20 April 2008

KDNK China pada Suku Tahun Pertama 2008 Meningkat 10.6%

BEIJING, 19 April:-Berdasarkan statistik yang diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara China semalam, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun pertama 2008 mencatat hampir 6150 bilion yuan RMB, iaitu meningkat 10.6% berbanding angka tempoh yang sama tahun lalu, kadar pertumbuhan itu menurun 1.1%. Jurucakap Jabatan Statistik Negara, Encik Li Xiaochao menyatakan bahawa, walaupun ekonomi negara mengekalkan pertumbuhan yang pesat pada tahun ini, tetapi barang pengguna masih menghadapi tekanan terus naik.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China semalam, Li Xiaochao telah membuat kenyataan terhadap ekonomi China pada suku tahun pertama 2008.
"Pada tahun ini, walaupun China menghadapi bencana ribut salji yang jarang berlaku dalam sejarah dan kesan negatif krisis gadai janji subprima yang tercetus di A.S., kerajaan China telah mengambil tindakan yang berkesan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara yang stabil dan pesat."


Beliau berkata bahawa dengan kawalan makro di pihak kerajaan, trend pertumbuhan ekonomi China yang terlalu pesat telah dikawal pada suku tahun pertama 2008. Menurut statistik itu, pada tempoh tersebut, kadar pertumbuhan KDNK menurun sedikit berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Kadar pertumbuhan eksport telah menurun, dan lebihan dagangan China juga turut berkurang. Ini telah mencapai sasaran kawalan makro yang ditetapkan.


Berdasarkan statistik itu juga, sumbangan perbelanjaan kepada pertumbuhan ekonomi China terus meningkat. Jumlah keseluruhan jualan runcit mencecah 2600 bilion yuan RMB, iaitu meningkat 20% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2007. Li Xiaochao berkata bahawa disebabkan pendapatan rakyat China mengekalkan pertumbuhan yang pesat, kepesatan itu adalah paling tinggi pada beberapa tahun ini. Beliau memaklumkan bahawa dalam usaha menggalakkan pertumbuhan pendapatan penduduk, kerajaan China amat mengutamakan golongan yang berpendapatan rendah. Misalnya, berdasarkan peningkatan berterusan pencen, kerajaan akan terus menambah pencen pegawai yang bersara bagi tiga tahun berturut-turut bermula tahun ini. Pada masa yang sama, pelbagai langkah jaminan sosial juga dilaksanakan. Ini telah menyumbang kepada peningkatan perbelajaan.


Beliau juga menyatakan bahawa ekonomi China masih menghadapi beberapa masalah yang besar, terutamanya, sejak bulan Ogos tahun lalu, harga barang pengguna di penduduk China terus naik. Pada masa ini, terdapat banyak punca kenaikan harga barang pengguna, seperti kenaikan harga minyak mentah dan kos tenaga kerja. China tetap menghadapi tekanan yang besar untuk mencapai matlamat "mengawal Indeks Harga Pengguna (CPI) bawah 4.8% pada tahun 2008" yang dikeluarkan dalam laporan kerja kerajaan. Namun, jika ditinjau dari keadaan sekarang, kerajaan China mampu mengawal kenaikan harga itu.


Kewangan China yang kukuh dapat memainkan peranan besar dalam menambahkan bekalan di pasaran dan mengawal pasaran. China juga akan terus mempertingkat sokongan terhadap pengeluaran pertanian. Baru-baru ini, Kementerian Kewangan China menambah 25.2 bilion yuan RMB lagi subsidi kepada kaum tani. Bekalan bahan makanan China mencukupi. Selain itu, pembekalan keluaran perindustrian utama tetap melebihi permintaan."

Tiada ulasan: