04 Februari 2008

Masa Depan Kaum India terletak Kepada BA bukannya BN

BN makin terdesak dengan situasi kaum India yang jelas beralih sokongan kepada BA. Semakin hampir dengan tarikh PR semakin banyak janji yang kita yakin akan keluar dari mulut Pemimpin BN untuk kaum India. Terkini Najib nampaknya bersungguh-sungguh ingin membantu orang India.


Najib Tun Razak hari ini berkata, masa depan kaum India Malaysia terletak pada BN dan mereka harus bekerjasama di dalam sistem itu dan bukan menentangnya.Najib yang juga timbalan pengerusi BN mengingatkan komuniti India bahawa hanya kerajaan BN yang boleh memberi jaminan masa depan mereka dan terus memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka."Teruskan mempercayai BN. Ini merupakan masa depan semua kaum India Malaysia dan semua bangsa Malaysia. Masa depan akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan bukan menentangnya," katanya semasa merasmikan konvensyen khas satu hari MIC untuk pengerusi cawangan di sini hari ini.

Persoalannya sekarang orang India sudah bersama-sama dengan bangsa lain iaitu Melayu dan Cina untuk menentang dasar BN yang berat sebelah. Umumnya mengetahui dasar BN hanya mementing kroni dan adik beradik. Apa yang disifatkan Sang Kelembai dengan "kerajaan tiga beranak" adalah sesuatu yang telah menjadi rahsia umum.

Sudah sekian lama sejak 50 tahun lepas semua bangsa di Malaysia memberi peluang kepada BN untuk memerintah Malaysia. Namun nasi telah menjadi bubur atau telah hangit semuanya. Kalau beruk dibagi bunga mungkin dikeroyoknya sahaja. namun UMNO dan BN diberi bunga, bukan dikeroyok namun dimakannya sekali. Demikianlah rosaknya negara akibat dasar BN yang tidak betul.Teruknya.

Marilah kita beralih selama 5 tahun dengan memberi peluang kepada kerajaan BA, kalau kami tidak baik dari BN atau sama saja dengan BN dalam melaksanakan amanah rakyat. Kami persilakan rakyat memilih kembali BN.

Tiada ulasan: