20 Jun 2008

Siapa kacang lupakan kulit ?

Tidak reda dengan masaalah lama, muncul lagi masalah baru dan ternyata ini lah zaman gelap bagi sebuah negara yang memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyelamatkan negara tercinta ini.

Sebetulnya selepas PR umum ke 12 pada 8 mac yang lepas, hasil kepada pihak pembangkang nampak berbaloi sehingga dapat menambah gandaan kerusi parlimen dan berjaya mengambil alih tampoh pemerintahan negeri Selangor, Kedah, Pulalu Pinang, Perak dan terus kekal di Kelantan. maka populerlah sekarang dengan kerajaan pakatan Rakyat (PR).

Malang dan bala besar kepada pihak BN , pemimpin wahid dalam komponennya banyak yang tumbang dan rebah tersungkur. Wajah menteri yang terlantik adalah ayam tambatan yang belum tumbuh tajinya.

Serangan kepada pembangkang dalam keadaan sekarang adalah tindakan yang 'bodoh' kerana dalam BN sendiri ada serang menyerang sesama sendiri. Ibarat dalam permainan bola sepak ada saja yang tendang masuk gol sendiri, apa sudah jadi ?

Mengelabah pak lah bila Tun Dr. Mahadhir (TDM)bertindak keluar dari UMNO Baru. nasib baik TDM tidak tubuh parti UMNO Terbaru. Terpaksalah pak lah kerja kuat, cari pengaruh dan suruh orang sokong bagi membuktikan masih relavan dan mantap memerintah.

Makanya usaha mambawa ezam ke dalam UMNO Baru adalah sebahagian dari agenda untuk menguatkan kembali UMNO baru. namun tidak nampak kesannya dalam jangka masa pendik atau panjang.

Isu Ezam tenggelam dengan isu kenaikan harga minyak, dan terakhir kenyataan keras Yong Teck Lee yang mengejutkan banyak pihak. Mulanya saya beranggapan Pak Lah tidak mengelabah , apa lagi katanya mudah bila diminta komen dalam isu berkenaan, katanya,tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan “saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.”

Sehingga terbaca berita diadakan mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Terjawab sudah bahawa Pak lah terpukul dan mengelabah dalam isu ini.

Kata Tok Mat, bekas menteri penerangan , Presiden SAPP tidak ubah seperti 'kacang lupakan kulit'.
Namun sebenarnya siapakah yang telah melupakan kulit, Pemimpin seperti Datuk Yong atau semua pemimpin BN yang lain? bayangkan kononnya pemimpin BN berjanji untuk membela nasib rakyat, tetapi realitinya nasib rakyat di hancur punah oleh kesan kenaikan harga minyak yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.
Rakyat jadi tenggelam dan timbul, namun pemimpinBn masih hidup mewah dan semuanya free. yang jadi gimik hanya potong elaun keraian 10 %, yang tahu kadar jumlahnya pasti kata pembohong !

Tiada ulasan: