23 September 2008

ADUN Titi Serong agih dana Ramadhan kepada Masjid dan Surau

PARIT BUNTAR , 21 Sept. :- Satu Majlis Penyampaian Dana Ramadhan telah diadakan di sini hari ini di mana ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah menyampai sumbangan Kerajaan Negeri Perak kepada 15 Mesjid dan 50 Surau dalam DUN titi Serong.






Pengerusi Surau Parit Satu, Hj. Hamzah menerima sumbangan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Majlis Daerah Kerian , Hj. Harun Hashim, semua Ketua-Ketua kampung dalam DUN Titi Serong dan wakil-wakil dari mesjid dan surau serta wakil dari muslimat. Jumlah kehadiran sekitar 200 orang.

Ketua Kampung Parit Kasa, Hj. Ahmad menerima sumbangan untuk Surau Parit 3.


Setiap mesjid dan surau disalurkan wang sebanyak RM 200 ringgit dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan sebanyak RM 13,000.

Selain itu diadakan juga penyerahan Cek-Cek "Out Right Grant"sumbangan kepada 5 persatuan dan NGO yang terletak dalam DUN iaitu Khairat Kematian Sungai Labu, PAKSI, Persatuan Murid Tua Sin Hwa, PIBG SK Titi Serong dan Rukun Tetangga Tanah Kebun.

Bendahari Mesjid Kg. Kedah, Hj. Mohd. Yusof menerima sumbangan.


Pada Kesempatan itu satu pengisian tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ust. Zakaria Hamzah dari Pulau Pinang.

Semasa menyampaikan ucapannya ADUN Titi Serong menjelaskan dia telah mengusahakan dana dari Kerajaan Negeri bagi memastikan jumlah Mesjid dan Surau yang banyak dari DUN lain diagihkan sedikit dana secara sama rata.

Ust. Zakaria sedang menyampaikan Tazkirah.

"Sebab itulah saya berikan dipenghujung bulan bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan sebelum Ramadhan berakhir" Katanya.

Beliau juga mengumumkan dan menjemput semua hadirin ke Majlis Jamuan Aidil Fitri ditempat yang sama pada 5 Syawal.

Hadirin yang mewakili Mesjid dan Surau.


"Semua fasiliti yang ada di Pejabat ADUN saya kira sudah lengkap semuanya untuk memastikan segala urusan dengan semua Penghulu, Ketua kampung, Mesjid , Surau dan rakyat di DUN ini berjalan lancar" ,tegasnya.

Tiada ulasan: