20 Jun 2008

Mesin ATM dipecah, RM350,000 dilarikan perompak

BANGI: Sekumpulan perompak melarikan wang tunai RM350,000 selepas memecah mesih ATM di bangunan Koperasi UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, awal pagi ini. Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, perompak berkenaan dipercayai warga asing turut mengikat tangan, menutup mata dan mengurung tiga orang pengawal keselamatan, seorang tukang masak kafeteria dan suaminya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata perompak yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu, memasuki bangunan berkenaan melalui pintu utama. “Rompakan ini dirancang dengan teliti memandangkan mereka tahu di mana pengawal keselamatan itu tidur dan arif mengenai kedudukan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di situ. “Setelah memasuki bangunan itu, perompak berkenaan mengikat tangan dan menutup mata pengawal keselamatan bangunan itu, sebelum mengikat dua lagi pengawal keselamatan yang sedang tidur di tingkat atas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata perompak terbabit terlebih dahulu menutup CCTV yang dipasang di dalam bangunan itu dengan surat khabar dan mematikan loceng kecemasan. "Alat pemotong besi api oxyacetylene digunakan untuk memotong satu daripada empat mesin ATM yang ada di bank itu," katanya. Sehubungan itu, polis kini melancarkan operasi memburu sekumpulan perompak itu yang disifatkan amat merbahaya dan bersenjata dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan.

2 ulasan:

Kurma berkata...

harap-harap setiap orang mesti memakai wisel supaya untuk keselamatan diri dan juga harta awam tak kira di luar atau dalam rumah dan tidak semestinya bergantung kepada polis datang baru bertindak pun sudah terlambat, ataupun menunggu pihak tertentu memasangkan cctv itu pun mengambil masa yang lama untuk proses kertas-kertas kerja buat perbincangan barulah pasang pun sudah terlambat juga.

Selongsong berkata...

Assalamualaikum,

Buat Al-Fadhil YB Tuan Guru Maulana Cina Islam

Sebagai pengundi yang memangkah PAS DUN 26 Bangi pada pilihanraya yang lepas, saya agak kaget sebab TGKIL lebih awal melaporkan hal ini berbanding dengan YB Dr. Shafie Abu Bakar. Malahan, saya belum nampak Dr. Shafie mengulas berkenan dengan hal ini.

Sekiranya ana boleh beri cadangan, ana rasa pimpinan PAS dapat melantik TGKIL sebagai Ketua Whip untuk PAS bloggers. Bolehlah lepas ni TGKIL whip saja mana-mana wakil rakyat PAS yang tak kemaskinikan blog masing-masing.

Sekadar cadangan. :)

wassalam

selongsong.pencucuh