10 Jun 2008

Mahfuz terllibat dengan kemalangan

IPOH, 9 Jun:- Ketua Penerangan PAS Puat yang juga ahli Parlimen Pokok Sena , YB. Haji Mahfuz Omar terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Bukit Beruntung. Kemalangan itu berlaku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah memberikan ceramah di Kampung Tasek Ipoh malam tadi .




Mahfuz memberikan ceramah sebelum kemalangan(foto:alhusseyn)

Di laporkan beliau tidak mengalami kecederaan serius, Mahfuz cuma mengalami sakit di bahagian rusuknya. . Selepas pemeriksaan doktor didapati tidak ada tulang rusuk yang patah.

4 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Ya Allah,
Lindungailah kami yang berjuang untuk mendapat keredhoan Mu siang dan malam.

Berilah kami keselamatan dan kesenangan di dunia dan akhirat.

Kurma berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kurma berkata...

Harini 9 jun 08 kul 3:30pm YB ajak saya ke pejabat YB....hangpa tau tak saya lihat YB adalah seorang yang berjiwa rakyat sebagai YB yang low profile tidak serupa yang lain-lain tu yang saya pernah lihat.

Lepastu YB ajak saya minum di kedai nasi kandar YB nak belanja saya makan tetapi saya menolak hanya minum sahaja, ramai memandangkan saya dalam hati saya dok fikir mereka mesti kata saya tengah bodek YB sebab makan dan ambil kesempatan keatas YB dan dalam hati saya rasa serba salah sebab saya duduk dengan YB saya cuma duduk diam-diam sahaja tak tau nak kata apa-apa lagi...dan dalam hati saya berkata biarlah rakyat yang biasa katakan saya begitu janji nawaitu dalam diri kita mesti betul.

Sebab kita sebagai rakyat yang biasa kena faham apa yang YB belanja adalah gaji dia dan juga duit rakyat juga, sebab kita memilih orang yang betul untuk mentadbirkan negeri dan daerahnya dan juga Allah dah mengatur siap dah sejak dahulunya.

Tentang pejabat baru YB masih memperbaiki, kalau saya tahu bertukang kayu pasti saya sudah tolongkan YB memperbaiki pejabat secara percumanya kerana parti PAS adalah parti agama Allah dalam parti agama Allah kita kena bersatu hati, nabi Muhammad SAW pun parti agama Allah berjuang untuk rakyat dan juga menegak dan berjihad untuk agama Allah dan juga nabi tak salahkan sesiapa cuma orang kafir salahkan nabi.

Sebab harini saya pergi pejabat YB di taman wawasan dan lihat ada 2 orang tukang kayu memperbaiki keseluruhannya dan apa yang saya dengar mengejutkan saya semuanya harga beribu-ribu ringgit juga kalau nak keluarkan duit tu lebih baik duit tu kita derma kepada jiran-jiran kita yang miskin tu, Allah maha melihat dan kita bantu dapat pahala lagi.

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. tidak ada kemudaratan keatas Yb Mahfuz.. Syukur kepadaNya.