Isu terkini yan sedang diperkatakan dalam banyak forum tertutup dan terbuka termasuk dalam blog ini ialah tentang kebenaran wujudnya 'Perjanjian Pangkor II' antara MB Perak dan DAP seperti yang didakwa oleh abangnya, Fadhil Jamaluddin.
Kononnya beliau (Mohammad Nizar) telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar,'' ada yang mendakwa, perjanjian tersebut menyebabkan banyak keputusan kerajaan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.
Pada mulanya saya tidak berminat memberi ulasan dalam isu yang sama kerana pada suatu masa ianya telah reda dan tidak kedengaran lagi. Semasa hangat dan mulanya tercetus isu ini beberapa risalah yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sempat sampai ketangan saya dan telahpun dibuat laporan polis oleh teman-teman seperjuangan . Sekali di Ipoh dan sekali di Parit Buntar.
Pokok persoalannya sekarang apapun boleh didakwa oleh semua pihak dan memainkan isu yang dianggap boleh menguntungkan.
Setelah D.Y.M.M Tuaku Sultan Perak memperkenankan perlantikan Ir.Muhammd Nizar sebagai ketua kerajaan, pada pandangan saya sesuai dengan kedudukan dan kelayakan dari segi politik, bangsa, agama dan memenuhi kehendak undang-undang tubuh Kerajaan Perak, maka dialah orang yang bertanggungjawab dalam soal Islam.
Meletakkan asas pentadbiran dengan tonggak Adil, Amanah, Wibawa, Telus dan Kebajikan adalah menfistasi dari ajaran Islam itu sendiri. apakah nlai tambah sangat dengan memukul gendang kehulu hilir kononnya mahu kepada Islam namun realitinya sangat mengecewakan sejak 50 tahun yang lepas.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memberi ulasan,"Tidak ada perlunya kita memperkatakan negara Islam atau 'Hudud' ketika ini. Apa yang penting kita lakukan adalah melaksanakan nilai-nilai Islam sejagat seperti menghapuskan rasuah,ketelusan dan kesaksamaan dan pentadbiran yang telus dan berkebajikan."
Asmuni berpendapat, lebih baik kita buktikan dengan perlaksanaan nilai-nilai Islami yang dituntut hingga dapat memberi keyakinan kepada semua orang.Sesetengah orang Islam kita sendiri pun tidak faham dan menentang Islam, apatah lagi yang bukan Islam.
"Lihat sebagaimana di Kelantan hari ini.'Hudud' tidak dapat dikuatkuasakan di sana walaupun sudah 18 tahun PAS berkuasa , bukan bermakna PAS di Kelantan sudah mengkesampingkan matlamat perjuangan untuk menegakan negara Islam. Nilai-nilai Islam terus berkembang dan masyarakat di sana semakin mesra Islam dan tidak ada sebab mengapa satu masa nanti, mereka akan lebih bersedia untuk menerima Islam sebagaimana mereka boleh menerima pakai sistem sekular hari ini."
Agaknya peluru telahpun habis untuk menyakinkan rakyat Perak dalam isu ini sehingga sekali ini giliran abang MB sendiri ditampilkan sebagai peluru bagi menyakinkan rakyat. sampai menteri Luar yang dianggap pakar undang-undang tumpang sekaki memberi komen.
MB Perak mengulas kenyataan abang nya mengatakan itu hak abangnya, biasalah adik beradik ada yang berlainan pandangan dan perjuangan. Peliknya dimana abang MB mendapatkan maklumat sedangkan dia tidak sehaluan dengan adiknya.
Di Terengganu sebelum Pilihanraya ke 12, abang Pesuruhjaya PAS Negeri, Zakaria Ali, 63, dikatakan menyertai Umno. Di Perak abang Menteri Besar mendakwa adiknya tidak layak menjadi MB. Satu berlaku sebelum pilihanraya, satu sesudah PR memerintah negeri Perak.
Saya yakin rakyat tahu menilai siapakah yang benar dan salah, siapakah yang cuba bermain api dan baling batu sembunyi tangan. Realiti terbentang untuk kita nilai sendiri. Siapapun boleh medakwa dakwi apa lagi media adalah milik mereka untuk menyiarkan.
Kebosanan kepada berita yang bukan-bukan mejatuhkan menterinya sendiri di Kedah, rakyat sudah tidak percaya kepada media arus perdana yang sering menyiarkan berita yang berunsur berat sebelah.
Kerana itu sebagai salah seorang yang bersama menjadi anggota kerajaan ini, saya sangat yakin dengan kemampuan dan kewibawaan MB serta menafikan semua dakwaan adalah tidak benar dan hanya politik murahan yang sengaja dimainkan.
4 ulasan:
"lebih baik kita buktikan dengan perlaksanaan nilai-nilai Islami yang dituntut hingga dapat memberi keyakinan kepada semua orang.Sesetengah orang Islam kita sendiri pun tidak faham dan menentang Islam, apatah lagi yang bukan Islam."
saya setuju tang sini... ramai manusia bergelar muslim hari ini suka menghentam perkara baik yang diperbetulkan oleh orang muslim yang lainnya. contohnya dalam isu bergincu dan tumit tinggi. dan yang paling baru - CUEPACS hentam TGNA berkenaan dengan kriteria penghulu dan penjawat awam.
Di dalam Shahih Al-Hakim diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr secara marfu’ (riwayatnya sampai kepada Rasulullah): “Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datangnya hari kiamat adalah direndahkannya para ulama dan diangkatnya orang jahat.” (Jami’ul Ulum wal Hikam, hal. 60)
Al-Hujraat [49:6] : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
sama-samalah memperbaiki amalan dan jadikanlah diri contoh Muslim yang baik pada orang lain, wallahu'alam...
Assalamualaikum semua.
Buat YB Al-Fadhil Tuan Guru Idham Lim,
Ana berpendapat bahawa, YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin perlu banyak-banyak berdoa sebagaimana baginda Nabi Musa alaihi salam berdoa agar abangnya Nabi Harun alaihi salam (dalam kes Nabi Musa agar diangkat menjadi rasul, tetapi dalam kes YAB MB menjadi pendokong perjuangan Islam) bersama-sama membantu dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.
Sama-samalah kita meng-amin-kannya.
wassalam
Salam Jihad tanpa Nokhtah,
selongsong.pencucuh
Tambahan:
Setahu ana, abang kepada YAB MB Perak adalah Fadhil yang juga pensyarah Institut Perguruan Darul Aman Jitra.
Setahu ana, sebagai penjawat awam, beliau boleh TIDAK BOLEH mengeluarkan kenyataan media berdasarkan Akta 605 Badan-badan berkanun (Tatatertib dan Surcaj) dan sebagai seorang pensyarah, beliau tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mana beliau tidak boleh memberi kenyataan media TANPA kebenaran dari Naib Canselor atau yang setaraf dengannya.
wassalam
Salam Jihad tanpa Nokhtah,
selongsong.pencucuh
Semoga MB diberikan Allah jalan yang mudah dalam mentadbir Perak...
Selamat Berjuang... Salam
Catat Ulasan