertangguh lagi dan kami baru dapat menaiki kapal terbang pada jam 12.30 malam. Semuanya seronok bukan main. Rata-rata penumpang adalah warga cina yang ingin pulang beraya.

Nasib malang kepada semua penumpang bila pihak berkuasa Lapangan terbang Hangzhou tidak memberi isyarat untuk kami berlepas kerana lapangan sibuk dan belum dibersihkan sepenuhnya. Akibatnya kami berada dalam kapalterbang sekitar 8 jam. Alhamdulilalah saya sembahyang sebagaimana biasa dalam keadaan yang kirang selesa itu.

Jam 8.30 barulah kapalterbang berlepas meninggalkan GuangZhou. Sepatutunya sekitar jam 10.15 kami sudah dapat mendarat. Namun kapalterbang terpaksa berligar diudara hampir sejam untuk menunggu landasan dibersihkan dari salji tebal.

Suatu pemandangan menarik sebelum mendarat. Hampir keseluruhan bumi ditutupi salji yang turun beberapa hari lepas. Suhu dimaklumkan hari ini negetif 2. Ternyata sebahagian landasan penuh dengan litupan salji sehingga hampir satu kaki. Sebuah kereta peronda berwarna kuning menunggu membawa pesawat ke celah-celah longgokan salji yang bari dilonggokkan. Terdapat hampir 100 petugas sedang berkerja keras membersihkan salji tersebut.

Sekitar jam 12.30 saya menaiki bas ke tempat urusan kerja iaitu Yiwu. Biasanya 2 jam sudah sampai tetapi hari ini berlarutan sehingga 3 jam. Ini disebabkan jalan licin dan sesak dengan kereta, Begitu juga jalan menjadi sempit keranaa longgokan salji.

Cuma satu hari untuk urusan kerja, cukup tidak cukup inilah yang ada kerana esok saya sudah mahu kembali ke Malaysia dengan pesawat X-AirAsia penerbangan pertama ke Hangzhou.

Melihat salji yang begitu banyak meliputi, teringat kalau ianya air tentunya banjirlah bumi sekitar ini. Untung Allah jadikan salji walaupun yang sejuk itu ianya masih lambat cair dan tidak menyusahkan sangat. kalau banjir lain pula jadinya. Maha Besaar Allah dengan segala penciptaannya bagi manusia yang berfikir.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.(Al-Baqarah:164)

Tiada ulasan: