10 Jun 2008

Himpunan bantah kenaikan harga minyak pada 13 Jun

PARIT BUNTAR, 9 Jun:- Suatu himpunan membantah kenaikan harga minyak akan diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat ini, 13 Jun secara besar-besaran, demikian antara ucapan Ust. Azman Shapawi, naib Ketua pemuda PAS Pusat dalam ceramahnya di Kampung Kedah di sini malam tadi.

Beliau juga menjelaskan jangkaan harga minyak akan dinaikan lagi dengan kadar yang lebih banyak pada Ogos akan datang.

Keadaan keselamatan anak-anak kita juga tidak selamat pada waktu ini. Kita ingatkan cuma 3 orang yang hilang seperti yang disiarkan dalam berita iaitu adik Nurin Jazlin, Sharline dan Asmawi, tetapi realitinya di Parlimen telah didedahkan terdapat seratus lebih kanak-kanak yang hilang untuk tahun ini sahaja. Kata Ust. Azman.

Sambil berseloroh beliau mengatakan pihak keselamatan lebih kepada hendak mengawal ceramah PAS, sebagai contoh katanya di Terengganu pernah berlaku satu tempat kematian didatangi oleh FRU yang disangka ceramah PAS dan bertanya ada permit atau tidak.

Ceramah yang dihadiri oleh lebih 1000 orang itu turut mengundang Ahli Parlimen Jerai, Ust. Firdaus Jaafar. Hadir sama dalam ceramah itu ialah YDP Pas Kawasan Parit Buntar, Hj. harun Hj. Hashim dan ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil idham Lim.

Tiada ulasan: