09 April 2008

Siapa salah bila ahli UMNO sabotaj ?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak, Tajol Rosli Ghazali berkata, Sabotaj ke atas calon-calon BN pada pilihanraya yang lepas dilakukan oleh ahli UMNO secara beramai-ramai dan bukan secara bersendirian , ia adalah ekoran sikap ahli parti yang tidak berpuas hati dengan calon komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan mereka.

Sepatutnya BN dan UMNO Perak tidak hanya melihat kepada siapa mahu sokong siapa. Lebih dari itu kita beranggapan sabotaj dari pengundi BN adalah hasil kesedaran politik yang tinggi telah muncul disanubari setiap pengundi di Perak. Harapan yang begitu tinggi selama 50 tahun dengan amanah yang telah diabaikan menyebabkan mereka tidak tahan lagi.

Swing undi yang begitu besar berkait rapat dengan "kebobrokan" calon-calon UMNO dan BN yang lepas. Bila telah berada di atas kerusi bergelar "YB" mereka lupa daratan.

Sebelum ini Presiden UMNO telah mendedahkan perbuatan sabotaj dikenal pasti menyebabkan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum lepas. Mengulas isu tersebut beliau berkata, memandangkan gerakan sabotaj tersebut dilakukan secara beramai-ramai maka sudah tentu pihak pengurusan UMNO sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Demikianlah bala dan bencana yang menimpa BN dan UMNO. Era kegemilangannya telahpun berakhir. Sejarah telah mencatat sebagai sesuatu yang tidak boleh dibohongi bahawa siapakah pemimpin UMNO yang sebenarnya. Lalu rakyat telah menjawabnya dengan suatu yang mereka namakan sendiri iaitu "tsunami politik" yang mematikan dan mereputkan BN dan UMNO.

Selamat tinggal UMNO dan BN......

Tiada ulasan: