23 Disember 2008

ADUN Titi Serong tutup kursus perkahwinan Orang Asli.

IPOH, 21 Dis,:- Hidayah dan petunjuk adalah anugerah dan hak Allah yang boleh diusahakan dari kerja dakwah yang berterusan, namun persoalan bangsa dan kaum adalah statik dan tidak akan berubah dari dia dilahirkan sehingga dia mati. Demikian antara ucapan Timbalan Exco Agama Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili Exco Agama dalam Program Perasmian Penutup Krusus Pra Perkhawinan Orang Asli di Kampung Makmur Ulu Kinta di sini.

Drs. Khalil juga menegaskan program seumpama ini dapat meningkatkan masyarkat Orang Asli kepada konsep keluarga Islam dan ketaatan agama dikalangan mereka.

Program sehari anjuran Jabatan Agama Islam Perak itu melibatkan hampir seratus orang penduduk setempat.

Pada kesempatan yang sama ADUN Titi Serong itu juga menyampaikan sijil tamat krusus kepada peserta yang terlibat. Selain itu sumbangan saguhati berupa sehelai pakaian sembahyang dan wang tunia disampaikan
kepada Orang Asli yang baru memeluk Islam.

Hidangan istemewa, ubi kayu goreng.

Selain itu beliau mengambil kesempatan dalam kunjungan itu untuk mendengar permasalahnan yang dikemukakan oleh Ketua Kampung setempat, Alang bin Alang.

Cenderamata kepada Orang Asli yang baru memeluk Islam

Jalan masuk yang rosak teruk dan tidak selamat digunakan.

Antara permasalahan yang dikemukan kepada Drs. Khalil ialah masalah jalan masuk sejauh 3 km ke kampong tersebut yang membahayakan pendudk yang keluar masuk. Pihak JKKK setempat sangat mengharapkan maklumat tersebut disampaikan kepada YAB. Menteri Besar Perak yang juga pengerusi Lembaga Air Perak (LAP) kerana kampong tersebut adalah terdiri dari keluarga yang berpindah akibat pembinaan Empangan Sultan Azlan Shah yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Menerima Hadiah istemewa buah petai dari Tok Batin .