08 Ogos 2008

Persiapan Muktamar PAS Ke 54 di Ipoh berjalan lancar.

Muktamar PAS kali ke 54 kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan menyempurnakan majlis perasmiannya.

Sementara itu pula, Dewan Ulamak akan bermuktamar di Dewan Bandaraya Ipoh bersebelahan dengan Masjid Negeri, manakala Dewan Muslimat di dewan hotel Hillcity keesokan paginya , 14 Ogos mulai jam 8.00 pagi.


Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indramulia.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan Ucapan Dasarnya di majlis perasmian muktamar itu.

Ustaz Misbahul Munir menjelaskan,PAS Perak sebagai tuan rumah kali ini sedang sibuk bersiap-siap bagi menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara."Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah.

Disamping itu, terdapat juga program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos 2008 bermula jam 9.30 malam.Program ini bertujuan untuk menarik minat gulungan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One akan turut menghiburkan para hadhirin disamping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Walau bagaimana pun, penyertaan Amy Search sebagaimana laporan terdahulu , tidak dapat di realisasikan. Amy pada malam tersebut ada persembahan di Sabah.

Pada 15 Ogos 2008 jam 9.30 malam , Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadhirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi kepada kita semua iaitu, Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin. Moderator majlis pula ialah Ustaz Misbahul Munir.

Pada 16 Ogos 2008, adalah merupakan malam kemuncak dimana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak.Misbah memaklumkan, selain Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul 'Am Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestine dan PKS - Parti Keadilan Sejahtera (Indonesia) , akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Tiada ulasan: