08 Julai 2008

Wakil Perak dan Pulau Pinang di sidang DUN diraikan

KOTA BHARU , 7 July :- Wakil dari Perak dan Pulau Pinang pada Sidang DUN Kelantan telah diraikan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.


Hadir dalam program tersebut ialah Ketua Rombongan Pulau Pinang, Speakernya, YB. Abdul Halim bin Hussain, Ketua rombongan Perak, Ketua BBCnya, YB. Drs. Khalil Idham Lim.


Sementara wakil kerajaan Kelantan di ketuai oleh Exco kerajaan Tempatan, YB. Dato' Hj. Taqiyuddin Hasan, Ketua BBC Kelantan, YB. Hj. Zulkifli Mamat dan ADUN Kelantan yang lain juga hadir, antaranya YB. Drs. Zainuddin Awang Hamat, YB. Wan Ismail Wan Jusoh, YB. Abdullah Yaacob, YB. Wan Yusof bin Wan Mustafa, YB. Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama ialah Speaker Kerajaan Kelantan, YB. Hj. Nasarudin Daud dan Timbalannya, YB. Mohd. Zak Ibrahim.

Pada kesempatan tersebut mereka berkongsi pengalaman dalam meneruskan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui sekarang.

1 ulasan:

Salak berkata...

Assalamu 'alaikum Doktor,

{"Kelantan rangka enakmen denda umat Islam tinggalkan solat

KOTA BHARU, 7 Julai (Hrkh) Kerajaan Kelantan kini sedang menyiapkan enakmen bagi membolehkan mereka yang tidak menunaikan solat fardhu lima kali sehari dikenakan tindakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kajian akhir bagi menyiapkan enakmen tersebut sedang dilakukan.

Enakmen ini akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang apabila siap sepenuhnya, katanya ketika menjawab soalan tambahan Ustaz Mohammad Mustaffa (PAS-Demit) pada persidangan Dun hari ini.

Bagaimanapun katanya, bagi orang Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut sudah ada peraturan khusus mengenainya dengan dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara kurang satu tahun.

HarakahDaily.net
}

Apa perspektif nak kita gunakan membincang perkembangan ini? Kalau kita bukan rakyat Kelantan, perkara ini tiada kaitan, tetapi ada baiknya menimba sedikit sebanyak tentang penghayatan terhadap hidup dalam zaman ini.

Terima kasih.