
Pada hari ini seramai 80,229 pengundi Kuala Terengganu, iaitu 78,927 adalah pemilih biasa dan 1,302 pula pengundi pos yang merupakan 1,001 anggota polis, 27 tentera dan 7 individu berada di luar negara.
Pengundi tersebut akan memilih calon masing-masing dalam pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, calon BN, Wan Ahmad Farid dan Bebas, Azharudin Mamat.
Setelah 12 hari kesemua calon yang bertanding menyakinkan pengundi melalui pelbagai aktiviti kempen.
Dijangkakan keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 10.30 malam setelah semua kota yang dibawa dari pusat pembuangan undi ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud.
Dari segi komposisi penduduk Kuala Terengganu memiliki 87.4 peratus pengundi Melayu, 11.6 peratus Cina dan 0.7 peratus India serta 0.3 peratus lain-lain.
Parlimen ini dipecahkan kepada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bandar, DUN Ladang, DUN Batu Burok dan DUN Wakaf Mempelam.
Pilihan raya kecil ini adalah penting bagi BN kerana akan mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepada perubahan yang didakwa dilakukan kepada rakyat disamping merupakan usaha untuk mempertahan kerusi yang dimenangi oleh BN pada PR ke 12 lepas.
Kemenangan bagi calon PAS adalah kemenangan besar bagi pengukuhan kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen dan ke arah pembentukan kerajaan baru.
Berikut ini koleksi gambar di Kuala Terengganu untuk tatapan pengunjung....
Helikopter pihak keselamatan yang berlegar tidak kira siang atau malam.