11 April 2008

Ir. Nizar : Wakil Rakyat mesti ada anjakan paradigma.

IPOH, 10 April:-Semua wakil rakyat diseru supaya mengadakan anjakan paradigma kearah memantapkan lagi pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Demikan antara ucapan Menteri Besar Perak, YAB. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa meresmikan Kursus Protokol dan Etika Istana anjuran Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Perak di sini pada hari ini.


Kursus sehari itu yang dihadiri oleh sebahagian besar ADUN Perak dan isteri masing-masing merupakan suatu program bagi mendedahkan semua wakil rakyat berkaitan Sistem Beraja dan orang Besar Perak serta Tata Adab di Istana. Ia juga memberi kefahaman tentang teori, amalan tertib makan Majlis Resmi serta menambah keyakinan kepada amalan protokol secara umum.

Sebanyak 3 pembentang kertas kerja telah diundang iaitu Setiausaha Dewan Negara Perak Darul Ridzuan,Y.D.H. Toh Amar DiRaja Dato' Ayob bin Hashim, dengan kertas kerja bertajuk : Adat Istiadat Istana. Pembentang ke dua ialah Dato Pengelola Bijaya Di Raja Perak, Y.M. Raya Dato' Seri Mansor bin Raja Razman dengan kertas kerjanya : Adab-adab makan Di Istana Dan Kertas kerja 3 oleh : Orang Besar Jajahan Manjung, Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Ab. Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan bertajuk :Pakaian Di dalam pelbagai Itiadat dan Majlis.

Ir. Nizar juga menegaskan dalam ucapan bahawa bukan sahaja makan , minum dan berpakaian ada tatacaranya, namun dalam soal pengurusan negeri ada juga peraturan-peraturan dan peradabannya.

Tegasnya dengan pendedahan yang diberikan oleh penceramah pada hari ini akan melahirkan rasa hormat kepada budaya dan adat istiadat orang-orang terdahulu.

Beliau tidak lupa juga mengucapkan ucapan terimakasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah mengatur progran sedemikian rupa khusus bagi mendidik semua wakil rakyat untuk berbudaya pakaian dan makan cara yang lebih baik.

Tegas beliau seminar hari ini adalah suatu proses pembelajaran, khususnya dalam usaha untuk membuang sikap-sikap yang tidak baik dari diri kita. Katanya "pendedahan bukan perkara yang mudah diperolihi". Sambil beranggapan semua ilmu yang diperolihi pastinya berguna bila semua wakil rakyat menerima tamu-tamu dari negera luar yang datang untuk melabur di Perak, sekaligus akan memberi imej yang baik kepada Negeri Perak.

Ingatan MB Perak dalam ucapanya meliputi soal pengorbanan yang perlu ada dalam membuang tabiat dan budaya lama yang dianggap telah" Out Dated".

Penghujung progran Ir. Nizar yang diiringi oleh Setiausaha kerajaan Negeri perak, Y.B. Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim telah menyampai sijil kepada semua peserta kursus.

Tiada ulasan: