10 Jun 2008

ADUN Titi Serong melawat SRJK(C) Sin Hwa.

PARIT BUNTAR, 9 Jun :- Keselamatan pelajar yang melintasi jalan Kedah yang terletak dihadapan sekolah Rendah Jenis kebangsaan SRJK(C) Sin Hwa mendapat perhatian ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim . Beliau telah mengadakan lawatan ke sekolah tersebut untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku.

Kedatangan beliau telah disambut oleh Guru Besar , Ahli Lembaga Pengelola dan PIBG sekolah.

Dalam lawatan hampir satu jam tersebut pihak sekolah telah memberikan taklimat mengenai kedudukan tempat letak kenderaan yang akan terlibat dengan projek jenjantas. Oleh itu pihak pengurusan amat berharap dari ADUN Titi Serong mengambil perhatian dengan beberapa cadangan supaya ada tempat baru untuk tempat letak kereta.

Disamping itu beliau juga diberikan taklimat mengenai keselamatan pelajar yang melintasi Jalan Kedah dihadapan sekolah. pihak sekolah mendakwa lori yang mengangkut tanah merah seawalnya sejak jam 6.00 pagi sehingga 6.30 petang kerap menggunakan jalan tersebut.

Paling mendukacitakan mereka tidak mematuhi lampu jalan yang diletakkan dihadapan jalan sebagai tempat melintas pelajar. "Keadaan ini sangat membahayakan pelajar" jelas guru besar dengan nada serius. Demi keselamatan pelajar guru terpaksa turun kelapangan untuk menjadi pengawal lalulintas, kata pengerusi PIBG.

ADUN Titi Serong managgapi permasalah itu dengan berjanji akan mengemukakan surat kepada pihak yang berkenaan sebagai langkah awal mengatasi permasalahan tersebut.

Pada kesempatan yang sama sempat beberapa orang ibubapa yang mengadu kepada beliau mengenai harga minyak yang naik dan membebankan mereka kerana menghantar anak-anak ke sekolah pada tiap-tiap hari.

Tiada ulasan: