04 Februari 2008

China Kutuk Pengumuman Pihak Berkuasa Taiwan bagi Adakan Pungutan Suara tentang "Keanggotaan Taiwan dalam PBB"

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jabatan Hal Ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China semalam mengutuk pihak berkuasa Taiwan mengumumkan akan mengadakan pungutan suara tentang keanggotaan Taiwan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).



Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua jabatan itu, keputusan pihak berkuasa Taiwan mengadakan pungutan suara itu pada 22 Mac nanti akan menjejaskan kepentingan saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan. Ia juga mengancam keamanan di kawasan Selat Taiwan, malah rantau Asia-Pasifik.

Kenyataan itu menyebut Tanah Besar China dan Taiwan sama-sama dalam lingkungan China, oleh itu Semua isu yang berkaitan dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah China perlu diputuskan oleh semua 1.3 bilion rakyat China. Sebarang kegiatan "kemerdekaan Taiwan" perlu dicegah bagi memelihara perkembangan hubungan secara damai antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dan menjamin kepentingan saudara setanah air Taiwan.

Tiada ulasan: