08 Julai 2008

Sidang DUN Kelantan : 5 ADUN Pembangkang bertindak keluar dewan

KOTA BHARU, 7 July :- Setelah sidang DUN bermula pada jam 9.00 pagi, Wakil Kok Lanas yang juga Ketua Pembangkang bertindak keluar dewan setelah tidak puas hati dengan alasan bahawa soalan yang dikemukakan ada yang ditolak oleh Speaker Dewan.

Pada masa itu hanya 5 orang ADUN Pembangkang dari 6 orang bertindak keluar dewan. Wakil Pengkalan Kubur, YB. Datok Hj. Noor Zahidi b. Hj. Omar tidak hadir persidangan.

6 kerusi pembangkang kosong hingga ke petang.

Walaupun Speaker Dewan, YB. Hj. Nasaruddin Daud berulangkali menjelaskan sebab penolakan soalan tersebut antaranya soalan yang dikemukan sudah ditanya pada sidang yang lepas, namun Ketua pembangkang baru itu tidak berpuas hati dan bertindak keluar dewan bersama ahli pembangkang lain.

Mengulas tindakan itu menurut Speaker memperlihatkan tindakan kurang matang pembangkang sedangkan ADUN Kerajaan juga ditolak soalannya namun tidak bertindak keluar dewan.

Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan, YB. Nik Amar mengatakan tindakan itu adalah gimik politik sahaja.

Selain itu ADUN-ADUN Kerajaan yang bangun untuk bertanya soalan lisan, mengesahkan terdapat 2 hingga 3 soalan mereka yang ditolak tetapi mereka tidak keluar dewan.

Semasa sesi rehat pada sebelah pagi, Speaker dewan semasa diminta pengesah mengatakan bahawa inilah kali pertama seingatnya ADUN Pembangkang bertindak keluar dewan disebabkan alasan ada soalan yang ditolak.

Selepas sesi rehat pagi, semua ADUN pembangkang tidak masuk ke dewan, dan begitu juga disebelah petang sidang bermula pada jam 2.30 petang semuanya tidak masuk ke dewan.

1 ulasan:

rizwan berkata...

ukhuwah :

wah...wah..wah..ADUN pembangkang(UMNO) keluar dewan DUN kelanan di katakan gimik semata-mata...boleh tak ana katakan yang MP pembangkang keluar parlimen itu juga adalah satu gimik politik???