22 April 2008

Pembangkang berpecah ? Noh Omar bermimpi disiang hari ?

Tiba giliran Noh Omar bermimpi di siang hari dan menyibuk tepi kain orang . Beliau dipetik telah berkata pakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu. Beliau menyeru rakyat Selangor supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.
Nampaknya kenyataan ini sebenarnya berlaku untuk parti BN itu sendiri. Perpaduan dalam BN yang kononnya dianggap kuat dan hebat cuma menunggu retak menunggu belah ? siapa yang tidak tahu dengan percakaran sesama sendiri dikalangan komponen dek kerana kekalahan teruk dalam pilihan raya yang lepas.


UMNO sendiri menghadapi kemelut yang maha dasyat dengan tekanan terus menerus dari Tun Mahadhir dan sebahagian pimpinan UMNO yang masih tidak luput tarikh supaya Pak Lah letak jawatan. Kemelut yang menjadi rahsia umum ini menghiasi persada politik tanah air sekarang ini. Sehinggakan kepada siap pun tidak ada lagi kedengaran tindakan displn diambil . Jadilah Lembaga Displin UMNO suatu lembaga yang paling pengecut ?


Bermula dari kembalinya Sang kelembai kepangkuan pak Lah ianya sedikit tidak memberi kesan kepada para bloggers untuk terus memperjuangkan fakta sebenar untuk tatapan semua rakyat. Satu Sang Kelambai yang pergi diganti setiap hari dengan yang baru malah beribu-ribu.


Realitinya UMNO lah yang sedang berpecah belah. saya yakin dan mengandaikan paling lama UMNO dan BN akan bertahan cuma selewat-lewatnya sehingga PR umum ke 13 akan datang. Pada masa itu kita kan menyaksikan pesta penolakan kuasa BN dan UMNO yang angkuh dan tidak sedar diri. Saya yakin rakyat akan menolak apapun parti dan gabungan yang berasaskan ras dan bangsa semata-mata tanpa melangkau apa yang dinamakan menegakkan keadilan dan kesejahteraan sejagat.

3 ulasan:

Nurfirdaus berkata...

Salam,... sdr KI,

AlhamdulilLah, saya amat kagum melihat semua rakyat berbilang kaum hadir dan bersatu di majlis tersebut.

Cuma apa yang perlu kita perlu dan mesti lakukan khususnya sdr KI sendiri dalam tempoh 4 tahuin ini ialah pastikan rakyat dididik dengan ilmu2 'Islam' yang mantap kepada seluruh rakyat, tidak kira bangsa dan agama.

Saya menggunakan 'Islam' kerana nama itu sendiri tidak perlu ditonjolkan jika nak dibandingkan dengan ruhnya.

Saya percaya Allah telah memilih sdr KI dan sdr2 berbangsa Cina dan India yang lain untuk kerja2 Islam yang ramai orang Melayu tak mampu atau tak mahu melakukannya. Berdakwah fi sabiililLah!

Teruskan usaha murni sdr untuk memperlihatkan keadilan permerintahan Islam. Pegang kuat2 tali Islam, saya akan sentiasa berdoa kepada Ilahi untuk kesejahteraan sdr sekeluarga dan lebih ramai lagi mutiara2 Islam dari kalangan Cina dan India untuk terus membawa obor perjuangan.

Saya percaya dan yakin bahawa Allah mempunyai perancanganNya yang tersendiri apabila Dia mengumpulkan pelbagai bangsa dan agama di bumi Malaysia ini.

Patinya, "Wahai manusia, sesungguhnya Aku jadikan kamu dari sepasang lelaki dan perempuan, menjadi berbilang bangsa dan kabilah, agar kamu saling kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya yang terbaik di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa." - Al-Hujurat:13, dapat kita laksanakan dengan baik.......

Bila sdr KI berceramah, selitkan risalah Islam dalam bahasa ibunda sdr agar ia mengetuk pintu2 hati mereka sebangsa. Sebab itu, RasululLah (SAW) menyuruh umatnya belajar bahasa bangsa lain selain Arab.

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih dengan doa dah harapan saudara...amien

Idham berkata...

ya..MB Perak, Ir nizar pon boleh berbasa Cina, malah Tamil pun boleh. Inilah anatara pemimpin islam yang dirisaukan Bn kerana peribadi dan memampuan beliau yang mampu tambat hati non-muslim utk pangkah parti islam. Apabila sebulan pas perintah negeri baru mereka sedar Islam adalah untuk semua dan hak mereka tidak digelapkan lagi.
http://idham-xpression.blogspot.com