10 Julai 2008

DAP Perak buat laporan BPR terhadap Tajol Rosli

IPOH, 10 July : DAP Perak hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kenyataan pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pada satu majlis tertutup di sini Sabtu lalu yang mendakwa Pakatan Rakyat Perak akan tumbang sebelum atau pada 31 Ogos ini.

Laporan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan seorang anggota DAP, Ray Ng, di Pejabat BPR Perak di sini.


Mereka juga meminta BPR menyiasat kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor pada sidang akhbar selepas majlis tertutup itu bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu perlu dipandang serius.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Wong berkata BPR perlu menyiasat kenyataan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan pendedahan, baru-baru ini oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa lapan wakil rakyat DAP telah ditawarkan untuk ’melompat’ ke BN.

Tajol Rosli yang juga Adun Pengkalan Hulu membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis `Sepetang bersama Ezam Mohd Nor’ di Bangunan Umno Perak di sini pada Sabtu lalu. - Bernama

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..
Knp perlu takut dengan bayang2 sndiri? Mcm ni..itu hanya andaian Mantan MB Perak atas apa akan jadi. Yang PR krususnya Anwar Ibrahim buat andaian yg berpuluh2 YB BN akan keluar PARTI (lompat parti)tk ada pulak Kerajaan Pusat nak buat aduan POLIS atau BPR??? Apa rasional Parti PR ni?? Jgn cepat melatah..