16 Julai 2008

Analisa ringkas Debat Shabery, Anwar berhubung isu minyak

Debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru berakhir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, yang bermula jam 9 malamberakhir sejam kemudian.

Debat bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”, diadakan untuk kedua-dua pihak menyampaikan hujah-hujah dan fakta dalam isu berkaitan.

Menariknya untuk sekiankalinya Debat selama sejam itu disiarkan secara langsung oleh TV9 dan Bernama TV menerusi saluran 502. Tajuknya “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" itu anjuran portal berita Agenda Daily itu membabitkan moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga Pengerusi DBP.
Kedua-dua pendebat melantik dua wakil untuk bertanya soalan tambahan.Tan Sri Nordin Kardi mewakil Shabery dan Zulkifli Sulung mewakili anwar.
Saya berpandangan, DS Anwar Ibrahim mendahului debat dengan fakta dan penguasaan materi debat secara matang dan konkrit.

Sebaliknya Shabery nampaknya mengulang-ulang serangan peribadi dan sering terkeluar dari topik perbahasan sebenar. Antaranya seingat saya dia mengulangi mengenai Anwar demo dibaling sebanyak 2 kali, selain itu mengaitkan Anwar dengan IMF dan kejatuhan ekonomi tahun 1998.

Hujah-hujah Anwar sangat bernas berbanding dengan Shabery yang tersasar kepada serangan peribadi. Satu masa dia menyebut mengenai "minyak urut", yang menampakkan hujah yang kebudak-budakan.

Formula menurunkan harga minyak oleh Anwar nampaknya berasas berbanding dengan penjelasan Shabery alasan kenaikan harga minyak yang rapuh.
Namun kita mengucapkan tahniah kepada Menteri penerangan UMNO itu dengan keberanian mewakili parti dan kerajaan BN dan bersedia untuk berdebat dalam keadaan orang lain yang nampak "penakut".

10 ulasan:

KUDA TROJAN berkata...

Memang tak dinafikan DSAI mmg seorang pemidato yang hebat. Beliau banyak mengutarakan fact and figure.

Menteri Penerangan pula nampak tak berapa profesional, banyak menyentuh hal peribadi. Setakat nak sentuh hal peribadi, aku rasa beliau boleh menggunakan ruang yang ada, apa nak risau Menteri Penerangan.

Nasib baik debat ini 1 jam termasuk iklan, kalau tak makin merapu lagi Menteri Penerangan.

Walaubagaimana pun, aku ucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan merupakan seorang yang berani.

daLyaanoon berkata...

terima kasih atas 'keterbukaan' KERAjaan pada hari ini...

semoga membuka mata rakyat jelata tentang mekanisme terbaik untuk turunkan harga minyak...

kurma berkata...

Assalamualaikum,

semua akan dihitungkan oleh rakyat...bukannya oleh orang dalaman sahaja.

Juraimi Zainal berkata...

Kemantapan Vokal Saberi Cheek terserlah malam tadi... tapi pitching lari banyak, out of tone :

Komen aku: Itulah dia Menteri Penerangan yang tak berapa terang... No Fact and Serangan Peribadi jer...

Terimakasih kerana bagi peluang..

Cikli berkata...

Salam YB,

Analisa YB amat baik. Di kala ramai orang mengambil peluang bantai Sabery, YB nampaknya rational dalam membuat analisa. Itulah sikap orang PAS, apalagi pemimpinnya.

Dulukala saya pernah ke DUN Perak. Memang YB Pas amat sopan, cakap berfakta dan selalu datangkan cadangan penyelesaian bila mengambil peluang dalam perbahasan dewan. Dan yang penting tak pernah ponteng! Tahniah utk almarhum Ust Sabran (al-Fatihah), Ir Azhar dan Kapten Dr. Faizol Fadli.

Idham Lim (林川興) berkata...

kepada cikli saya ucapkan terimakasih kerana singgah dan bagi komen yang baik...sudi kiranya datang-datang jenguk kami sidang DUN masa akan datang.

Unknown berkata...

Hujah Shabery tidak mantap,tiada fakta dan lari dari tajuk.Banyak serangan peribadi kepada DSAI. Lain yang ditanya lain yang dijawab. 100% menteri penerangan yang tak berapa terang. Shabery kena kotakan janjinya untuk letak letak jawatan. Bukan berkata terpulang pada PM. Berani pun kena bertempat juga. Bukan main redah je.
Dah banyak bercakap benda2 yang tak ketahuan, mulut berbuih dengan air liur. Kalau di Kelantan orang panggil 'JEBOK'. Apa kata kita panggil dia Shabery Jebok.

Hebatnyer Melayu berkata...

salam....

kepada saudara sekalian dan juga tidak lupa kepada YB kita ni....debat ini berkenaan isu minyak dan kedua-dua pendebat merupakan wakil pemimpin rakyat jadi dalam isu ini tiada siapa yag menang dan kalah.. yang menang nya rakyat kerana kedua-duanya memperjuangkan berkenaan isu rakyat. jadi apa masalahnya kalu kita nak mempersoalkannya lagi. kalau dilaihat YB kita ini asyik mencari kesalahan orang lain tapi apa yang dilakukan di parit buntar setakat ini. isu parking pun tidak boleh diselesaikan. jadi jangan lah jaga tepi kain orang lain sebagai pemimpin buat laa keja kita sendiri.

Unknown berkata...

Salam..kepada cucutokpelandok dan yang lain..
Jgn terlalu cepat dan pandai nak melabelkan manusia lain. Jgn pandai nak reka2 nama samaran pd insan lain. CERMIN-CERMIN LA DIRI TU SENDIRI WAHAI CUCUTOKPELANDOK!!! JGN SAMPAI PULAK ORG BERI NAMA SAMARAN PD ENCIK PULAK NANTI. MULUT KENA JAGA.

Unknown berkata...

Nsb baik juga dia jd MENTERI..yg cucutokpelandok ni jadi apa...jd kuda..jd tukang laung diwarung2 kopi dikampung..apa yg dapat habuk pun tidak..jgn org gelar cucutokpelandok "JEBON" DAH LA....