23 Disember 2008

Ustaz, Lebai buat persembahan

PASIR PUTEH: Kerajaan Pas Kelantan akan menampilkan kumpulan dikir barat dan mak yong dianggotai guru agama dan lebai, untuk membuat persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam pada acara sambutan tahun baru, akhir bulan ini. Berucap ketika merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata usaha itu adalah langkah awal menggalakkan guru agama dan guru pondok negeri ini, menceburkan diri dalam persembahan kebudayaan tradisional rakyat Kelantan sebagai kaedah berdakwah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, penyertaan mereka dalam seni budaya terbabit boleh membantu dalam usaha membawa perubahan dan dakwah kepada generasi muda.

"Jangan kita biarkan kepada generasi muda saja menceburi bidang berkenaan. Pada kali ini, kita akan buat satu kelainan pada sambutan tahun baru ini dengan menganjurkan persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam oleh kumpulan ‘Tok Lebai’.

"Acara hiburan sambil berdakwah itu boleh diketengahkan lagi bagi menarik perhatian generasi muda supaya mereka tidak terpesong dengan hiburan yang melalaikan.

"Kita tidak mahu ada golongan belia menyambut acara sambutan tahun baru seperti masa lalu di Kuala Lumpur dan kini mula merebak ke Kelantan dengan acara mereka sendiri seperti lumba haram," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata menerusi penyertaan guru agama dan tok guru pondok, ketika berdikir atau menyertai mak yong mereka berpeluang menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran. Mengenai pembukaan makmal pengajian al-Quran dan hadis itu masjid berkenaan, Nik Aziz berharap pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan korporat tampil memberi sumbangan.-ajijoi